Khamis, 27 Oktober 2016 | 12:02am

Shima Anuar muat naik video tunjuk hidung asli

KUALA LUMPUR: Tidak habis-habis pelakon cantik ini dihambat kontroversi hingga komen sinis berbunyi 'lakonan tidak seberapa, hanya gosip murahan melonjakkan nama' mula kedengaran.

Gosip liar yang melingkari kerjaya seni Shima Anuar, 25, menyebabkan ramai orang tidak mengambil pusing bakat gadis ini, selain cerita nakal bertebaran yang mengaitkan dirinya dengan bermacam-macam perkara.

Terbaharu, kehidupan mewah Shima mula dipertikaikan pelayar internet. Ada kelompok yang musykil tahap kewangan pelakon ini yang dikatakan tidaklah sehebat bakat baharu yang lebih popular, jauh sekali terbabit dalam projek drama mahupun telefilem 'meletup'.

Sehubungan itu, Shima dituduh mendapat tajaan insan kenamaan atau VIP melalui kecenderungannya menjalani kehidupan ala diva atau wanita kaya.

Memberitahu BH, Shima mendakwa dia tidak pernah menunjukkan kemewahan hidup, baik melalui perkongsian di laman sosial atau ketika berada di khalayak.

"Tidak ada siapa taja saya, semestinya tidak (ketawa). Kalau nak kata mengenai isu kehidupan mewah, sebenarnya kehidupan saya tidak semewah manapun.

"Saya masih lagi memandu kereta buruk saya. Mungkin khalayak melihat saya seperti hidup dalam kemewahan, sedangkan realitinya tidak," katanya yang hairan bagaimana segelintir peminat boleh membuat tanggapan begitu terhadapnya.

Tambah Shima, dia tidak mungkin mengambil kesempatan ke atas mana-mana pihak semata-mata ingin menikmati hidup mewah.

SHIMA dihambat kontroversi hingga komen sinis berbunyi ‘lakonan tidak seberapa, hanya gosip murahan melonjakkan nama’ mula kedengaran. - Foto Instagram
SHIMA dihambat kontroversi hingga komen sinis berbunyi ‘lakonan tidak seberapa, hanya gosip murahan melonjakkan nama’ mula kedengaran. - Foto Instagram

SHIMA dituduh mendapat tajaan insan kenamaan atau VIP melalui kecenderungannya menjalani kehidupan ala diva atau wanita kaya. - Foto Instaram
SHIMA dituduh mendapat tajaan insan kenamaan atau VIP melalui kecenderungannya menjalani kehidupan ala diva atau wanita kaya. - Foto Instaram

Amal rejim diet ekstrem

Entah di mana silapnya, Shima terus diburu soalan panas termasuk mengenai keadaan fizikalnya yang jauh berubah berbanding dulu.

Timbul spekulasi Shima dikatakan menjalani pembedahan kosmetik terutama dalam membetulkan hidung.

Bengang dengan prasangka tidak berasas itu, Shima pantas memuat naik video di laman Instagram bagi menunjukkan keaslian hidungnya.

"Saya tidak faham kenapa ramai yang menganggap saya melakukan perubahan pada hidung saya?

"Sampaikan, saya terpaksa menghasilkan video untuk membuktikan hidung saya masih asli," katanya.

Shima mengaku dia mengamalkan rejim diet ekstrem yang memberi kesan kepada berat badannya. Hakikatnya, berat badannya kini 50 kilogram (kg) berbanding 57 kg sebelum ini.

"Sejak akhir-akhir ini, saya menjaga rutin pemakanan dan menjalani diet yang ketat. Mungkin kerana diet, wajah saya semakin cengkung, sehinggakan orang ingat saya menjalani pembedahan wajah," katanya.

KEHIDUPAN mewah Shima mula dipertikaikan netizen. - Foto Instagram
KEHIDUPAN mewah Shima mula dipertikaikan netizen. - Foto Instagram

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran (lima dari kiri) menyaksikan Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Elanjelian Venugopal (kiri), Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Sutekno Ahmad Belon (enam dari kiri) dan Ketua Pegwwai Operasi Daikin Malaysia (DAMA), Ooi Cheng Suan (kanan) menandatangani dokumen persefahaman di majlis menandatangani memorandum persefahaman antara HRDF, DAMA dan JTM di Daikin Malaysia Sdn Bhd. - Foto Eizairi Shamsudin

Jadi duta produk kecantikan dua tahun

Dalam perkembangan lain, Shima meluahkan rasa bersyukur apabila berpeluang menjadi duta bagi produk kecantikan Clinelle.

"Alhamdulillah, saya mengikat kontrak bersama Clinelle selama dua tahun. Ia rezeki buat diri ini. Selain berlakon, saya juga mula sibuk menjayakan beberapa promosi produk berkenaan," katanya.

Shima baru selesai menjalani penggambaran drama Sepatu Tinggi Medina dan Milik Siapa Syurga itu bagi siaran HyppTV. Dia juga akan muncul dengan filem Hospital, tidak lama lagi.

Pelakon ini mula dikenali menerusi filem Sumpahan Kum-Kum, Bini-Biniku Gangster, Flat 3A dan 7 Petala Cinta.

Berita Harian X