Ahad, 22 Januari 2017 | 12:15am
POHON buluh yang rimbun menyejukkan mata memandang. - Foto Fong Kee Soon
POHON buluh yang rimbun menyejukkan mata memandang. - Foto Fong Kee Soon
BEREHAT dan mengerjakan solat Zuhur sebaik tiba di puncak. - Foto Fong Kee Soon
BEREHAT dan mengerjakan solat Zuhur sebaik tiba di puncak. - Foto Fong Kee Soon
JAMBATAN gantung ini antara tarikan ke Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon
JAMBATAN gantung ini antara tarikan ke Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon

Hirup udara segar sambil mendaki di Bukit Kutu

MENAIKI tangga ini memerlukan keberanian dan berhati-hati kerana ruang di atas pula sempit dan curam. - Foto Fong Kee Soon
MENAIKI tangga ini memerlukan keberanian dan berhati-hati kerana ruang di atas pula sempit dan curam. - Foto Fong Kee Soon

MENGHARUNGI trek berlopak, dua jambatan gantung dan meredah sungai yang airnya hampir paras lutut adalah antara pengalaman mengujakan sepanjang perjalanan menuju ke puncak Bukit Kutu setinggi 1,053 meter di Kuala Kubu Bharu.

Bunyi air mengalir Sungai Chiling dan kedengaran suara ketawa sudah cukup menggambarkan betapa kaki Bukit Kutu adalah destinasi yang menyeronokkan untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan perkelahan.

Pendakian sejauh enam kilometer memang meletihkan kerana mengerah segala kudrat tetapi ia masih memberi keseronokan sekiranya dilakukan secara santai.

Nikmatilah kehijauan hutan, menghirup udara segar sekali gus membersihkan paru-paru dan menguatkan otot jantung serta membasahi badan dengan peluh. Sesekali bayu bertiup di celah-celah pokok yang rimbun, akan terasa nyaman.

BATU Tedung terletak kira-kira 300 meter dari puncak Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon
BATU Tedung terletak kira-kira 300 meter dari puncak Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon

DR Eshamsul berdiri di runtuhan banglo yang dibina ketika zaman residen Inggeris di Selangor. - Foto Fong Kee Soon
DR Eshamsul berdiri di runtuhan banglo yang dibina ketika zaman residen Inggeris di Selangor. - Foto Fong Kee Soon

Rehat di Batu Tedung

Bukit Kutu bukan destinasi asing dalam kalangan pengembara, pendaki atau mereka yang suka bercuti serta bersantai dalam persekitaran alam semula jadi.

Selepas lebih dua jam mendaki dari penempatan Orang Asli di Kampung Pertak, kami berehat di Batu Tedung, nama yang diberikan kerana formasi batunya seperti kepala ular tedung.

Jarak dari Batu Tedung ke puncak sekitar 300 meter, tetapi untuk pendakian seolah-olah kami perlu menghabiskan perjalanan sejauh tiga kilometer, dengan mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam untuk ditamatkan.

Bukit Kutu menjadi antara destinasi popular dalam kalangan penggemar aktiviti lasak. Bermacam-macam tujuan mendaki bukit ini, seperti menguji kecergasan diri atau latihan mendaki ke puncak lebih tinggi. Namun, kebanyakannya melakukan untuk riadah pada hujung minggu.

AWAN membiru, rimbunan pohon yang menghijau memang menyegarkan mata memandang sepanjang perjalanan ke Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon
AWAN membiru, rimbunan pohon yang menghijau memang menyegarkan mata memandang sepanjang perjalanan ke Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon

AKAR yang berselirat ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada setiap pendaki. - Foto Fong Kee Soon
AKAR yang berselirat ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada setiap pendaki. - Foto Fong Kee Soon

Menguatkan stamina, pernafasan

Penulis antara 60 peserta menyertai pendakian Bukit Kutu ini bersama-sama pegawai kanan dan anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia diketuai oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin sebagai persediaan Cabaran Annapurna Media & Bomba Malaysia 2017 pada April nanti.

Tidak semua peserta berpeluang mengikut program ini atas sebab tugasan dan perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Program anjuran Kelab Media Pahang ini juga bertujuan untuk membentuk stamina dan teknik pernafasan secara konsisten

Turut serta beberapa pegawai perubatan diketuai Dr Eshamsol Kamar iaitu Pakar Otorinolaringologi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, dan Penasihat Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin serta Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Saadon Moktar.

Mendaki tidak perlu bergerak terlalu laju sehingga memudaratkan diri. Tidak boleh juga terlalu perlahan yang menyebabkan ketinggalan jauh daripada rakan-rakan di hadapan.

ANTARA keseronokan perjalanan ke Bukit Kutu ialah meredah sungai yang airnya hampir paras lutut. - Foto Fong Kee Soon
ANTARA keseronokan perjalanan ke Bukit Kutu ialah meredah sungai yang airnya hampir paras lutut. - Foto Fong Kee Soon

Tidak perlu tergesa-gesa

Dengan ketinggian melebihi 1,000 meter, mereka yang pernah sampai ke puncak Bukit Kutu berasakan sebenarnya mendaki gunung.

Berdasarkan kelajuan sederhana, tahap kesihatan yang baik, tempoh pendakian untuk sampai ke puncak lazimnya mengambil masa sekitar empat jam.

Tidak perlulah terburu-buru untuk ke puncak, kita boleh mendaki sambil menikmati 'bau' hutan, kehijauan pokok yang tinggi atau rimbun, dan jika berada di kawasan lapang, anda akan berasa kagum dan teruja dengan pemandangan gunung ganang Banjaran Titiwangsa.

Kepuasan 'maksimum' menikmati pemandangan paling mempesonakan jika anda tidak berasa gayat untuk berada di atas setongkol batu di puncak Bukit Kutu. Dari sini, anda boleh melihat Empangan Sungai Selangor dan pekan Kuala Kubu Bharu tetapi ia bergantung kepada keadaan cuaca. Ada ketikanya pemandangan dari puncak ini diselaputi awan atau kabus.

TANGGA ke batu di puncak Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon
TANGGA ke batu di puncak Bukit Kutu. - Foto Fong Kee Soon

JALAN pendakian yang licin dan air memenuhi lopak. - Foto Fong Kee Soon
JALAN pendakian yang licin dan air memenuhi lopak. - Foto Fong Kee Soon

INFO

  • 80 km - Jarak Kuala Kubu Bharu dari Kuala Lumpur.
  • 1,053 meter - Tinggi Bukit Kutu.
  • 12 km - Anggaran jarak naik dan turun.

INFO

  • Nama asal Bukit Kutu dikenali sebagai Treacher's Hill sempena nama Residen British di Selangor antara 1892-1896 iaitu Sir William Hood Treacher.
  • Dalam lawatannya ke Rawang, Serendah, Tanjung Malim dan beberapa kampung di Ulu Yam, Treacher menginap di Bukit Kutu yang ketika itu dikenali Gunung Kutu.
  • Bagaimanapun, atas beberapa sebab nama rasminya ditukar menjadi Bukit Kutu.
  • Ada pendapat mengatakan nama asalnya Bukit Persekutuan tetapi masyarakat Orang Asli dari suku Temuan menganggap Persekutuan agak panjang lalu menyebut 'kutu' dan nama itu kekal hingga hari ini.
Berita Harian X