Rabu, 27 Disember 2023 | 1:32pm
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik

Tidak lagi 'paranoid' dengan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic

Hakikat bahawa perjalanan jauh memerlukan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) atau hibrid tidak boleh disangkal dan penulis pasti tidak ramai yang benar-benar berani menggunakan kereta elektrik (EV) untuk tujuan berkenaan.

Namun dengan kehadiran model EV yang menawarkan jarak perjalanan jauh melebihi 600 kilometer (km) seperti menjadi penyelamat kepada sikap 'paranoid' dengan jentera alaf baharu ini, termasuklah penulis sendiri.

Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik

Kehadiran Mercedes-Benz EQS 500 4Matic Electric Art Line yang menjadi model pertama bagi barisan kenderaan elektrik EQ yang dipasang (versi CKD) di Malaysia ini merungkai segala kebimbangan.

Menampilkan dua motor elektrik dan pacuan semua-roda, EQS 500 mampu meledakkan keseluruhan kuasa mencecah 449 PS dan tork 828 Nm.

Sekali gus membolehkan EQS 500 ini mampu dipecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 210 km/j.

Varian pemasangan tempatan (CKD) ini juga menggunakan kapasiti tenaga yang sedikit tinggi yang dijana dari bateri lithium-ion pada 108.4 kWh.

Dalam pengecasan penuh, EQS 500 mampu memberikan jarak gerak sehingga 696 km mengikut kitaran WLTP.

Waktu mengecas semula EQS 500 juga adalah sama dengan EQS 450+, iaitu 10 jam (10-100 peratus) apabila menggunakan AC Type 2 sehingga 11 kW, dan 31 minit (10-80 peratus) apabila menggunakan pengecas pantas DC CCS2 sehingga 200 kW.

EQS 500 juga didatangkan dengan kemasan luaran Electric Art Line berbanding AMG Line pada EQS 450+, menyaksikan lebih banyak kemasan krom, serta rim 20-inci lima-jejari yang menggantikan unit AMG 21-inci pada EQS 450+ sebelum ini.

Dari aspek spesifikasi, EQS 500 menerima suspensi udara Airmatic dengan pilihan serapan, stereng gandar belakang (sehingga 10 darjah) serta pilihan mod Dynamic Select dengan beberapa mod pemanduan.

Pakej Electric Art Line turut merangkumi balutan kulit Nappa hitam/kelabu berbanding, headliner fabrik hitam, alas lantai velour, elemen kemasan kayuan lime struktur-garisan anthracite serta pencahayaan ambien 64-warna.

Panel paparan MBUX Hyperscreen berukuran 141 cm terus digunakan, dan ia terdiri daripada gabungan tiga skrin berlainan iaitu panel instrumen 12.3-inci, skrin sesentuh OLED 17.7-inci di tengah dan satu lagi skrin sesentuh OLED 12.3-inci di hadapan penumpang hadapan.

Selain itu, ia juga diberikan Mercedes me connect services, Android Auto dan Apple CarPlay untuk menyokong beberapa fungsi media.

Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik

Melengkapkan lagi cirinya, model ini turut diberikan tempat duduk Comfort, dengan unit di hadapan boleh dilaras secara elektrik dan dilengkapi fungsi pemanas, liang udara serta memori.

Di belakang, Rear Seat Package Plus menyediakan tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik, penyandar kepala mewah (juga ada di hadapan), panel kawalan suhu, sistem bunyi sekeliling Burmester 3D serta peletak tangan. Turut disediakan di belakang adalah pengecas tanpa wayar dan tablet MBUX.

Untuk aspek keselamatan, ia diberikan ciri standard termasuk Driving Assistance Plus Package (termasuk AEB), Active Distance Assist Distronic, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist (pemanduan semi-autonomous), Pre-Safe, Evasive Manoeuvre Support, Active Parking Assist, Parking Package dengan kamera 360 darjah dan perlindungan kenderaan Urban Guard.

Berbalik kepada pandu uji yang disediakan Cycle & Carriage Bintang Bhd (Cycle & Carriage) menerusi EQS 500, penulis sebenarnya agak gusar untuk menggunakan EV untuk menempuh perjalanan jauh ke Johor baru-baru ini.

