Selasa, 17 Januari 2017 | 12:08am
Fashion show by Suhara Jewel Art at Alta Moda in conjunction with a journey through time 2016. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Inspirasi kunang-kunang

FUNGSI aksesori bukan sekadar hiasan tetapi membantu menambahkan seri dan menyerlahkan gaya lebih anggun serta menawan.

Apatah lagi, jika anda memilih mengenakan aksesori indah rekaannya dengan serakan pantulan cahaya yang menarik perhatian. Kerdip waktu dibias cahaya neon bagai magis, pastinya menukar gaya individu daripada 'biasa' kepada luar biasa.

Kuasa ditawarkan aksesori direka seumpama itu sememangnya sukar diluah dengan kata-kata. Gandingan indah pelbagai manikam berwarna-warni menambah cantik pada sebentuk aksesori, sama ada kerongsang atau rantai.

Idea ketika bercuti

Fashion show by Suhara Jewel Art at Alta Moda in conjunction with a journey through time 2016. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Fashion show by Suhara Jewel Art at Alta Moda in conjunction with a journey through time 2016. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Pengarah Kreatif Suhara Jewel Art, Suhara Omar antara bijak mencipta kelainan dalam koleksi Kunang-kunang yang ditampilkan.

"Kunang-kunang menjadi inspirasi kerana kerlipan cahayanya tidak statik, sebaliknya bagaikan `bertukar-tukar' warna. Saya mendapat idea mengenainya ketika percutian bersama keluarga," katanya ketika ditemui pada acara, A Journey Through Time X, berlangsung di pusat beli-belah, Starhill Gallery, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sempena acara itu, Suhara menampilkan koleksi Kunang-kunang untuk tatapan hadirin. Koleksi ditampilkan dalam bertemakan 'Mistik Arab'.

Reka bentuk besar

Fashion show by Suhara Jewel Art at Alta Moda in conjunction with a journey through time 2016. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Fashion show by Suhara Jewel Art at Alta Moda in conjunction with a journey through time 2016. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Suhara Jewel Art ditubuhkan sejak lapan tahun lalu, sejak dulu bertunjangkan aksesori dempak. Untuk koleksi Kunang-kunang, gandingan aneka batu berwarna-warni dalam sebentuk aksesori seperti batu delima dan batu safir bukan saja memercik gaya mewah, sebaliknya menambah warna buat pemakainya yang bagaikan berkerdip, mengiring alun langkah si wanita.

"Sejak dulu memang saya sukakan aksesori dempak dan chunky. Bagi saya, sebentuk aksesori bukan saja mampu menyerlah gaya kewanitaan, lebih daripada itu berupaya menata gaya individu. Malah, saya sendiri rasa tidak lengkap penampilan kalau tidak mengenakan aksesori. Tidak kiralah ia sebentuk cincin atau kerongsang," katanya.

Kunci penampilan

gn4id:18409968

Mengenai siapa yang selayaknya mengenakan aksesori berbentuk besar, kata Suhara 'sesiapa sahaja yang berasa yakin' layak menggayakannya.

"Gaya berkait rapat dengan keyakinan. Kalau anda yakin menggayakan aksesori besar dan chunky, sudah pasti anda tampak cantik," katanya.

Kunang-kunang, ditawarkan pada harga bermula RM2,000.

Info: Kunang-kunang

  • Sejenis kumbang dalam keluarga 'lampyrida'.

  • 'Lampyridae' berasal dari bahasa Yunani bererti bersinar, seperti lampu.

  • Cahaya dikeluarkan, terhasil menerusi tindak balas luciferin di dalam perut atau ekornya.

  • Apabila bergabung dengan oksigen, kalsium dan adenosin trifosfat, reaksi kimia terjadi dan menghasilkan cahaya.

  • Cahaya dihasilkan kunang-kunang adalah cahaya paling berkesan berbanding dengan cahaya lampu yang memaparkan 10 peratus tenaga cahaya dengan 90 peratus daripadanya tenaga haba.
Berita Harian X