Isnin, 26 September 2016 | 6:35pm

Proton muat naik 'teaser' video Saga

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menerusi laman Facebook rasminya, memuat naik klip video pendek mengenai Proton Saga baharu yang akan dilancarkan pada Rabu.

Setakat jam 6.45 petang, klip video berdurasi 15 saat itu ditonton kira-kira 114,764 rakan Facebook dan menerima 2,455 like selepas ia dimuat naik 22 jam lalu.

Proton dijadualkan melancarkan model generasi baharu, Saga di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Rabu ini.

FOTO diambil daripada klip video pendek mengenai Proton Saga baharu yang akan dilancarkan pada Rabu.
FOTO diambil daripada klip video pendek mengenai Proton Saga baharu yang akan dilancarkan pada Rabu.

Saga baharu bakal ditawarkan dengan empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT2+ Standard; 1.3L CVT2+ Executive dan 1.3L CVT2+ Premium.

Ditampilkan sebagai kereta mampu milik, ia dijangka ditawarkan pada harga kompetitif dalam lingkungan RM38,000 hingga RM47,000 seunit, sekali gus menjadikannya sebagai kereta paling mampu dimiliki dan termurah dalam kelasnya.

Berita Harian X