Isnin, 31 Mei 2021 | 7:44pm
The ExChange, temubual eksklusif 10 tokoh usahawan mengenai cabaran semasa pandemik - Foto The Edge
The ExChange, temubual eksklusif 10 tokoh usahawan mengenai cabaran semasa pandemik - Foto The Edge

The New 5, simbolik perubahan alaf baru

PANDEMIK menyaksikan masyarakat dunia kini berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran bagi menyesuaikan diri dalam kehidupan norma baharu. 

Ia berikutan, berlakunya perubahan berskala besar membabitkan hampir semua sektor ekonomi bagi membolehkan industri terjejas kembali beroperasi seperti sedia kala. 

Terkenal sebagai peneraju perubahan dalam industri, BMW Malaysia dengan kerjasama syarikat penerbitan perniagaan dan kewangan, The Edge tampil memperkenal The ExChange. 

Ia adalah sebuah program bual bicara eksklusif menampilkan 10 individu hebat, berkongsi pengalaman menangani cabaran pandemik sekali gus merintis perubahan dalam dunia perniagaan.

Mengangkat slogan Change The Way You Lead, Lead The Way You Change, BMW komited menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada rakyat Malaysia dalam membuat perubahan.

The ExChange diterbitkan dalam lima episod, setiap episod bakal mengetengahkan dua tokoh berbeza menjadikan keseluruhan 10 individu berkongsi pengalaman mereka.

Rakyat Malaysia berpeluang menonton episod satu dan dua serta episod akan datang The ExChange menerusi pautan ini.

BMW 5 Series serba baharu

Image

Bersandarkan prinsip sama dalam The ExChange, BMW Malaysia teruja memperkenal dua model baharu bagi segmen sedan eksekutif premium iaitu BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport versi facelift.

Keluaran baharu ini menampilkan pelbagai ciri mewah dengan sistem bantuan pemandu generasi terkini dengan reka bentuk yang diperkemas, membuatkan anda yakin kekal berada di tempat duduk pada setiap masa.

Menurut BMW, model baharu ini menyertai portfolio kereta pemasangan tempatan (CKD) menjadikan ia sebagai penanda aras baharu dalam kemajuan industri automotif negara sekali gus menjadi bukti komitmen berterusan BMW dalam menerajui perubahan.

Image

Lengkap dengan pakej M Aerodynamics, model ini turut menampilkan rekaan gril lebih besar dan lampu hadapan lebih kecil dengan reka bentuk lampu pencahayaan siang baharu menjadikan ia tampak gah berbanding sebelumnya.

BMW 530e M Sport baharu disertakan lampu hadapan Adaptive LED Matrix selain lampu hadapan LED standard sedia ada manakala BMW 530i M Sport menampilkan, BMW Laserlight dengan ciri antisilau BMW Selective Beam dan fungsi penjuru adaptif.

Ia juga diserlahkan dengan rim aloi ringan M 19 inci Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black dengan tayar campuran dan tayar run-flat, adaptive suspension serta brek M Sport dengan brake calliper M Sport berwarna biru menyerlahkan lagi elemen sporty pada kereta ini.

Bahagian belakang kedua varian ini pula diserlahkan dengan ekzos belakang pada sisi kiri dan kanan dengan reka bentuk trapezium.

Berkuasa, efisien

Image

Sebagai nilai tambah, model baharu ini hadir dalam varian hibrid dan petrol, antara pemacu utama momentum kejayaan BMW Group dalam dunia sedan eksekutif premium.

Model BMW 530i M Sport menggabungkan empat unit silinder 2.0 turbo mendapat suntikan bahan api tekanan tinggi, dan kuasa masih kekal di 252 HP pada 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm tork antara 1,450 hingga 4,800 rpm.

Bagi model BMW 5 Series Hibrid pula menawarkan output yang lebih berkuasa iaitu 292 hp dan 420 Nm dengan jarak sifar emisi sejauh 67* km (data NEDC) dengan kelajuan maksimum boleh mencecah 250 km/j.

Dari segi keselamatan, semua model BMW 5 Series 2021 dipertingkatkan dengan Dynamic Stability Control (DSC) dibantu dengan ciri seperti Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC) dan brek ABS.

Tidak ketinggalan, perkhidmatan digital pintar dan sistem Driving Assistance yang memberi keselesaan maksimum dan fungsi keselamatan selain mempunyai amaran penukaran lorong serta info had laju.

Lebih menarik, semua model baharu BMW 5 Series dilengkapi dengan fungsi sambungan jauh BMW ConnectedDrive. Aplikasi BMW ConnectedDrive adalah pembantu mobiliti digital yang mengurus keperluan pemandu sebelum dan sewaktu perjalanan.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar, pemandu dapat mengakses sistem navigasi, menawarkan keselesaan menuju destinasi selain memberi peringatan untuk memastikan pemandu tiba tepat pada waktunya.

Malah, fungsi ini juga dapat memberi akses jarak jauh kepada perkhidmatan pengecasan aktif, pencarian kenderaan, kunci dan nyahkunci jarak jauh, tetapan dan kawalan suhu kabin.

Bagi model BMW 530e M Sport, terdapat kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi stop and go dengan sistem bunyi khas yang direka untuk memberikan amaran kepada pejalan kaki sekiranya kenderaan bergerak di dalam mod elektrik sepenuhnya dengan kelajuan sehingga 30 km/j.

Rekaan memukau

Image

Untuk hiasan dalaman, BMW sangat menitikberatkan keselesaan pengguna di mana setiap kemasan dalaman kereta tampak eksklusif dan memukau selain dilengkapi sistem layar sentuh berteknologi tinggi dengan BMW Operating System 7.

Malah, saat melangkah ke ruangan kabin, anda akan terpukau melihat sistem pencahayaan ambien, roda stereng M eksklusif kulit premium serta tempat duduk cukup selesa.

Ciri eksklusif lain yang dimuatkan pada BMW 530i M Sport adalah BMW Gesture Control, paparan head-up, BMW Display Key, dan sistem bunyi keliling Harman Kardon.

Tidak cukup dengan itu, BMW turut memperkenalkan suspensi sports elektronik M Adaptive Suspension yang menjadikan pemanduan anda selesa dan lancar.

Sekiranya dibandingkan dengan model terdahulu, model keluaran terbaru BMW ini bukan sahaja menawarkan peningkatan teknologi, malah menyajikan rekaan lebih moden, ruang versatil selesa dan keselamatan pintar yang sesuai dengan perubahan semasa.

Harga jualan bermula dari RM343,000 bagi model BMW 530e M Sport, manakala RM396,000 untuk model BMW 530i M Sport. Ini adalah anggaran harga dengan cukai jualan dan perkhidmatan di jalan raya tanpa insurans.

Dapatkan spesifikasi terperinci, kuasa kuda (BHP), dimensi, saiz enjin dan fakta lain mengenai BMW 5 Series 2021 anda di sini. Sekiranya anda berminat untuk memiliki BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, dapatkan maklumat lanjut di dapatkan maklumat lanjut di https://shop.bmw.com.my/

Berita Harian X