Selasa, 5 Jun 2018 | 11:29am
General Motors Co (GM) bercadang melancar 10 model kenderaan elektrik di China antara 2016 dan 2020. - Foto fail AFP
General Motors Co (GM) bercadang melancar 10 model kenderaan elektrik di China antara 2016 dan 2020. - Foto fail AFP

GM China akan lancar 10 model NEV pada 2016-2020

SHANGHAI: General Motors Co (GM) bercadang melancar 10 model kenderaan elektrik di China antara 2016 dan 2020, dan tambahan 10 model lagi dalam tempoh tiga tahun 2021 dan 2023, demikian menurut Presiden GM China, Matt Tsien, hari ini.

Langkah syarikat automotif Amerika Syarikat (AS) itu mempercepatkan pelancaran kereta elektrik di pasaran automotif terbesar dunia itu dibuat ketika mana kuota pengeluaran kereta tenaga baharu (NEV) yang ketat yang akan berkuat kuasa di China tahun depan.

NEV di China sebahagian besarnya merujuk kepada kereta menggunakan bateri sepenuhnya, hibrid elektrik 'plug-in', dan kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen. - Reuters

Berita Harian X