Isnin, 19 September 2016 | 12:02am
ANTARA reaksi pengunjung yang datang pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA reaksi pengunjung yang datang pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016. - Foto Zulaikha Zainuzman
PERSEMBAHAN tarian boria pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016 yang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman
PERSEMBAHAN tarian boria pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016 yang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman
KUMPULAN Boria bergambar kenangan bersama pada Festival Boria 2016. - Foto Zulaikha Zainuzman
KUMPULAN Boria bergambar kenangan bersama pada Festival Boria 2016. - Foto Zulaikha Zainuzman

Tak salah boria berubah

PERSEMBAHAN tarian boria pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016 yang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman
PERSEMBAHAN tarian boria pada pembukaan Kembali Gemilang Warisan Seni Boria sempena Festival Boria 2016 yang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman

GEORGETOWN: Gabungan elemen seni seperti gerak tari, nyanyian, muzik dan lakonan menjadi taruhan untuk menghidupkan seni boria yang dibawa masuk oleh pedagang India Muslim ke Pulau Pinang sejak abad ke-19.

Boria mempunyai kedudukan penting dalam sejarah kerana ia dikatakan menjadi medium hiburan 'propaganda' bagi menuntut pembebasan daripada penjajahan oleh masyarakat tempatan pada masa itu.

Tidak hairanlah seni budaya itu mendapat tempat dalam masyarakat sehingga terdapat sekurang-kurangnya 40 hingga 50 pasukan boria di Pulau Pinang sekitar dekad 1920-an.

Bagaimanapun, seiring perkembangan zaman, boria turut dikatakan melalui era cabaran yang menguji keutuhannya sehingga menyaksikan berlaku evolusinya tersendiri.

Penasihat Kumpulan Boria Klasik Mutiara, Basir Gulam, 67, berkata evolusi boria hanya berlaku menerusi gaya dan pemakaian yang dibawa oleh penggiatnya tetapi ia tidak terjadi dalam konteks tujuan persembahan yang disajikan.

PENASIHAT Kumpulan Boria Klasik Mutiara, Basir Gulam. - Foto Zulaikha Zainuzman
PENASIHAT Kumpulan Boria Klasik Mutiara, Basir Gulam. - Foto Zulaikha Zainuzman

Beliau berkata, boria pada masa kini disajikan dengan pelbagai tema seperti filem, hikayat, kayangan dan animasi yang memerlukan persembahan itu berevolusi dari beberapa aspek.

Katanya, perubahan yang dilakukan itu mengikut kreativiti pasukan boria masing-masing bagi memberikan kelainan dalam persembahan.

"Namun, matlamat utama boria itu kekal kerana apa yang lebih penting dalam persembahan ini adalah bait kisah yang dibawakan dalam setiap rangkap karya.

Mesej kunci persembahan

"Mesej yang hendak disampaikan menjadi kunci dalam persembahan ini, selain diserikan dengan konsep tarian berwarna-warni," katanya pada Sastera & Budaya BH di Festival Boria 2016, Fort Cornwallis, Padang Kota di sini.

Dalam era kemodenan, Basir berkata, usaha mengekalkan elemen tradisi dalam boria menjadi tanggungjawab kepada penggiat seni dalam kalangan veteran sepertinya yang sudah terbabit dalam dunia boria sejak dekad 1970-an.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengetahui cara lama yang dibawakan dalam boria.

gn4id:16131033

Kekalkan keaslian boria

Katanya, keaslian dalam persembahan perlu dikekalkan supaya identiti boria masih segar walaupun menerima sentuhan dan pembaharuan mengikut peredaran zaman teknologi ini.

"Disebabkan itu, konsep santai antara yang dikekalkan dalam kumpulan kami bagi setiap persembahan.

"Tarian berbentuk joget, inang, caca dan asli antara elemen yang masih dimuatkan dalam seni persembahan boria bagi mengekalkan tradisinya," katanya.

Festival Boria 2016 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang.

Majlis yang dimulakan dengan perarakan daripada 18 kumpulan kesenian itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Abdul Ghaffar A Tambi.

Berita Harian X