Khamis, 8 Disember 2016 | 12:01am
Puluhan ribu Burung Dendang Air dilihat singgah di pesisir pantai Ras Al Khaimah, UAE baru-baru ini.
Puluhan ribu Burung Dendang Air dilihat singgah di pesisir pantai Ras Al Khaimah, UAE baru-baru ini.

Burung hijrah bawa musibah

BURUNG hijrah mungkin punca utama kepada wabak selsema burung.
BURUNG hijrah mungkin punca utama kepada wabak selsema burung.

Pemandangan luar biasa melatari sepanjang pesisir pantai Ras Al Khaimah, dekat Emiriah Arab Bersatu (UAE), pilihan persinggahan puluhan ribu burung-burung hijrah, mengundang viral di media sosial, baru-baru ini.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa unggas liar yang terbang megah secara bermusim ini mungkin membawa dan meninggalkan lebih daripada sebuah kenangan yang menyenangkan sebaliknya wabak yang membawa musibah.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Konsortium Global untuk virus jenis H5N8 dan Virus Berkaitan Influenza, baru-baru ini menyebut burung hijrah mempunyai potensi untuk menyebarkan penyakit patogenik (virus yang menyebabkan penyakit) di seluruh dunia dan menjangkiti ternakan domestik dan juga manusia.

"Meningkatkan pengawasan ke atas pergerakan burung liar di mana wujudnya pertindihan laluan udara penghijrah, terutamanya di Artik, dapat menyediakan satu sistem amaran awal dari segi penyebaran virus baru," kata laporan yang membabitkan ahli sains dari 32 institusi di seluruh dunia itu.

VIRUS selsema burung boleh berjangkit dengan manusia apabila bersentuhan dengan unggas dijangkiti.
VIRUS selsema burung boleh berjangkit dengan manusia apabila bersentuhan dengan unggas dijangkiti.

Penyelidik menyiasat bagaimana subjenis selsema burung yang dikenali sebagai H5N8 merebak di seluruh dunia susulan wabak di Korea Selatan yang bermula pada awal 2014.

Ia menular ke Jepun, Eropah dan Amerika Utara, sehingga mencetuskan wabak pada 2014 dan 2015.

Wabak bawa maut

Saintis menganalisis corak penghijrahan burung liar yang dikesan dijangkiti virus H5N8 ini.

Mereka membandingkan kod genetik virus yang diasingkan daripada burung yang sakit, daripada 16 negara dan mendapati jenis virus H5 membentuk ciri-ciri baru menerusi mutasi dan penyusunan semula dengan virus selsema burung lain.

Menurut doktor haiwan, John Pasick, itik, angsa dan burung pantai membawa bersama sejumlah jenis virus selsema burung pada saluran usus mereka. Hanya apabila subjenis virus H5 atau H7 menjangkiti ayam domestik, lazimnya akibat pelanggaran dalam biokeselamatan, sesetengah virus ini boleh berkembang menjadi wabak yang membawa maut.

PETUGAS kesihatan memakai pakaian khas ketika memusnahkan ternakan di sebuah ladang dekat wilayah Niigata, Jepun.
PETUGAS kesihatan memakai pakaian khas ketika memusnahkan ternakan di sebuah ladang dekat wilayah Niigata, Jepun.

Dikenali sebagai selsema burung paling patogenik, virus maut ini boleh membunuh sehingga 100 peratus unggas yang dijangkiti dalam masa beberapa hari.

"Itik dan angsa umpama 'empangan semula jadi' untuk virus ini tetapi bukan dalam bentuk yang sangat patogenik," kata Pasick yang juga pakar dalam penyakit berkaitan khinzir dan burung dengan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada (CFIA).

"Bentuk virus yang sangat patogenik seperti H5 atau H7 cenderung untuk menular daripada ternakan domestik dan kembali ke dalam populasi liar," katanya.

Itik liar biasa dan Itik Muara adalah pembawa paling kemungkinan kerana laluan migrasi membawa ia dari Asia, merentasi Selat Bering dan terus ke Amerika Utara.

Virus ini hidup subur di dalam najis burung. Kajian mendapati terdapat berpuluh-puluh juta zarah virus dalam hanya sejumlah kecil najis burung.

"Kadang-kala hanya sedikit saja sudah cukup untuk menjangkiti haiwan secara individu," katanya.

WABAK Selsema Burung H5N8 merentas Eropah pada 2016
WABAK Selsema Burung H5N8 merentas Eropah pada 2016

  • INFO: Cadangan Amalan biokeselamatan CFIA termasuk:

  • Melindungi makanan ternakan dan air daripada disentuh burung liar, terutamanya itik dan unggas air liar yang lain.

  • Mengawal pergerakan manusia, burung hidup, peralatan dan kenderaan di dalam dan luar ladang.

  • Secara rutin dan kerap memantau tanda-tanda penyakit kerana pengesanan awal adalah penting untuk mengehadkan tahap penularan wabak selsema burung dan tanda-tanda awal mungkin termasuk perubahan tingkah laku.
  • LALUAN Terbang Burung Hijrah Asiaa. Laluan Terbang Asia Tengah-Indiab. Laluan Terbang Asia Timur-Australiac. Laluan Terbang Pasifik Barat
    LALUAN Terbang Burung Hijrah Asiaa. Laluan Terbang Asia Tengah-Indiab. Laluan Terbang Asia Timur-Australiac. Laluan Terbang Pasifik Barat

    • Fakta menarik

  • Virus terkini, H5N8 berasal dari keluarga virus H5N1 yang mula membunuh ternakan di China pada 1996.

  • Pada 2003, Belanda paling teruk dilanda wabak selsema burung membabitkan 30 juta unggas

  • Belanda memusnahkan lebih 190,000 itik bagi membendung penularan wabak pada 2016.

  • Di Seoul, Korea wabak selsema burung jenis H5N6 memaksa kerajaan menghapuskan lebih 2.78 juta unggas, sejak 18 November 2016.

  • Di Jepun, selesema burung jenis H5 memaksa kerajaan memusnahkan lebih 330,000 ternakan setakat ini.
  • Berita Harian X