Ahad, 31 March 2024 | 2:57pm
Rancang perjalanan pada musim perayaan ini - Gambar ihsan Cycle & Carriage
Rancang perjalanan pada musim perayaan ini - Gambar ihsan Cycle & Carriage

Tiga tip persediaan kenderaan sebelum balik kampung

KUALA LUMPUR: Ketika keluarga di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung pada Hari Raya kali ini, terdapat keperluan untuk membuat persiapan secara berhati-hati terutamanya membabitkan kenderaan, tanpa mengira jarak perjalanan.

Sama ada memandu kenderaan elektrik (EV) atau petrol, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik untuk perjalanan yang selamat dan lancar dengan tiga tip yang disediakan oleh Cycle & Carriage ini.

Tip 1: Periksa keadaan kenderaan dengan menyeluruh

Sebelum memulakan perjalanan, lakukan pemeriksaan penyelenggaraan menyeluruh pada kenderaan anda. Untuk

kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), pastikan bendalir penting seperti penyejuk radiator, minyak enjin dan bendalir brek ditambah kepada paras yang disyorkan untuk mengelakkan sebarang kemalangan di jalan raya.

Begitu juga, pemilik EV harus memeriksa paras bendalir brek, penyejuk bateri, dan cecair pencuci cermin depan untuk memastikan prestasi optimum sama ada semasa cuaca hujan atau cerah.

Pastikan anda melengkapkan kenderaan dengan tayar yang boleh dipercayai untuk membawa anda ke destinasi dengan selamat. Beri perhatian kepada benang pada tayar untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak usang. Sementara itu, pemilik EV harus sedar bahawa tayar mereka mungkin lebih cepat haus kerana berat kereta.

Tip 2: Persiapkan kenderaan untuk menghadapi haba dan trafik

Memandangkan cuaca tropika dan gelombang haba di Malaysia baru-baru ini, adalah penting bagi pemilik kenderaan memastikan sistem pendingin hawa berada dalam keadaan terbaik untuk mengatasi haba, terutamanya apabila terperangkap dalam lalu lintas yang bergerak perlahan.

Namun, ia bukan hanya mengenai untuk kekal dalam keadaan dingin, rancang perjalanan anda untuk mengelakkan waktu lalu lintas puncak. Pilih perjalanan awal pagi atau lewat malam untuk berdepan dengan kesesakan yang minimum.

Tip 3: Jadi celik teknologi dan maksimumkan penggunaan aplikasi

Gunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman perjalanan. Bagi pemilik kenderaan ICE, rancang terlebih dahulu dengan mencari hentian rehat untuk mengisi petrol di stesen pilihan dan mengelak hentian rehat trafik tinggi dengan masa menunggu yang lama, menggunakan aplikasi seperti PLUS untuk kamera langsung lebih raya, Waze bagi peringatan jalanan masa sebenar dan MyJPJ bagi mengakses semua dokumen kenderaan anda.

Bagi pemilik EV, muat turun aplikasi seperti Setel, JomCharge, ChargeEV, dan ParkEasy bagi akses lebih mudah kepada pengecas dan pilihan mengecas bagi memastikan cas bateri mencukupi sepanjang perjalanan.

Berita Harian X