Isnin, 25 Julai 2016 | 12:09am
SEBAHAGIAN daripada koleksi syiling emas dikumpul Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
SEBAHAGIAN daripada koleksi syiling emas dikumpul Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
ANTARA duit syiling lama yang dijadikan karya seni oleh Ahmad Nassyruddin di rumahnya dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ANTARA duit syiling lama yang dijadikan karya seni oleh Ahmad Nassyruddin di rumahnya dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ANTARA duit syiling lama yang dijadikan seni oleh pengumpul syiling lama, Ahmad Nassyruddin Ismail, 44, ketika ditemui dirumahnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

ACUAN duit syiling lama yang dihasilkan oleh pengumpul syiling lama, Ahmad Nassyruddin Ismail, 44, ketika ditemui dirumahnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ACUAN duit syiling lama yang dihasilkan oleh pengumpul syiling lama, Ahmad Nassyruddin Ismail, 44, ketika ditemui dirumahnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ANTARA duit lama dalam koleksi Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
ANTARA duit lama dalam koleksi Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
ACUAN duit syiling lama dalam koleksi Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
ACUAN duit syiling lama dalam koleksi Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
SEBAHAGIAN wang kertas lama dikumpul Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar
SEBAHAGIAN wang kertas lama dikumpul Ahmad Nassyruddin. Foto Amir Irsyad Omar

Pelajari ilmu numinastik elak beli duit lama palsu

BUKIT MERTAJAM: Karakter seni dan tulisan kaligrafi yang ada pada duit syiling dan wang kertas lama, menarik minat seorang arkitek dari Bandar Perda di sini, untuk mengumpul koleksi berharga itu hingga kediamannya kini umpama galeri mini.

Ahmad Nasyruddin Ismail, 44, mula mengumpul koleksi terbabit sejak berusia 11 tahun, selepas melihat arwah datuknya berusaha menyimpan koleksi syiling dan wang kertas zaman pemerintahan Jepun.

Sejak itu, dia menyimpan hasrat memiliki koleksi wang dan duit syiling berkenaan sehingga kini, bukan setakat sebagai hobi tetapi turut menambah pengetahuan dengan mengikuti kelas serta mempelajari mengenai ilmu Numinastik.

Katanya, ilmu Numinastik itu penting untuk dipelajari kerana menjurus kepada kajian mengenali pelbagai jenis mata wang lama yang ada pada setiap zaman sebelum dan selepas negara merdeka.

"Melaluinya, pengumpul wang lama ini dapat mengetahui sama ada barangan yang dimiliki mereka itu mempunyai nilai atau tidak selepas didedahkan dengan teknik dan kaedah untuk mengenali koleksi terbabit.

AHMAD Nassyruddin Ismail, menunjukkan sebahagian jenis duit syiling yang dihasilkan pada abad ke-17 ketika ditemui di rumahnya dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

"Berikutan itu, ilmu Numinastik ini begitu penting dipelajari kerana kebanyakan penggemar  wang lama yang tidak mempelajari ilmu ini menyebabkan mereka mudah ditipu apabila membeli duit lama palsu," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, dengan mempelajari ilmu Numinastik itu juga, dia lebih mengenali nilai yang ada pada sekeping wang pada zaman dahulu hingga membangkitkan rasa teruja untuk memiliki pelbagai koleksi wang dan  syiling lama.

"Pada peringkat awal, saya hanya membeli dan menyimpan sahaja koleksi wang kertas dan syiling lama ini namun selepas berkenalan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama membuatkan saya tertarik untuk mengkaji nilai barangan berharga yang dikumpul ini.

"Sejak itu, saya mula meningkatkan pengetahuan melalui perbincangan, membaca buku dan mengikuti kelas sehingga dianugerahkan Pensijilan Profesional Numinastik yang mana ilmu ini dapat disebarkan kepada mereka yang memiliki hobi sama seperti saya," katanya.

Ahmad Nasyruddin berkata, setakat ini, beliau memiliki kira-kira 10,000 koleksi barangan lama antaranya duit kertas, syiling, kupon, jongkong dan mata wang primitif yang berjaya dikumpul selepas mengembara di beberapa lokasi di dalam dan luar negara.

PENGUMPUL duit lama, Ahmad Nassyruddin Ismail, 44, menunjukkan sebahagian sijil dan pengiktirafan yang diterimanya sepanjang pembabian dalam bidang Numismatik. Foto Amir Irsyad Omar
PENGUMPUL duit lama, Ahmad Nassyruddin Ismail, 44, menunjukkan sebahagian sijil dan pengiktirafan yang diterimanya sepanjang pembabian dalam bidang Numismatik. Foto Amir Irsyad Omar

"Ia memberi satu kepuasan apabila dapat memiliki koleksi ini apatah lagi mengetahui mengenai sejarah setiap barangan ini yang begitu berharga.

"Lebih menggembirakan, koleksi yang dimiliki saya juga ada yang tidak dapat ditemui di muzium hingga pihak muzium datang untuk meminjam supaya dapat dipamerkan kepada orang ramai ," katanya yang dinobatkan sebagai Tokoh Numinastik Kesultanan Melayu tahun lalu ketika Anugerah Khas Persatuan Kelab Warisan Numinastik Malaysia.

Antara koleksi wang kertas dan syiling yang dimiliki anak kelahiran Johor Bahru itu kebanyakannya adalah dari era Zaman Kesultanan Melayu, Penjajahan British, Belanda serta Jepun.

Ahmad Nasyruddin berkata, koleksi berharga yang dimilikinya itu bukan disimpan untuk mencari keuntungan, sebaliknya satu kepuasan apabila memperoleh apa yang diimpikan sejak dahulu lagi.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan selepas berjaya mengumpul koleksi  yang selama ini dicari dan akhirnya menjadi milik saya juga.

"Ia satu kepuasan yang sukar digambarkan dan seolah-olah segala usaha yang dilakukan ini tidak sia-sia tanpa memikirkan keuntungan," katanya.

Menurutnya, beliau yang juga Timbalan Presiden Emas Dinar turut dalam proses membuat kajian dalam membongkar pelbagai barangan berharga yang wujud pada tamadun dan merancang membuka sebuah galeri sendiri suatu hari nanti.

Berita Harian X