Khamis, 2 Jun 2016 | 12:07am
BUAH bambangan yang mampu membunuh sel kanser. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
BUAH bambangan yang mampu membunuh sel kanser. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
BUAH bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara terdapat hanya subur di Sabah dan Sarawak. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
BUAH bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara terdapat hanya subur di Sabah dan Sarawak. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
BUAH bambangan dijual antara RM5 hingga RM15 selonggok atau RM1 hingga RM5 sebiji, bergantung kepada saiz di Tamu Pekan Kiulu. - Foto Lano Lan
BUAH bambangan dijual antara RM5 hingga RM15 selonggok atau RM1 hingga RM5 sebiji, bergantung kepada saiz di Tamu Pekan Kiulu. - Foto Lano Lan
JOPIRIN menunjukkan pokok bambangan yang masih kecil.- Foto Lano Lan
JOPIRIN menunjukkan pokok bambangan yang masih kecil.- Foto Lano Lan
Buah bambangan bersaiz besar dan boleh mencecah berat hingga tiga kilogram sebiji. - Foto Lano Lan
Buah bambangan bersaiz besar dan boleh mencecah berat hingga tiga kilogram sebiji. - Foto Lano Lan

Rawat kanser galak petani tanam bambangan

KOTA KINABALU: Jabatan Pertanian Sabah sedia memberikan khidmat nasihat penanaman kepada petani negeri ini yang berminat menanam pokok bambangan berikutan penemuan saintis mengenai khasiat buahnya yang dikatakan mampu membunuh sel kanser.

Pengarahnya, Idrus Shafie, berkata walaupun tiada program khusus untuk aktiviti pengembangan tanaman buah-buahan tempatan bermusim, pihaknya boleh membantu dari segi penyediaan benih dan kaedah penanaman.

Beliau berkata, penemuan saintis mengenai khasiat kesihatan buah itu mampu menggalakkan orang ramai untuk menanam pokok berkenaan sekali gus memastikan ia tidak pupus selain dapat meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat.

"Pokok bambangan mengambil masa yang lama untuk berbuah iaitu sekurang-kurangnya 10 tahun, jadi tidak ramai yang berminat untuk menanam pokok ini secara komersial kerana tidak ekonomik dari segi tempoh mengeluarkan hasil.

"Namun, penemuan saintis mengenai khasiatnya mungkin mengubah minat petani untuk menanamnya atau sekurang-kurangnya meningkatkan kesedaran mereka untuk memastikan pokok sedia ada terus dijaga supaya tidak pupus.

"Kita tiada masalah dari segi memberi khidmat nasihat penanaman kepada petani yang berminat. Peningkatan permintaan terhadap buah ini pasti menaikkan harganya dan ini dapat menambah pendapatan petani," katanya kepada BH.

BUAH bambangan. - Foto Lano Lan
BUAH bambangan. - Foto Lano Lan

Idrus berkata, ketika ini, Jabatan Pertanian Sabah mempunyai koleksi janaplasma tanaman bambangan di Stesen Kelapa Menumbok, Kuala Penyu dan Taman Pertanian Sabah di Tenom, bagi tujuan penyelidikan.

Katanya, jika ada peruntukan kerajaan, kajian lanjut berkaitan penanaman bambangan boleh dilaksanakan termasuk menghasilkan baka baharu yang lebih berkualiti dan cepat berbuah.

Berdasarkan kajian saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Mohd Fadzlley Abu Bakar, baru-baru ini mendapati ekstrak biji buah bambangan boleh memusnahkan sel kanser payudara.

Selain kanser payudara, ekstrak biji buah bambangan juga dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser hati, kolon dan ovari selain mampu menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan, sekali gus menurunkan paras kolestrol dalam badan.

Bagi masyarakat di Sabah, buah berkulit coklat dengan isi kekuningan dan memiliki rasa masam manis itu cukup popular dijadikan jeruk, selain digunakan dalam campuran masakan berasaskan ikan bagi memberikan rasa masam.

KETUA Jabatan Teknologi dan Warisan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM, Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar menunjukkan proses untuk mendapatkan ekstrak buah bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KETUA Jabatan Teknologi dan Warisan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM, Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar menunjukkan ekstrak buah bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Buah bambangan atau nama saintifiknya, Mangifera pajang, adalah bersaiz besar dengan ada antaranya seberat dua hingga tiga kilogram sebiji dan diketahui sudah masak apabila buahnya gugur dari pokok dengan warna kulit sama seperti buah mentah iaitu coklat.

Ia tergolong dalam keluarga mangga dan kuini, namun bambangan tidak mudah rosak jika gugur meskipun terjatuh atas permukaan keras termasuk batu kerana ia berkulit tebal dan tahan lasak.

Kulitnya setebal antara 0.5 hingga satu sentimeter dan perlu dikopek seperti mengopek kulit kelapa sebelum isinya yang berwarna kuning keemasan dihiris seperti mangga meninggalkan biji yang berwarna putih.

Ketua Anak Negeri Kota Kinabalu, Biniau Mabon, berkata selain dimakan segar seperti mangga, bambangan juga boleh dijeruk dengan mencampurkan isinya bersama parutan biji buah itu dan garam sebelum diperam.

"Jeruk bambangan boleh tahan sehingga setahun tetapi biasanya cepat habis kerana keenakan rasanya sebagai pembuka selera kepada penggemarnya.

"Parutan atau hirisan biji bambangan yang dicampur bersama isinya dan garam sebelum diperam menjadikan jeruknya tahan lama. Hirisan biji bercampur isi yang sudah diperam juga boleh dimakan," katanya.

SEBAHAGIAN pokok bambangan. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN pokok bambangan. - Foto Lano Lan

Pokok bambangan yang matang dan mula berbuah, biasanya berbunga pada Julai dan buahnya matang dalam tempoh tiga bulan sebelum gugur mulai September hingga November iaitu serentak dengan buah bermusim yang lain.

Ketika musim buah, bambangan biasanya dijual di tamu atau gerai menjual buah-buahan bermusim dengan harga antara RM1 hingga RM5 sebiji bergantung kepada saiz.

Penduduk Kampung Logkou Lama, Kiulu di Tuaran, Jopirin @ Sazwan Sakui, 51, berkata pokok bambangan biasanya mudah tumbuh hanya dengan meletakkan biji di atas tanah.

"Bambangan juga tidak memerlukan pembajaan sebagaimana pokok buah-buahan lain kerana ia mudah tumbuh di mana-mana.

"Pokok bambangan mula berbuah selepas lima tahun dan bertahan lebih 30 tahun. Di Kiulu ini boleh dikatakan setiap orang memiliki pokok bambangan sendiri.

"Sebab itulah buah bambangan tidak berapa laku jika dijual di kawasan ini," katanya yang memiliki 10 pokok bambangan di halaman rumahnya.

PEMILIK pokok bambangan, Jopirin @ Sazwan Sakui. - Foto Lano Lan
PEMILIK pokok bambangan, Jopirin @ Sazwan Sakui. - Foto Lano Lan

Info: Pokok bambangan

  • Tinggi serta bersaiz besar seperti pohon balak
  • Ambil masa 10 hingga 15 tahun untuk berbuah
  • Buah berwarna coklat dan berkulit tebal.
  • Isi kuning dengan rasa masam manis seperti mangga.
  • Sesuai dimakan terus atau dijeruk supaya tahan lama.

Berita Harian X