Sabtu, 28 Mei 2016 | 12:00am

Makan sampai puas di Hot Pot King

Sotong segar atau aneka jenis ikan, udang, ketam, siput dan kepah yang sudah diperap dengan rempah sedia untuk dicelup dalam air panas.
Sotong segar atau aneka jenis ikan, udang, ketam, siput dan kepah yang sudah diperap dengan rempah sedia untuk dicelup dalam air panas.

SOTONG segar atau aneka jenis ikan, udang, ketam, siput dan kepah yang sudah diperap dengan rempah sedia untuk dicelup dalam air panas.

Bukan sebarang air kerana anda boleh memilih pelbagai rasa mengikut selera sendiri sama ada asam pedas, tomyam, lada hitam atau sup ayam.

Selepas dicelur, kemudian cicah dengan sos dan makan panas-panas. Itulah nikmatnya makan stimbot.

Agak susah untuk mencari restoran stimbot di ibu negara yang menawarkan harga berpatutan, bersih dan halal serta suasana yang persekitaran selesa.

Restoran Hot Pot King Steambot & Grill di Prima Seri Gombak, mungkin dapat memberikan apa yang anda kehendaki. Tempatnya selesa dan anda boleh makan sepuas-puasnya dengan kadar harga berpatutan.

Selain makanan berasaskan sumber dari laut, di restoran ini anda boleh menikmati daging kambing, lembu dan ayam yang sudah diricih dan diperap dengan rempah. Pilihan hanya pada anda, sama ada mahu dicelur atau dipanggang (grill).

Restoran Hot Pot King Steambot & Grill di Prima Seri Gombak.
Restoran Hot Pot King Steambot & Grill di Prima Seri Gombak.

Sambutan pelanggan menggalakkan.
Sambutan pelanggan menggalakkan.

Jika kunjungan anda ke situ bersama kawan-kawan, bolehlah `berkampung' sambil menikmati juadah di restoran ini yang kerap sesak pada waktu malam terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Sambutan pelanggan menggalakkan

Bagi penulis, Hot Pot King memang sesuai untuk kaki makan atau sekumpulan individu yang kerap berkumpul dan duduk makan semeja sambil berborak atau berbincang sesuatu sama ada yang berkaitan dengan keluarga atau perniagaan.

Dalam kunjungan penulis ke situ, semua meja yang disediakan penuh dengan pelanggan, sama ada datang bersama keluarga atau kawankawan.

Itu keistimewaan hidangan bufet stim bot dan grill di Restoran Hot Pot King, selain harga yang ditawarkan murah.

Pemiliknya, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir Yeap, 25, berkata, hidangan stim bot dan gril membezakan Restoran Hot Pot King dengan restoran stim bot lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Keputusan pihaknya menyediakan hidangan stim bot dan gril di restoran itu berikutan adunan dua hidangan berkenaan serasi dimakan bersama dan memberikan sensasi rasa berbeza.

Zuhaili dan Zuraimi (kanan) menunjukkan juadah yang terdapat di Hot Pot King Steambot dan Gril di Prima Sri Gombak.
Zuhaili dan Zuraimi (kanan) menunjukkan juadah yang terdapat di Hot Pot King Steambot dan Gril di Prima Sri Gombak.

Katanya, sebahagian besar bahan makanan yang kami sediakan di restoran ini, jarang atau mungkin tidak pernah disediakan di rumah.

"Itulah tarikan kami. stimbot dimakan secara berkuah, manakala gril pula adalah hidangan yang dipanggang sedikit kering dan dimakan dengan sos.

"Biasanya, pelanggan akan cepat rasa jemu atau kenyang apabila kerap makan hidangan yang berkuah. Dengan adanya hidangan panggang ini akan dapat mengubah rasa, sekali gus keinginan makan, di kalangan pelanggan sentiasa ada," katanya.

  • Info
  • RM28.90 Harga untuk pelanggan dewasa

  • RM14.50 Harga untuk pelanggan kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun

  • RM20 Hidangan tambahan

  • Alamat: G-57, Jalan Prima SG 3/1,Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor

  • Cawangan pertama: No B-15-G Jalan Serai Wangi K 16/K, 40200 Shah Alam, Selangor

  • 4 jenis kuah stimbot

  • Asam pedas, sup ayam, kari dan tom yam

  • 5 rencah hidangan panggang

  • Masala, paprik, berbeku, kicap dan lada hitam
Berita Harian X