Jumaat, 23 Disember 2016 | 12:15am

Tanjung Lipat dibanjiri sampah setiap kali lepas hujan

KOTA KINABALU: Lebih 200 tan sampah sarap tan terpaksa dikutip oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dari sekitar Kampung Sembulan dan Pantai Tanjung Lipat di pinggir bandar raya ini, setiap bulan.

Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK menempatkan sebuah lori sampah jenis roro di Tanjung Lipat, manakala dua lagi di Kampung Sembulan dengan setiap satunya, mampu memuatkan lapan tan sampah membabitkan sembilan kutipan sebulan.

Bahan dikutip bukan sampah lama, sebaliknya buangan baharu daripada sekecil puntung rokok, bekas serta botol plastik dan serpihan kayu serta buluh, yang bersepah sekitar pesisir pantai terbabit yang menjadi tumpuan warga ibu negeri Sabah beriadah setiap hari.

PEKERJA syarikat yang dilantik membersihkan pantai Tanjung Lipat sedang mengutip sampah yang hanyut di pesisir pantai berkenaan. - Foto Edmund Samunting

Selain itu, bekas plastik termasuk botol turut dilihat tertimbus dalam pasir dan terpaksa dikorek untuk dikeluarkan, manakala timbunan sampah turut kelihatan di kawasan pesisir pantai antara jambatan Likas dengan kawasan Anjung Selera.

BH yang meninjau ke kawasan itu baru-baru ini mendapati seawal jam 7 pagi, beberapa pekerja membawa guni dan penyapu masing-masing untuk mengutip sampah baharu di pesisir pantai berkenaan sehingga jam 4 petang.

Seorang pekerja memaklumkan, jumlah sampah bertambah banyak terutama selepas hujan hingga lebih 200 karung sehari.

SAMPAH sarap daripada serpihan kayu hingga kepada bekas plastik antara yang hanyut di pesisir pantai di Tanjung Lipat. - Foto Edmund Samunting

"Walaupun hari ini kawasan itu bersih, esok ada lagi sampah baharu di tempat sama. Kadang-kadang kami terfikir, berapa banyak lagi sampah yang perlu dikutip esok? Kami pun tidak tahu dari mana sampah ini, mungkin dari pulau atau perkampungan di tepi sungai," katanya.

Walaupun tidak diketahui punca sebenar sampah itu, namun difahamkan penempatan setinggan tepi sungai termasuk di Likas dan Inanam, adalah antara yang menjana sampah hingga dihanyutkan ke pantai, khususnya Tanjung Lipat, selain ada yang mendakwa ia dihanyutkan arus dari pulau berdekatan.

Kampung Sembulan yang terletak di pinggir bandar raya ini mendapat perhatian selepas beberapa penduduknya diperintah membersihkan premis masing-masing setiap hari selama empat jam, dalam tempoh sebulan oleh Mahkamah Sesyen kerana mengotorkan perkampungan terbabit pada awal Ogos lalu.

SAMPAH sarap daripada serpihan kayu hingga kepada bekas plastik antara yang hanyut di pesisir pantai di Tanjung Lipat. - Foto Edmund Samunting
SAMPAH sarap daripada serpihan kayu hingga kepada bekas plastik antara yang hanyut di pesisir pantai di Tanjung Lipat. - Foto Edmund Samunting

Sebelum itu, keadaan kampung berkenaan yang kotor serta dipenuhi sampah sarap bertimbun, menyebabkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad, turun padang melihat sendiri persekitaran perkampungan terbabit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK, Robert Lipon, berkata pembersihan sampah dibuat setiap hari di pesisir pantai Tanjung Lipat dan Tanjung Aru dengan sumber bahan terbabit datang daripada beberapa lokasi termasuk penempatan atas air, selain pulau berhampiran mengikut tiupan angin monsun.

