Selasa, 27 Jun 2017 | 12:01am
PRESIDEN PESAKA, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) bersama Atlet Silat Negara di majlis berbuka puasa bersama PESAKA di Felda D'Saji Titiwangsa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
PRESIDEN PESAKA, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) bersama Atlet Silat Negara di majlis berbuka puasa bersama PESAKA di Felda D'Saji Titiwangsa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq

Shazwana tabah berlatih di Vietnam

SITI Shazwana Ajak di majlis berbuka puasa bersama PESAKA di Felda D'Saji Titiwangsa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
SITI Shazwana Ajak di majlis berbuka puasa bersama PESAKA di Felda D'Saji Titiwangsa. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq

Kuala Lumpur: Hati mana yang tidak berasa sedih dan sayu apabila terpaksa jauh keluarga di saat alunan merdu takbir bergema ke udara pada pagi Hari Raya Aidilfitri.

Itulah perasaan dialami sebahagian besar daripada 26 pesilat Malaysia yang kini sedang bertapa di kawasan terpencil di pergunungan Da Lat, Vietnam bagi memastikan mereka dapat menggutip tidak kurang lapan pingat emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos nanti.

Siti Shazwana Ajak, 25, berkata kalau diikutkan hatinya memang sedih dan sayu kerana pertama kali terpaksa beraya jauh dari keluarganya yang menetap di Pulau Labuan, Sabah.

Namun, Shazwana berkata dia terpaksa kuatkan semangat dan dirinya demi memastikan dia dapat menang emas dalam acara silat kategori E di Sukan SEA nanti.

"Saya memang sedih kerana ini kali pertama tidak dapat berhari raya bersama ibu bapa dan keluarga di kampung halaman di Labuan.

ATLET Silat Wanita Negara, Siti Shazwana beraksi dan menewaskan pesilat Laos, Bouphay Vonghamsone (biru) pusingan suku akhir kategori 'class 44' yang berlangsung Sukan Universiti Asian Palembang 2014 di Komplek Graha Jakabaring. - Foto NSTP/Hasriyasyah Sabudin

Jarang pulang ke Labuan

"Saya juga rindukan pelbagai juadah tradisional dan biskut yang dimasak ibu untuk kami adik beradik setiap kali hari raya menjelang," katanya ketika ditemui media di majlis berbuka puasa anjuran PESAKA di sini, sebelum berlepas ke Vietnam, baru-baru ini.

Difahamkan, semua pesilat negara akan berkampung di Vietnam lebih tiga minggu sebelum kembali ke tanah air pada 7 Julai depan.

Sekembalinya ke sini, skuad silat negara akan menjalani kem motivasi di Gunung Ledang, Johor selama lima hari sebelum meneruskan sesi latihan di Cameron Highlands, Pahang bagi tempoh 10 hari.

Dalam pada itu, Shazwana berkata beliau kini tidak punya banyak masa untuk melakukan hobinya iaitu mengembara dan membeli belah kerana sibuk berlatih sebagai persediaan menghadapi KL2017 Ogos nanti.

Shazwana berkata dia juga jarang dapat pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarganya di Labuan kerana jadual latihan ketat dan cuti yang pendek.

PESILAT terbaik Putri dan Putra Antarabangsa, Siti Shazwana Ajak, 23, (kiri), dari IPT Malaysia dan Muhammad Faizul M Nasir 37 (kanan) dari pasukan Malaysia Elite bersama trofi dan pingat yang mereka peroleh pada kejohanan pencak silat antarabangsa piala Timbalan Perdana Menteri edisi ke-6 di Berjaya Megamall, Kuantan. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

Profil
Nama: Siti Shazwana Ajak
Tarikh lahir: 9 Oktober 1992
Umur: 25 tahun
Asal: Labuan, Sabah.
Acara: Silat kelas E
Hobi: Mengembara dan beli belah.

Berita Harian X