Namun, mereka meyakinkan penulis untuk mencuba jentera ini, sekali gus menjadikannya pengalaman pertama memandu EV untuk perjalanan dua hala melebihi 800 km.

Ternyata apa yang dinyatakan wakil Cycle & Carriage benar bahawa sikap 'fobia' akan terlerai apabila anda menggunakan EQS 500 dan disokong penuh rangkaian pengedar Mewrcedes-Benz terkemuka itu.

Ketika menjemput EQS 500 di Cycle & Carriage Petaling Jaya, seperti biasa layanan yang diterima sangat memberangsangkan sejak pertama kali melangkah masuk ke pusat berkenaan.

Semuanya mewah

Ketika menunggu di Star Lounge premium premis berkenaan, penulis merasakan pendekatan yang memberikan tahap keselesaan terbaik disediakan kepada pelanggan yang datang untuk meninjau model yang ingin dibeli, servis atau pembaikan.

Semasa EQS 500 diserahkan kepada penulis, jentera ini sudahpun dicas penuh untuk memudahkan penulis.

Mereka sekali lagi meyakinkan penulis dengan rangkaian pusat pengecasan di lebuh raya termasuk pilihan penulis untuk mengecas kenderaan di Cycle & Carriage Johor Bahru.

Selang beberapa hari, bermulalah pengalaman EV terbaik setakat ini yang penulis rasakan.

Ketika memulakan perjalanan ke Johor, baki kapasiti bateri adalah sekitar 75 peratus.

Penulis memilih untuk memandu di bawah had laju kebangsaan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan bagi memastikan kapasiti bateri mencukupi sehingga sampai ke Cycle & Carriage Johor Bahru.

Penulis tiba di Cycle & Carriage Johor Bahru berbaki 10 minit sebelum premis berkenaan ditutup, dengan baki bateri sekitar 17 peratus sahaja.

Bagaimanapun, wakil di sana sangat membantu dan memberi ruang kepada menulis untuk mengecas bateri sehingga 30 minit melebihi masa premis berkenaan ditutup.

Tidak hanya mengecas kenderaan, penulis bersama keluarga dibawa masuk ke lounge untuk menikmati minum petang.

Semuanya 'percuma' bukan hanya untuk penulis tetapi pelanggan yang datang ke Cycle & Carriage Johor Bahru.

Lebih baik lagi, pemilik Mercedes-Benz boleh mengecas EV mereka secara percuma di sini.

Cycle & Carriage menyediakan pengecasan pantas DC percuma untuk kenderaan elektrik Mercedes-Benz di tiga lokasi Cycle & Carriage merentasi utara, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia.

Penulis beruntung kerana Autohaus Johor Bahru dilengkapi dengan pengecas 180kW, manakala terdapat juga DC pantas.

Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik
Cycle & Carriage jadikan pemilikan dan pemanduan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic lebih baik

Justeru, pada hari penulis tiba di sana dengan masa yang suntuk tidak sampai sejam, EQS 500 yang berbaki 17 peratus dapat dicas sehingga 70 peratus dengan pengecas DC pantas.

Difahamkan Cycle & Carriage menawarkan rangkaian meluas perkhidmatan termasuk perkhidmatan selepas jualan.

Manfaat daripada liputan rangkaian luas Cycle & Carriage Bagi menawarkan pemilik Mercedes-Benz memandu dengan selesa di sekitar Semenanjung Malaysia untuk percutian atau perjalanan kerja.

Pelanggan boleh mendapat manfaat daripada 11 lokasi berbeza termasuk Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Glenmarie, Cheras, Batu Caves, Johor Bharu, Alor Setar, Ipoh, Juru, Bukit Tengah, dan Georgetown.

Jika anda tiada masa untuk menghantar sendiri kenderaan untuk servis, Cycle & Carriage menyediakan janji temu Door-to-Door di mana wakil mereka yang akan datang menjemput kereta anda untuk diservis.

Kesimpulannya, tiada lagi kerisauan untuk memandu jentera EV.

Bukan hanya model yang ditawarkan Mercedes-Benz cukup padu dengan jarak pemanduan yang jauh, serta prestasi yang sangat baik, malah pengedar jenama terkemuka Jerman ini seperti Cycle & Carriage menawarkan sesuatu yang istimewa, selaras dengan komitmennya yang premium.

Berita Harian X