Khamis, 4 April 2024 | 12:01pm
GLC 300 4MATIC tonjolkan mengapa ia menjadi jentera Mercedes-Benz paling laris di dunia.. NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
GLC 300 4MATIC tonjolkan mengapa ia menjadi jentera Mercedes-Benz paling laris di dunia.. NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Jentera Mercedes-Benz paling laris di dunia

Penulis pasti ramai yang mengetahui faktanya bahawa kenderaan utiliti sukan (SUV) GLC-Class adalah model Mercedes-Benz paling laris bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Justeru, pemilikan GLC 300 4MATIC semestinya memberikan anda kepuasan apatah lagi memiliki jentera daripada jenama premium yang diperakui.

Untuk GLC 300 4MATIC, reka bentuknya lebih panjang berbanding versi sebelumnya dengan ukuran sepanjang 4,716 milimeter (mm), lebar 1,890 mm, tinggi 1,640 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,888 mm.

Penambahan dimensi ini menjadikan ruang kabin lebih luas, sekali gus membolehkan anda mendapatkan julat pelarasan tempat duduk dan kedudukan roda stereng yang lebih ideal.

Ruang kargo juga turut bertambah besar sebanyak 70 liter kepada 620 liter, cukup besar untuk memuatkan barangan keperluan atau ketika sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

SUV ini dilengkapi dengan sistem kamera 360 darjah untuk memudahkan pengendalian di laluan sempit serta kawasan parkir bertingkat.

Menjengah ke dalam kabin, GLC 300 4MATIC turut membawakan susun atur papan pemuka yang diinspirasikan daripada model S-Class yang lebih besar.

Secara tidak langsung, ia membawakan pengalaman yang jauh lebih mewah dan lebih cantik jika dibandingkan dengan pesaingnya.

Anda akan mendapat skrin kluster digital 12.3 inci, skrin tengah 11.9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta pelbagai fungsi lain yang turut dimuatkan pada skrin paparan berkenaan.

Kemasan pada papan pemuka seakan gentian karbon memberikan sentuhan yang cukup premium, namun ia tidak diseimbangkan dengan penggunaan bahan yang bersesuaian.

Dari aspek mekanikal GLC 300 4MATIC dibekalkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang menghambur 258 kuasa kuda (hp) dan tork 400 Nm, dibantu dengan sistem hibrid ringan 48 voltan (22.8 hp/200 Nm) dan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Inisiatif Cycle & Carriage yang menawarkan kemudahan lengkap dalam pelbagai aspek menjadikan pemilikan GLC 300 4MATIC lebih mudah.
Inisiatif Cycle & Carriage yang menawarkan kemudahan lengkap dalam pelbagai aspek menjadikan pemilikan GLC 300 4MATIC lebih mudah.

Kuasa yang dibekalkan itu sudah cukup untuk menggerakkan SUV ini dengan mudah.

Sepanjang sesi pandu uji penulis ke Terengganu yang membabitkan jarak perjalanan lebih 700 kilometer (km), apa yang boleh disimpulkan adalah keselesaan yang ditawarkan jentera ini, yang tidak hanya dapat dirasai oleh pemandu, malah turut dinikmati oleh penumpang belakang.

Pendek kata, penumpang belakang boleh tidur lena sepanjang perjalanan sambil didendangkan instrumen bunyi yang mengasyikkan.

Menyentuh bab pengendalian, penulis berpendapat talaan sistem suspensi Agility Control yang digunakan lebih sesuai untuk pemanduan yang lebih santai dengan sistem suspensi ini boleh menyerap hentakan dengan cemerlang serta meminimumkan gegaran di dalam kabin.

Ditambah pula dengan kedapan bunyi yang amat baik, ruang kabin GLC sangat selesa sama ada untuk perjalanan jarak dekat atau jarak jauh.

Justeru, GLC 300 4MATIC mampu memenuhi jangkaan mereka yang mahukan sebuah SUV yang premium dan mewah.

Urusan lebih lancar

Pemilikan sesebuah kenderaan turut berkait rapat dengan pendekatan dan kefungsian yang ditawarkan oleh pengedar sah sesuatu jenama.

Untuk Mercedes-Benz, Cycle & Carriage sudah semestinya sangat dikenali dengan hospitaliti dan pelbagai aspek sokongan premium lain untuk memastikan pelanggan jenama dari Jerman ini mencapai kepuasan maksimum.

Dengan memiliki jentera Mercedes-Benz daripada Cycle & Carriage, anda akan mendapat manfaat menerusi liputan rangkaian luas pengedar ini di Semenanjung Malaysia, sama ada ketika perjalanan untuk bercuti atau bertugas.

Terdapat sejumlah 11 lokasi berbeza termasuk Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Glenmarie, Cheras, Batu Caves, Johor Bharu, AlorSetar, Ipoh, Juru, Bukit Tengah, dan Georgetown.

Cycle & Carriage turut menyediakan WhatsApp Chatbot untuk sebatang pertanyaan pelanggan dan bakal pelanggannya.
Cycle & Carriage turut menyediakan WhatsApp Chatbot untuk sebatang pertanyaan pelanggan dan bakal pelanggannya.

Justeru, anda tidak perlu bimbang sekiranya mengalami kemalangan. Anda boleh memandu dengan yakin apabila dilindungi Paint & Dent oleh Cycle & Carriage, insurans yang melindungi kereta baharu anda sehingga empat tahun pada harga bermula RM888.

Jika anda memiliki jadual yang sibuk, anda boleh bekerja semasa dalam perjalanan dan menikmati persekitaran selesa di Star Lounge yang tersedia di semua autohaus Cycle & Carriage.

Malah, untuk lebih keselesaan, anda boleh mengguna perkhidmatan Drop & Go (tinggal kereta dan kunci, selepas kenderaan diservis akan dimaklumkan untuk diambil) atau guna sahaja Cycle & Carriage Door-to-Door (kereta akan diambil dan dihantar semula kepada anda selepas siap).

Cuma Cycle & Carriage Door-to-Door ini hanya tersedia untuk radius 30 kilometer dari kediaman atau tempat anda berada.

Tidak cukup dengan itu, pembelian GLC 300 4MATIC dengan Cycle & Carriage akan dilindungi dengan Cycle & Carriage Extended Limited Warranty Programme yang menawarkan perlindungan untuk semua aspek mekanikal dan elektrik (AMAE).

Berita Harian X