Khamis, 4 Ogos 2016 | 1:01pm

UMW Toyota perkenal Alphard, Vellfire serba baharu

UMW Toyota memperkenalkan dua MPV premium, Toyota Alphard dan Vellfire.
UMW Toyota memperkenalkan dua MPV premium, Toyota Alphard dan Vellfire.

SUBANG JAYA: UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal bertauliah kenderaan Toyota di Malaysia, memperkenalkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Toyota Alphard dan Vellfire.

Kedua-dua model itu ditawarkan dengan jaminan lima tahun dengan jarak kilometer tanpa had, selain menyediakan rangkaian servis selepas jualan yang luas bersama juruteknik terlatih.

Sekalipun kedua-dua model berkenaan memiliki persamaan bentuk, tema rekaan kedua-duanya berbeza yang mana Toyota Alphard menerapkan konsep 'Berani Mengagumkan', manakala 'Keberanian dan Tidak Gentar' bagi Toyota Vellfire.

Alphard yang dikuasakan enjin 3.5 liter Dual VVT-i yang menjana 271Ps dengan menggunakan transmisi automatik enam kelajuan ditawarkan dalam dua varian.

Vellfire hanya menawarkan satu varian iaitu yang menggunakan enjin 2.5 liter Dual VVT-i padanan transmisi CVT dengan memiliki kuasa maksimum sehingga 180Ps.

Harga bagi Toyota Alphard 3.5 dan Alphard 3.5 Executive Lounge masing-masing ialah RM419,900 dan RM519,900 (harga atas jalan termasuk insurans), manakala Vellfire RM355,000.

Berita Harian X