Isnin, 13 Jun 2016 | 12:05am
SEBAHAGIAN pensyarah dan pelajar yang mengikuti Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah di Dewan Sri Tanjong UPSI.
SEBAHAGIAN pensyarah dan pelajar yang mengikuti Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah di Dewan Sri Tanjong UPSI.

Hang Tuah atau Hang Tuha?

ABDULLAH (kiri) membicarakan soal kewujudan Hang Tuah sempena Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah yang dipengerusikan oleh Ramli (dua dari kanan) disertai Mohd Yusoff (dua dari kiri) dan Muhd Yusof (kanan), di Dewan Sri Tanjong UPSI.

TANJUNG MALIM: Selepas timbul polemik mengenai kewujudan Hang Tuah, turut menjadi perbahasan kini ialah sama ada laksamana ulung Melayu itu benar-benar bernama Hang Tuah ataupun nama itu terlahir akibat kesilapan sejarawan terdahulu?

Disandarkan daripada tabu menyebut nama hulubalang dan orang besar dalam dunia Melayu pada masa itu menyebabkan tidak mungkin pahlawan ulung itu dikenali sebagai Hang Tuah, sebaliknya yang lebih tepat ialah Hang Tuha, iaitu nama panggilannya yang bermaksud 'Laksamana Sang Ketua yang terampil.'

Ejaan bergantung semangat zaman

Pensyarah Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata nama Tuha yang dikatakan dibentuk daripada huruf ta, wau dan ha boleh juga dibaca sebagai Toh selain Tuah mengikut sebutan pada masa itu.

Beliau berkata, ejaan itu bergantung pada semangat zaman berkenaan apatah lagi setiap bahasa melalui evolusi tersendiri yang memungkinkan ia untuk berubah.

Katanya, selain nama Hang Tuah, persoalan tempat asal pahlawan handal itu turut menerima pembacaan berbeza disebabkan huruf ba, alif, jim dan nga dalam naskhah Sejarah Melayu suntingan A Samad Ahmad yang menyebut Hang Tuah berasal dari kerajaan Bajung di Sulawesi.

"Saya berhubung dengan sahabat di sana dan kata beliau yang wujud di Sulawesi adalah kerajaan Bajang dan bukannya Bajung, jadi saya gunakan maklumat Bajang kerana diperoleh daripada mereka yang berasal dari sana.

ANTARA pelajar yang mengikuti Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah di Dewan Sri Tanjong UPSI.
ANTARA pelajar yang mengikuti Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah di Dewan Sri Tanjong UPSI.

"Bahasa Jawi dulu dan kini mempunyai perbezaannya jadi huruf ba, alif, jim dan nga itu boleh saja dibaca sebagai Bajang atau Bajung, terserah kepada bagaimana ia dibaca.

"Kewujudan pahlawan hebat Melaka itu sudah diakui, cuma kini namanya sama ada Hang Tuah atau Hang Tuha saja yang masih menjadi perbincangan," katanya pada Forum Antara Mitos dan Sejarah anjuran Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Dewan Sri Tanjung, UPSI, di sini.

Forum kendalian Pensyarah Jabatan Sejarah UPSI, Dr Ramli Saadon itu turut disertai Pro Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff dan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Selangor, Dr Muhd Yusof Ibrahim.

ABDULLAH (kiri) membicarakan soal kewujudan Hang Tuah sempena Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah yang dipengerusikan oleh Ramli (dua dari kanan) disertai Mohd Yusoff (dua dari kiri) dan Muhd Yusof (kanan), di Dewan Sri Tanjong UPSI.
ABDULLAH (kiri) membicarakan soal kewujudan Hang Tuah sempena Forum Sejarah: Antara Mitos dan Sejarah yang dipengerusikan oleh Ramli (dua dari kanan) disertai Mohd Yusoff (dua dari kiri) dan Muhd Yusof (kanan), di Dewan Sri Tanjong UPSI.

Budaya pantangan

Abdullah mengulas isu dibangkitkan Karyawan Tamu, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Dr Ahmat Adam yang mengatakan tidak mungkin Laksamana Melaka itu dinamakan Hang Tuah kerana ia budaya pantangan untuk Melayu Nusantara pada masa itu.

Kesilapan itu juga didakwa berlaku kerana kata Tuha tidak ditransliterasi ke huruf Rumi dengan betul oleh orientalis Eropah pada mulanya.

Berita Harian X