Selasa, 7 Februari 2023 | 12:44pm
Audi A5 Sportback S Line versi quattro menawarkan kepuasan pemanduan terbaik. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
Audi A5 Sportback S Line versi quattro menawarkan kepuasan pemanduan terbaik. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Audi A5 Sportback S Line mantap

KUALA LUMPUR: Jentera keluaran Audi, daripada sedan hinggalah kenderaan utiliti sukan (SUV) sememangnya menawarkan kepuasan pemanduan yang tidak perlu dipertikaikan.

Bukan sekadar rekaan mewah dan sporty, malah kuasa yang ditampilkan juga menakjubkan, sebaris dengan jentera premium yang setara dengannya.

Baru-baru ini, penulis diberi peluang memandu uji model Audi A5 Sportback S Line (versi quattro) selepas barisan pengedaran Audi 'kembali' ke Malaysia.

Walaupun model yang diberi pandu uji ini adalah varian yang diperkenalkan pada akhir 2020, puncak kepuasan yang ditampilkan tidak mengecewakan.

Jentera fastback lima-pintu ini hadir dengan unit EA888 2.0 liter pengecas turbo petrol empat silinder (versi pacuan semua roda quattro) yang mampu menghambur , angka prestasinya mampu melonjak sehingga 249 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 370 Nm antara 1,600 dan 4,500 rpm.

Digandingkan dengan kotak gear 7-kelajuan S tronic, A5 Sportback S Line ini mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.2 saat dan kelajuan maksimum pula hingga 250 km/j.

Walaupun menawarkan kuasa yang padu, jentera yang dipandu uji ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik iaitu sekitar 7.1 liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Jentera fastback lima pintu ini lengkap dengan gabungan prestasi, rekaan terbaik dan penuh sporty. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
Jentera fastback lima pintu ini lengkap dengan gabungan prestasi, rekaan terbaik dan penuh sporty. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Audi A5 Sportback S Line ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans bermula RM454,162. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
Audi A5 Sportback S Line ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans bermula RM454,162. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Sepanjang sesi pandu uji sekitar hampir seminggu, tahap penggunaan bahan api penulis adalah lebih 650 km.

Ternyata teknologi yang digunakan berserta kapasiti bahan api sekitar 58 liter banyak membantu meningkatkan lagi tahap kecekapan dan jarak pemanduan penulis.

Bukan itu sahaja, ia turut menerima sistem mild hybrid 12-voltan yang membolehkan kereta terus dipandu dengan enjin dimatikan dan mengoperasikan sistem start-stop apabila dipacu dari 22 km/j.

A5 Sportback S Line ini ditampilkan dengan rekaan terkini Audi dengan beberapa perubahan demi memantapkan lagi gayanya.

Rekaan penuh sensasi

Pada bahagian hadapan, ia diberikan gril bingkai tunggal dan bampar yang direka semula dengan rekaan corong pengambilan udara kelebaran penuh, di samping kemasan perak.

Ia turut digandingkan dengan lampu utama matrix LED yang gelap di dalam dengan lampu nyalaan siang segmentasi.

Bahagian sisi juga diberikan perubahan, di mana ia membabitkan rekaan skirt sisi yang lebih tajam dan padanan roda aloi pelbagai jejari dua tona 19-inci baharu melengkapkan lagi gayanya.

Digandingkan dengan kotak gear 7-kelajuan S tronic, A5 Sportback S Line ini mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.2 saat dan kelajuan maksimum pula hingga 250 km/j. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Bampar belakangnya juga direka semula dengan sambungan corong ekzos trapezoidal berbanding model terdahulu. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
Bampar belakangnya juga direka semula dengan sambungan corong ekzos trapezoidal berbanding model terdahulu. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Bahagian belakang pula ia padanan lampu bersama rekaan yang hampir sama dengan lampu nyalaan siang hadapan.

Bampar belakangnya juga direka semula dengan sambungan corong ekzos trapezoidal berbanding model terdahulu.

Menjengah ke dalam kabin, A5 Sportback S Line ini hadir dengan roda stereng dengan rekaan baharu, serta paparan tengah 10.1-inci yang diposisikan di bahagian tengah papan pemuka dengan skrin sesentuh bagi menggantikan rotary dial lama.

Paparan ini adalah versi terkini bagi Multi-Media Interface (MMI), dengan rekaan yang lebih minimalis, gerakan pelbagai-sentuhan seperti telefon pintar dan juga sistem kawalan suara baharu dengan pengesan bahasa.

Model ini juga didatangkan dengan MMI navigation plus berserta paparan instrumen kokpit maya 12.3-inci.

Audi A5 Sportback S Line versi quattro menawarkan kepuasan pemanduan terbaik. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin
Audi A5 Sportback S Line versi quattro menawarkan kepuasan pemanduan terbaik. - NSTP/Mohd Zaky Zainuddin

Ciri standard lain termasuk kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawalan suhu tiga-zon, tempat duduk sport untuk pemandu dengan larasan kuasa dan fungsi memori, balutan upholstery kulit asli dan tiruan, kemasan Silver Aluminium Ellipse, 10-pembesar suara, sistem bunyi 180-watt, kamera undur dan tailgate berkuasa bebas-tangan.

Suspensi sport juga didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian, dengan peredam pasif.

Dari aspek keselamatan, A5 Sportback S Line ini dilengkapi dengan bantuan kekal lorong, 6-beg udara, Lane Departure Warning, bantuan parkir, Exir Warning System.

Bagi model ini, ia didatangkan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, 3-tahun penyelenggaraan percuma dan 5-tahun bantuan tepi jalan.

Audi A5 Sportback S Line ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans bermula RM454,162.

Berita Harian X