Jumaat, 9 Disember 2016 | 12:15am

Pak Pandir, Kluang Man dipopularkan dalam kursus ukir figura

ALOR GAJAH: Hobi mengumpul figura watak animasi dan permainan mendorong seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini, membangunkan satu kursus jangka pendek pembuatan figura.

Program berkenaan dijangka mula ditawarkan pada 2018 yang akan memberi kemahiran kepada pelajar.

Kursus itu akan diaplikasikan menerusi watak adiwira dan kartun tempatan antaranya Kluang Man, Sang Wira, selain kisah pendek seperti Sang Kancil dan Buaya serta Sang Arnab dan Kura-Kura.

Ketua program berkenaan, Rafuzan Jaafar, 44, berkata idea itu tercetus daripada minat beliau sendiri yang gemar mengumpul figura watak animasi sejak berusia sembilan tahun.

"Idea turut mendapat sokongan daripada rakan setugas di Fakulti Seni Halus dan Seni Reka UiTM, namun bagi menampilkan kelainan dan klise dengan pembangunan watak adiwira negara Barat, kami mengenengahkan watak adiwira dan kartun tempatan.

RAFUZAN gemar mengumpul figura watak animasi sejak berusia sembilan tahun. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN gemar mengumpul figura watak animasi sejak berusia sembilan tahun. - Foto Khairunisah Lokman

RAFUZAN menunjukkan koleksi permainan miliknya. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN menunjukkan koleksi permainan miliknya. - Foto Khairunisah Lokman

"Ini kerana, masyarakat dan pengumpul figura di negara ini lebih meminati adiwira dan watak kartun luar negara sedangkan di negara sendiri sudah menghasilkan banyak karakter kartun menarik seperti Si Luncai dan Labu-Labunya dan Badang," katanya yang kini mempunyal lebih 1,000 koleksi figura animasi Barat di rumah.

Beliau berkata, menerusi kursus itu yang kini dalam mendapatkan hak cipta terpelihara, pelajar akan menjalani empat peringkat bagi merealisasikan figura watak tertentu bermula dengan pengenalan, melukis, mengaplikasi watak secara digital sebelum membuatnya.

Selain itu, katanya, pelajar akan didedahkan dengan latar belakang, termasuk sejarah mengenai watak berkaitan supaya tidak hanya mengikuti untuk pembuatan, sebaliknya perlu mengetahui keunikan sesuatu watak animasi yang ingin dibuat, sebelum mula melukis.

"Pelajar kemudiannya dikehendaki mengaplikasikan lukisan watak animasi itu menerusi komputer bagi memperkemaskan lagi binaan watak membabitkan ukuran dan skala, sebelum menciptanya menggunakan bahan yang biasa digunakan iaitu bahan proses penghasilan figura.

"Antara bahan yang digunakan ialah 'Paper Mache', tanah liat polimer yang dibakar dan tidak dibakar serta gentian kaca.

RAFUZAN menunjukkan proses lakaran yang dibuat sebelum menghasilkan figura. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN menunjukkan proses lakaran yang dibuat sebelum menghasilkan figura. - Foto Khairunisah Lokman

ANTARA koleksi permainan milik Rafuzan. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA koleksi permainan milik Rafuzan. - Foto Khairunisah Lokman

"Kerja mengukir pula dibuat di atas bahan yang dinamakan 'Plaster of Paris'," katanya.

Rafuzan berkata, dalam kursus yang bakal menjadi tarikan penggemar koleksi aksi figura dan watak animasi itu, pelajar akan turut menjalani teknik mengukir dengan kemas bagi memastikan setiap sudut figura dibuat menampakkan hasil yang memuaskan.

"Teknik memodelkan figura dan mengukir memainkan peranan penting dalam memastikan kekemasan secara fizikal model figura  dengan menggunakan pelbagai peralatan mengukir yang disediakan sepanjang tempoh mengikuti kursus pendek ini,"katanya.

Beliau yang ditemani rakan setugas, Azahari Khalip, 41, berkata rata-rata pihak lebih mengaplikasikan penampilan aksi adiwira dan animasi menerusi elemen seperti komik dan filem, selain permainan dalam talian, tetapi UiTM memilih untuk menghasilkannya secara fizikal.

"Antara watak kartun tradisional yang boleh diketengahkan adalah seperti Pak Pandir dan Bawang Putih Bawang Merah.

Tambah beliau, pihaknya bercadang menjadikan kursus itu sebagai silibus dalam pelajaran kerana tidak mahu ia lapuk ditelan zaman.

 

KETUA program pembuatan figura watak animasi dan permainan, Rafuzan Jaafar. - Foto Khairunisah Lokman
KETUA program pembuatan figura watak animasi dan permainan, Rafuzan Jaafar. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN (kanan) bersama rakan setugas, Azahari Khalip. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN (kanan) bersama rakan setugas, Azahari Khalip. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN bersama rakan setugas, Azahari Khalip mengukir patung figura Badang. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN bersama rakan setugas, Azahari Khalip mengukir patung figura Badang. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN mempunyal lebih 1,000 koleksi figura animasi Barat di rumah. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN mempunyal lebih 1,000 koleksi figura animasi Barat di rumah. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN menunjukkan koleksi permainan miliknya. - Foto Khairunisah Lokman
RAFUZAN menunjukkan koleksi permainan miliknya. - Foto Khairunisah Lokman
Berita Harian X