Khamis, 16 Julai 2020 | 2:40pm
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.

Mercedes-Benz C 200 AMG Line kini dengan lebih berkuasa

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.

Berbanding dengan model dipertingkatkan C 200, varian terkini yang ditawarkan pada harga RM251,587.38 tampil dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.

Jentera dengan trenkuasa ini mampu menghambur 204 kuasa kuda (hp) pada 5,800 hingga 6,100 rpm dan tork 300 Nm pada 1,600 hingga 4,000 rpm.

Berdasarkan perbandingan dengan enjin 1.5 liter EQ Boost hybrid yang diperkenalkan pada model dipertingkatkan C 200, jentera model terkini ini lebih 20 hp dan tork 20 Nm dengan kilasan maksimum lebih pantas.

Menerusi enjin berkuasa ini dengan pacuan disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik 9G-Tronic sembilan kelajuan, C 200 AMG Line mampu mencapai pecutan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.1 saat, lebih pantas berbanding 1.5L EQ Boost iaitu 7.7 saat.

Kuasa enjin yang dimiliki juga membolehkan jentera ini melakukan pecutan maksimum 250 km/j dan penggunaan bahan api kombinasi antara 6.3 hingga 5.9 liter per 100 kilometer.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz C 200 AMG Line.

Menyentuh mengenai penampilan, C 200 AMG Line menerima sentuhan AMG Line, termasuk gril radiator berlian dengan pins krom, bampar hadapan dan belakang AMG dan roda aloi ringan lima jejari AMG 18 inci.

Selain itu, ia turut diberikan suspensi sport dengan unit Agility Control yang lebih keras seperti model C 200 Avantgarde.

Menjengah ke bahagian kabin, model ini menerima skrin LCD 12.3 inci digital sepenuhnya yang menawarkan tiga tema grafik, sementara paparan infotainmen tengah pula berukuran selebar 10.25 inci.

Ia turut menampilkan Mercedes me connect yang membolehkan pengguna untuk mengakses beberapa fungsi kenderaan.

Sebagai varian AMG Line, bahagian dalaman didatangkan dengan warna hitam dengan anthracite headlining dan kemasan kayu oak, bersama roda stereng kulit Nappa dan pad permukaan metalik, pedal penukar gear galvanised, upholstery kulit Artico dan pedal sport AMG.

Dari aspek keselamatan pula, C 200 AMG Line hadir dengan bantuan parkir aktif, kamera undur, kawalan kelajuan Speedtronic, bantuan titik buta yang beroperasi dari 10 km/j hingga 200 km/j, tujuh beg udara, bantuan brek aktif, dan brek kecemasan automatik (AEB).

Berita Harian X