Jumaat, 5 Ogos 2016 | 12:04am
SISA balak berselerak, merintangi serta menutup alur air. - Foto L Manimaran
SISA balak berselerak, merintangi serta menutup alur air. - Foto L Manimaran
TANGKI yang menyimpan diesel secara haram dirampas oleh penguatkuasa KPDNKK. - Foto L Manimaran
TANGKI yang menyimpan diesel secara haram dirampas oleh penguatkuasa KPDNKK. - Foto L Manimaran
BALAK yang sudah ditebang ditinggalkan di tepi laluan dipercayai tidak sempat diangkut. - Foto L Manimaran
BALAK yang sudah ditebang ditinggalkan di tepi laluan dipercayai tidak sempat diangkut. - Foto L Manimaran

'Lanun rimba' mengganas di Hutan Simpan Kledang Saiong


KUALA KANGSAR: Pihak berkuasa menumpaskan kegiatan mencuri kayu balak dipercayai dilakukan syarikat pembalakan berlesen dalam satu serbuan di kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong, dekat sini.

Kegiatan itu terbongkar hasil pemeriksaan mengejut sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Unit Integriti, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); Jabatan Perhutanan Perak dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam serbuan 2 Ogos lalu.

Serbuan dilancarkan hasil maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa minggu lalu termasuk membuat tinjauan awal dengan memasuki kawasan berkenaan ketika cuti perayaan Aidilfitri lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Roslan Ariffin, berkata pokok yang ditebang di zon penampan alur air adalah dari jenis Meranti Sarang Punai dan Jelutong.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 97, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

PIHAK berkuasa menemui beberapa batang balak yang ditebang di luar kawasan yang dibenarkan iaitu di kawasan zon penampan alur air. - Foto L Manimaran
PIHAK berkuasa menemui beberapa batang balak yang ditebang di luar kawasan yang dibenarkan iaitu di kawasan zon penampan alur air. - Foto L Manimaran

PIHAK berkuasa memeriksa tapak pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong, dekat Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran
PIHAK berkuasa memeriksa tapak pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong, dekat Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran

"Satu kertas siasatan akan dibuka berhubung kes ini," katanya dalam satu kenyataan kepada BH, malam tadi.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui beberapa batang balak yang baru ditebang di luar kawasan yang dibenarkan iaitu kawasan zon penampan alur air.

Kawasan berkenaan antara kawasan yang sudah dilakukan kerja penebangan, namun difahamkan terdapat kawasan lain yang belum diperiksa kerana lokasinya yang jauh ke dalam hutan.

Sumber Jabatan Perhutanan berkata siasatan awal mendapati kawasan balak berkenaan diusahakan oleh sebuah syarikat berlesen tetapi berlaku kegiatan mencuri kayu balak di kawasan yang tidak dibenarkan.

Penemuan itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan dalam membuat pemantauan dan penguatkuasaan, walaupun beberapa langkah diambil jabatan itu susulan pembongkaran kes kecurian balak di Hutan Simpan Temengor, Banding, di Gerik, yang disiarkan BH sebelum ini.

AGENSI mengandungi pelbagai jabatan memeriksa tapak pembalakan yang dipercayai membabitkan syarikat berlesen. - Foto L Manimaran
AGENSI mengandungi pelbagai jabatan memeriksa tapak pembalakan yang dipercayai membabitkan syarikat berlesen. - Foto L Manimaran

LALUAN balak yang dipercayai digunakan untuk mencuri balak spesies elit di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar, baru-baru ini. - Foto L Manimaran
LALUAN balak yang dipercayai digunakan untuk mencuri balak spesies elit di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar, baru-baru ini. - Foto L Manimaran

Dalam pemeriksaan terbaharu pihak berkuasa yang turut disertai wartawan dan jurugambar BH mendapati kegiatan itu dilakukan di kawasan pembalakan yang jarak perjalanan kira-kira 40 kilometer dari kem balak berlesen.

Lokasi kawasan berlaku penebangan haram itu sukar dimasuki kerana perlu melalui jalan balak yang curam.

Pihak yang mencuri kayu bukan sahaja menceroboh kawasan zon penampan alur air, malah turut membiarkan sisa balak berselerak, merintangi serta menutup alur air berkenaan.

BH sebelum ini mendedahkan mengenai kegiatan mencuri balak di daerah Hulu Perak dan penipuan bayaran ses dan royalti hasil balak kepada kerajaan negeri yang dibongkar SPRM.

Antara laporan berkenaan membabitkan kegiatan 'lanun rimba' melakukan penebangan haram pokok balak serta taktik terbaharu menanam balak di dalam tanah yang dikesan di tiga lokasi oleh pihak SPRM dan Jabatan Perhutanan di Hutan Simpan Temengor.

Diesel dirampas KPDNKK

Pelesen dan kontraktor balak yang beroperasi di kawasan hutan simpan berkenaan didapati turut menyimpan diesel secara haram.

Bahan api itu disimpan dalam tangki besar yang diletakkan di kawasan kem balak yang turut menempatkan rumah pekerja untuk kegunaan jentera berat bagi aktiviti pembalakan.

SPRM mengesan kesalahan itu dilakukan pelesen balak yang mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan Perak untuk membalak di salah satu kompartmen kawasan hutan simpan berkenaan, Selasa lalu.

Pasukan serbuan turut disertai pegawai KPDNKK Cawangan Kuala Kangsar, Unit Integriti, JPSM dan Jabatan Perhutanan Perak.

Pemeriksaan menemui 3,000 liter diesel disimpan dalam tangki dan siasatan mendapati pelesen dan kontraktor balak berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan diesel tanpa permit.

Susulan itu, pihak KPDNKK merampas diesel berkenaan. Difahamkan, kes itu yang pertama membabitkan simpanan diesel tanpa permit bagi tujuan pembalakan di daerah berkenaan.

JABATAN Perhutanan memeriksa tunggul balak di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran
JABATAN Perhutanan memeriksa tunggul balak di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran

INFO

- Kecurian balak membabitkan pelbagai jenis kayu balak bernilai tinggi seperti merbau, meranti bukit, meranti sarang punai, meranti tembaga, keruing, seraya, geronggang, medang, mempening, podo dan kedondong.

- 3,000 liter diesel yang disimpan secara haram dirampas.

Berita Harian X