"Pembersihan di kawasan pesisir pantai Tanjung Lipat hingga bawah Jambatan Likas sejauh 3.2 kilometer (km), manakala di Tanjung Aru membabitkan dua kawasan iaitu pantai Tanjung Aru 1 hingga 3 (2.43 km) manakala pantai Shangri-La Tanjung Aru Resort hingga Kampung Tanjung Aru (341.21 meter).

TIMBUNAN sampah sarap di Pulau Gaya yang didakwa penduduk sebahagian daripadanya dihanyutkan dari tanah besar Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

"DBKK turut memasang perangkap sampah di beberapa parit bagi mengekang kemasukan sampah ke sungai dan seterusnya ke laut.

"Perangkap sampah dipasang di parit Taman Fortuna dan Jabatan Arkib di jalan Penampang, Kolombong dan Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu di Likas. Usaha ini sedikit sebanyak membantu menghalang sampah terus ke laut," katanya.

INFO

# 216 tan sampah dikutip setiap bulan di Kg Sembulan dan Pantai Tg Lipat

# 9 lori roro disediakan DBKK di Tg Lipat dan Kg Sembulan

# 3.2 km - kawasan pesisir pantai Tanjung Lipat hingga bawah Jambatan Likas

# 20 hingga 30 karung sampah dari pesisir Tanjung Aru

PEKERJA syarikat yang dilantik membersihkan pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu sedang mengutip sampah yang hanyut di pesisir pantai berkenaan. - Foto Edmund Samunting

HAKIM Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad. - Foto Izhari Ariffin.

HAKIM Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad (dua dari kiri) meninjau sampah sarap di persekitaran Kampung Sembulan, Kota Kinabalu pada Ogos lalu. - Foto Izhari Ariffin.

HAKIM Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad (dua dari kiri) serta Ketua Bahagian Setinggan dan Tugas Khas Jabatan Penguatkuasaan DBKK, Mohd Amir Izzat Romeo Abdullah bersama lima individu setelah didakwa di mahkamah meninjau keadaan sampah sarap disekitar kawasan Kampung Sembulan, Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin.

HAKIM Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad (dua dari kiri) serta Ketua Bahagian Setinggan dan Tugas Khas Jabatan Penguatkuasaan DBKK, Mohd Amir Izzat Romeo Abdullah (empat dari kiri) bersama lima individu yang didakwa di mahkamah ketika meninjau keadaan sampah sarap di sekitar kawasan Kampung Sembulan, Kota Kinabalu pada Ogos lalu. - Foto Izhari Ariffin.

HAKIM Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad (dua dari kiri) meninjau sampah sarap di persekitaran Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, pada awal Ogos lalu, selepas mengarahkan 5 tertuduh kes buang sampah di kawasan DBKK membersihkan persekitaran premis mereka di situ. - Foto Izhari Ariffin.

KELIHATAN masih terdapat sampah sarap yang masih belum dibersihkan dibeberapa penduduk sekitar Kampung Sembulan walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad meninjau pada kali kedua sebelum membuat keputusan kepada yang didakwa dalam kes membuang sampah sarap pada Ogos lalu - Foto Izhari Ariffin.
KELIHATAN masih terdapat sampah sarap yang masih belum dibersihkan dibeberapa penduduk sekitar Kampung Sembulan walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ainul Shahrin Mohamad meninjau pada kali kedua sebelum membuat keputusan kepada yang didakwa dalam kes membuang sampah sarap pada Ogos lalu - Foto Izhari Ariffin.
PEKERJA syarikat yang dilantik membersihkan pantai Tanjung Lipat sedang mengutip sampah yang hanyut di pesisir pantai berkenaan. - Foto Edmund Samunting
PEKERJA syarikat yang dilantik membersihkan pantai Tanjung Lipat sedang mengutip sampah yang hanyut di pesisir pantai berkenaan. - Foto Edmund Samunting
BEBERAPA pekerja syarikat yang dilantik membersihkan pantai Tanjung Lipat sedang mengutip sampah yang hanyut di pesisir pantai berkenaan. - Foto Edmund Samunting

Berita Harian X