Khamis, 1 Februari 2024 | 10:03am
Street Triple 765 RS paling tangkas yang Triumph pernah ada. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Street Triple 765 RS paling tangkas yang Triumph pernah ada. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Dari Moto2 ke jalan raya Triumph Street Triple 765 RS lebih berkuasa

Triumph Motorcycle ternyata menggunakan pengalaman dalam perlumbaan Moto2 untuk memantapkan lagi Triumph Street Triple 765 RS.

Ditawarkan dengan prestasi terunggul dalam kelasnya dengan dikuasakan evolusi enjin perlumbaan Moto2 untuk spesifikasi tertinggi, maka barisan Street Triple terbaharu adalah yang paling tangkas yang Triumph pernah ada.

Dengan peningkatan utama generasi baharu dari segi teknologi dan penampilan, RS menampilkan tetapan pengendalian paling maju dan menetapkan penanda aras baharu sebagai Street Triple yang paling berkuasa.

Daya pecutan, pengendalian dan hantaran kuasa yang lebih mantap, berserta ergonomi yang selesa, Street Triple RS sangat mudah untuk ditunggang dengan pantas.

Ia sangat menyeronokkan untuk ditunggang di jalan raya dan apabila anda melihat prestasi, komponen premium, teknologi dan kualiti binaan yang terdapat padanya, ia adalah nilai yang menakjubkan untuk membayar pada harga RM74,900 seunit.

Daya pecutan, pengendalian dan hantaran kuasa yang lebih mantap, berserta ergonomi yang selesa, Street Triple RS sangat mudah untuk ditunggang dengan pantas. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Daya pecutan, pengendalian dan hantaran kuasa yang lebih mantap, berserta ergonomi yang selesa, Street Triple RS sangat mudah untuk ditunggang dengan pantas. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Lebih Berkuasa

Kuasa puncak pada model ini ditingkatkan kepada 128 kuasa kuda (hp) lebih 7.0 hp berbanding sebelumnya, manakala tork pula naik kepada 80nm.

Ia susulan intake trumpet yang lebih pendek mendorong peningkatan kuasa pada putaran tinggi. Sementara itu, valve dan cam baharu meningkatkan prestasinya, selaras dengan reka bentuk chamber pembakaran dan piston yang diubahsuai, menghasilkan nisbah mampatan yang lebih tinggi (12.65:1 hingga 13.25:1) berserta tekanan silinder.

Ini ditambah pula pengubahsuaian kecil pada gear crankshaft, shaft pengimbang, dan gear kluc.

Paling menarik adalah pelaras semula nisbah gear, dengan menjadikan gear pertama yang lebih panjang, kemudian memendekkan nisbah gear lain. Justeru itu, nisbah gear ini berserta penukar gear pantas (QS) atas dan bawah yang amat lancar, menjadi tunggangan di litar dan lungsur jalan raya bengkang bengkok, mengambil selekoh dan memecut semula ketika keluar selekoh adalah amat mengujakan.

Triumph telah menala pendikit ride-by-wirenya dengan sangat mantap untuk menjadikan amat responsif. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Triumph telah menala pendikit ride-by-wirenya dengan sangat mantap untuk menjadikan amat responsif. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Padat teknologi perlumbaan

Dalam pada itu, Triumph telah menala pendikit ride-by-wirenya dengan sangat mantap untuk menjadikan amat responsif. RS berfungsi dengan baik dengan mod Road, Rain, Sport dan penetapan sendiri oleh penunggang. Mod ini ternyata mesra penunggang untuk selesa sama ada dalam tunggangan secara perlahan dan santai, mahu pun secara agresif.

Penetapan perkomputeran sokongan tunggangan yang kemas kini seperti penambahan ABS selekoh; kawalan cengkaman (TC) lean-angle-sensitive, kawalan wheelie dan brek berpaut, seperti yang terdapat pada Speed Triple 1200 RS dan RR, turut dilengkapkan pada Speed Triple 765 RS ini. Mod ini akan menentukan campur tangan ABS dan TC.

Kuasa puncak pada model ini ditingkatkan kepada 128 kuasa kuda (hp) lebih 7.0 hp berbanding sebelumnya, manakala tork pula naik kepada 80nm. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Kuasa puncak pada model ini ditingkatkan kepada 128 kuasa kuda (hp) lebih 7.0 hp berbanding sebelumnya, manakala tork pula naik kepada 80nm. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Panel instrumen TFT/LCD pada model ini adalah dengan paparan palet warna pastel kontras rendah dan kaunter rev futuristik. Dari segi geometri RS tampak sporty dengan jarak roda lebih dekat, bahagian belakang lebih tinggi, yang menghasilkan rake 23.2 darjah lebih curam dan trail 3.82 inci yang lebih pendek, justeru meletakkan lebih berat di bahagian hadapan.

Street Triple 765 RS dilengkapi dengan Showa dan Öhlins iaitu suspensi boleh laras sepenuhnya yang ditambat kukuh pada casis. Walaupun menggunakan tetapan yang lebih lembut, fork Showa Big Piston yang lebih mantap dan suspensi belakang Öhlins STX 40 menawarkan sokongan tambahan membuat penunggang lebih yakin khususnya dalam mengambil selekoh sama ada di dalam litar dan juga di jalan raya.

Tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3 pada Street Triple 765 RS, ternyata mantap mencengkam dan meningkatkan keyakinan mengambil selekoh. Supercorsa SP sangat cenderung kepada tunggangan di litar, namun tentunya kelemahan tayar prestasi tinggi sebegini adalah ia tidak bertahan lama.

Sementara itu, kuasa henti pula diperkasakan dengan Brembo, kaliper Stylema dan tuil MCS boleh laras. Gabungan ini menyediakan daya gigitan brek dan modulasi yang sangat baik, sesuatu yang dijangkakan dari jenama premium berkenaan.

Penukar gear pantas (QS) yang amat lancar. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Penukar gear pantas (QS) yang amat lancar. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Menarik juga untuk perkatakan iaitu Street Triple 765 ini adalah versatil darip segi ergonomi atau kedudukan tunggangan iaitu tegak dan menunduk. Menambah keselesaan adalah menambahkan bar hendal 12 milimeter (mm) lebih panjang.

Ketinggian tempat duduk RS pula adalah 32.9 inci.

Triumph Street Triple 765 RS umumnya jelas menetapkan penanda aras baru. Rangkaian Street Triple 765 semasa telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sejak ia muncul pada tahun 2017, dan dengan setiap kemas kini, ia dipertingkatkan dalam setiap aspek kewujudannya dan terus menonjolkan kualiti binaan yang sangat baik.

Street Triple 765 RS ternyata lebih padu dan agresif yang sejajar dengan penunggang yang mementingkan prestasi dalam kalangan peminat motosikal.

Punat penukar mod tunggangan yang mudah dicapai dan boleh digunakan ketika dalam perjalanan. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Punat penukar mod tunggangan yang mudah dicapai dan boleh digunakan ketika dalam perjalanan. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Rupa bentuk badan yang ramping dan ringan membolehkan tunggangan mudah, selesa dan tangkas. NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Rupa bentuk badan yang ramping dan ringan membolehkan tunggangan mudah, selesa dan tangkas. NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Kokpit dengan paparan TFT berwarna yang menyediakan pelbagai maklumat tunggangan - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Kokpit dengan paparan TFT berwarna yang menyediakan pelbagai maklumat tunggangan - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Suspensi depan Showa 41 mm terbalik Fork Piston Besar (BPF), mampatan boleh laras dan redaman lantunan, dan pelarasan pramuat. Perjalanan roda 115mm. Brek hadapan cakera terapung berkembar 310 mm, Brembo Stylema 4-omboh radial monobloc caliper, OC-ABS, Brembo MCS radial master cylinder. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Suspensi Belakang: Öhlins STX40 piggyback takungan monoshock, mampatan boleh laras dan redaman lantunan, dan pelarasan pramuat. Perjalanan roda 131.2mm. -NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Suspensi Belakang: Öhlins STX40 piggyback takungan monoshock, mampatan boleh laras dan redaman lantunan, dan pelarasan pramuat. Perjalanan roda 131.2mm. -NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Spesifikasi:

Enjin: 765 cc, penyejuk cecair, 12 injap, DOHC, 3 silinder sebaris, suntikan bahan api elektronik berurutan Sistem Multipoint dengan kawalan pendikit elektronik

Lejang: 53.4 mm

Mampatan: 13.25:1

Kuasa Maksimum: 128.2 bhp (95.6 kW) @ 12,000 rpm

Tork: 80 Nm @ 9,500 rpm

Klac: Basah, pelbagai plat, gelincir

Kotak gear: 6 kelajuan

Casis: Bingkai Aluminium rasuk rangka spar berkembar dengan 2 keping die cast subframe tekanan tinggi

Lengan ayun: Aloi aluminium

Tayar depan: 120/70 ZR 17

Tayar belakang: 180/55 ZR 17

Suspensi depan: Showa 41 mm terbalik Fork Piston Besar (BPF), mampatan boleh laras dan redaman lantunan, dan pelarasan pramuat. Perjalanan roda 115mm

Suspensi Belakang: Öhlins STX40 piggyback takungan monoshock, mampatan boleh laras dan redaman lantunan, dan pelarasan pramuat. Perjalanan roda 131.2mm

Brek depan: Cakera terapung berkembar 310 mm, Brembo Stylema 4-omboh radial monobloc caliper, OC-ABS, Brembo MCS radial master cylinder

Brek belakang: Cakera tunggal 220 mm, angkup omboh tunggal Brembo, OC-ABS

Paparan: Instrumen TFT 5" warna penuh

Lebar hendal: 792 mm

Ketinggian tanpa cermin sisi: 1064 mm

Ketinggian tempat duduk: 836 mm

Jarak roda: 1399 mm

Rake: 23.2 º

Trial: 96.9 mm

Kapasiti tangki 15 liter

Berat basah: 188 kg

Penggunaan Bahan Api: 5.4 liter / 100 km

Servis interval: 10,000km/12 bulan

Berita Harian X