Isnin, 5 Disember 2016 | 2:25pm
Toyota lancar Innova baharu

Toyota lancar Innova baharu, harga RM109,000-RM126,000

KUALA LUMPUR: UMW Toyota hari ini melancarkan tiga varian Innova baharu yang lebih moden, dengan dilengkapi enjin baharu menggunakan teknologi Dual VVT-i.

Ditawarkan dalam tiga varian, Innova baharu bermula dengan harga dari RM109,000 sehingga RM126,000, termasuk cukai jalan dan insuran.

Varian 2.0E M/T menggunakan transmisi manual lima-kelajuan, manakala varian 2.0E A/T dan 2.0G A/T menggunakan transmisi enam-kelajuan automatik.

Toyota menawarkan Innova baharu dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had, yang mana tempahan dibuka bermula 3 November lalu.

Maklumat lebih lanjut mengenai Innova baharu, boleh lawati laman web UMW Toyota, kunjungi mana-mana bilik pamer Toyota berdekatan atau menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Berita Harian X