Khamis, 29 September 2016 | 12:13am
Kabel elektrik haram yang disambungkan ke talian SESB. - Foto Poliana Ronnie Sidom
Kabel elektrik haram yang disambungkan ke talian SESB. - Foto Poliana Ronnie Sidom
KABEL elektrik menggunakan salur paip untuk mengelirukan pihak berkuasa. - Foto Poliana Ronnie Sidom
KABEL elektrik menggunakan salur paip untuk mengelirukan pihak berkuasa. - Foto Poliana Ronnie Sidom
GRAFIK penyambungan elektrik secara haram di kawasan setinggan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
GRAFIK penyambungan elektrik secara haram di kawasan setinggan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PENYAMBUNGAN elektrik secara haram berleluasa di perkampunagan setinggan di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PENYAMBUNGAN elektrik secara haram berleluasa di perkampunagan setinggan di Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA perkampungan setinggan di Sandakan melakukan penyambungan elektrik secara haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ANTARA perkampungan setinggan di Sandakan melakukan penyambungan elektrik secara haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom

RM6 juta setahun nilai elektrik dicuri setinggan


SANDAKAN: Penyambungan elektrik secara haram membabitkan 199 penempatan setinggan di seluruh Sabah, menyebabkan syarikat utiliti, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerugian mencecah RM5.8 juta tahun lalu.

Bagi setiap unit rumah setinggan yang melakukan penyambungan bekalan secara haram atau mencuri elektrik, SESB dianggarkan kerugian kira-kira RM30 sebulan.

Selain kejadian renjatan elektrik yang sejak lima tahun lalu sudah meragut 18 nyawa, penyambungan haram turut menjadi punca kebakaran di perkampungan setinggan dan atas air sekitar negeri ini.

Sumber industri memberitahu BH, modus operandi penduduk setinggan yang menggunakan kaedah 'pancing' apabila menyambung kabel secara terus dari penempatan ke talian SESB, tanpa melalui meter mampu mencetuskan kebakaran.

"Saiz kabel yang tidak mengikut spesifikasi, mengakibatkan beban melampau kepada peralatan elektrik hingga rumah mudah rosak dan apabila terlalu panas, mampu menyebabkan kebakaran.

"Pendawaian haram bukan saja menyebabkan peralatan SESB rosak, malah mengakibatkan gangguan elektrik kepada pengguna lain," katanya.

PENYAMBUNGAN elektrik secara haram dilakukan penduduk untuk mendapatkan bekalan elektrik secara percuma. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PENYAMBUNGAN elektrik secara haram dilakukan penduduk untuk mendapatkan bekalan elektrik secara percuma. - Foto Poliana Ronnie Sidom

KABEL elektrik haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom
KABEL elektrik haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Setiap tahun, lebih 100 operasi dibuat oleh petugas SESB terhadap penyambungan elektrik secara haram di kawasan setinggan.

Sumber berkata, operasi pembanterasan itu hanya boleh dibuat dengan bantuan kerjasama petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (E SSCOM) berikutan faktor keselamatan setiap kali memasuki penempatan setinggan.

"Tanpa bantuan pasukan keselamatan, petugas SESB tidak mampu melakukan operasi di kawasan terbabit kerana pelbagai faktor yang bahaya termasuk sikap agresif penduduknya khususnya pendatang asing tanpa izin," katanya.

 

Sementara itu, Kerajaan Sabah tiada halangan membenarkan warga asing yang tinggal secara sah di negeri ini, mendapatkan kemudahan bekalan elektrik.

Langkah itu selaras usaha mengurangkan masalah kecurian elektrik di negeri ini, menerusi penyambungan secara haram yang banyak berlaku sekitar perumahan setinggan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor, berkata kelonggaran diberikan atas dasar perikemanusiaan kerana warga asing yang tinggal secara sah di negeri ini diperlukan untuk bekerja dalam pelbagai sektor khususnya pembinaan.

KABEL elektrik yang disambung ke talian SESB menerusi longkang dipasang secara haram oleh penduduk setinggan untuk mendapatkan bekalan elektrik. - Foto Poliana Ronnie Sidom
KABEL elektrik yang disambung ke talian SESB menerusi longkang dipasang secara haram oleh penduduk setinggan untuk mendapatkan bekalan elektrik. - Foto Poliana Ronnie Sidom

KABEL penyambungan haram di kawasan setinggan Kampung Lupak Meluas Darat, di Batu Sapi, Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
KABEL penyambungan haram di kawasan setinggan Kampung Lupak Meluas Darat, di Batu Sapi, Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Katanya, ia juga bagi memastikan warga asing yang mempunyai dokumen sah, namun tinggal di kawasan setinggan tidak melakukan penyambungan elektrik secara haram, sekali gus merugikan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

"Bagaimanapun, kita tidak berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram di negeri ini dan menduduki kawasan setinggan. Mereka (yang tiada dokumen) sebaliknya perlu diambil tindakan penguatkuasaan termasuk pengusiran," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sejak kelmarin, BH melaporkan pelbagai cara digunakan penduduk penempatan setinggan negeri ini untuk mencuri elektrik secara melakukan penyambungan haram bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Antara taktik itu termasuk menanam kabel dalam tanah, selain kabel pelbagai saiz berselerakan dalam longkang selepas disambung ke talian bekalan voltan rendah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk disalurkan ke rumah penduduk.

Hajiji menggesa warga asing yang mempunyai dokumen sah dan mendiami kawasan setinggan agar berpindah ke rumah yang boleh disewa secara bulanan dalam usaha mengurangkan perumahan seumpama itu.

Beliau berkata, rumah warga asing yang mempunyai dokumen sah tidak terkecuali daripada dirobohkan dalam operasi yang dijalankan.

PERKAMPUNGAN setinggan di Sandakan melakukan penyambungan elektrik secara haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PERKAMPUNGAN setinggan di Sandakan melakukan penyambungan elektrik secara haram. - Foto Poliana Ronnie Sidom

PENCAWANG elektrik turut diceroboh oleh penduduk setinggan bagi mendapatkan bekalan elektrik secara percuma. - Foto Poliana Ronnie Sidom
PENCAWANG elektrik turut diceroboh oleh penduduk setinggan bagi mendapatkan bekalan elektrik secara percuma. - Foto Poliana Ronnie Sidom

"Warga asing yang ada dokumen sah dan tinggal di kawasan setinggan tiada pilihan, selain menyewa secara bulanan di perumahan mempunyai status sah apabila kerajaan mengambil keputusan merobohkan setinggan.

"Bagi warga tempatan yang mendiami kawasan setinggan, kerajaan dalam usaha mewujudkan lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk memindahkan mereka," katanya.

 

FAKTA: Setinggan di Sabah

  • 199 penempatan setinggan
  • 16,086 rumah setinggan
  • Tertumpu lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Lahad Datu
  • 18 maut terkena renjatan elektrik daripada penyambungan elektrik secara haram sejak 2011 hingga Ogos 2016

 

INFO: Kebakaran besar penempatan atas air di Sabah 2016

  • 100 rumah musnah di Kampung Lupak Meluas Laut pada 4 Februari 2016
  • 238 keluarga hilang tempat tinggal di Kampung Titingan, Tawau, 12 April 2016
  • 80 rumah musnah di Kampung Airport Lama, Tawau, 30 Jun 2016
  • 30 rumah hangus di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau, 29 Julai 2016
  • 50 rumah terbakar di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah, Tawau, 2 Ogos 2016

 

 

Berita Harian X