Selasa, 28 November 2017 | 7:03am

Myvi serba baharu mempesona

MYVI serba baharu dibangun sepenuhnya oleh anak tempatan.
MYVI serba baharu dibangun sepenuhnya oleh anak tempatan.

SELEPAS beberapa ketika menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila 'teaser' dipertontonkan pada Malaysia Autoshow 2017 dua minggu lalu, akhirnya model kompak paling diminati, Myvi serba baharu diperkenalkan.

Ditawarkan pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300 seunit, Myvi serba baharu didatangkan dengan lima varian iaitu 1.3L Standard G (MT); 1.3L Standard G (AT); 1.3L Premium X (AT); 1.5L High (AT); dan 1.5L Advance (AT).

Harga atas jalan tanpa insurans bagi varian 1.3L Standard G (MT) - RM44,300; 1.3L Standard G (AT) - RM46,300; 1.3L Premium X (AT)- RM48,300; 1.5L High (AT) - RM51,800; dan 1.5L Advance (AT) - RM55,300.

Meskipun baharu saja dilancarkan, Myvi tidak perlu menunggu lama apabila merekodkan tempahan 6,000 unit pada minggu lalu, sehari selepas ia diperkenalkan di Putrajaya.

Rekaan jiwa muda, taraf lima bintang

Model serba baharu itu menawarkan teknologi, rekaan berjiwa muda, ruang versatil, dan keselamatan pintar.

"Myvi generasi ketiga ini menawarkan teknologi yang sebelum ini hanya terdapat pada kereta premium. Ia turut menetapkan penanda aras baharu dari segi kualiti, rekaan dan penawaran keseluruhan bagi model masa depan kami," katanya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

RUANG dalam model Myvi serba baharu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
RUANG dalam model Myvi serba baharu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Antara fungsi utama Myvi serba baharu adalah Advanced Safety Assist yang menawarkan empat fungsi utama.

Empat fungsi utama itu ialah Pre-Collision Warning Alert; Pre-Collision Braking; Front Departure Alert; dan Pedal Misoperation Control.

"Fungsi ini adalah pertama dalam segmen harga sedemikian. Namun, keselamatan berada di tangan anda, sistem hanya bertindak sebagai pembantu," jelas Aminar Rashid.

Myvi baharu yang direka sepenuhnya anak tempatan dan PERODUA juga mendapat penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikannya antara nilai terbaik untuk paras harganya.

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melancarkan Myvi serba baharu di PICC, Putrajaya, 16 November. Turut bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh di Pusat Konvensyen Putraya (PICC), Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

ORANG ramai melihat Myvi serba baharu selepas dilancarkan di Pusat Konvensyen Putraya (PICC), Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
ORANG ramai melihat Myvi serba baharu selepas dilancarkan di Pusat Konvensyen Putraya (PICC), Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Berita Harian X