Khamis, 26 Mei 2016 | 12:26am
FASHA Sandha dilantik sebagai Duta Kempen Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016. Foto Mahzir Mat Isa
FASHA Sandha dilantik sebagai Duta Kempen Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016. Foto Mahzir Mat Isa

Selfie Fasha Sandha tiada niat menggoda


KUALA LUMPUR: Sejak kembali hidup solo, tumpuan peminat kepada pelakon Fasha Sandha, 32, makin menjadi-jadi.

Sejak bergelar ibu tunggal, apa saja dilakukan Fasha kini sering menjadi bahan bualan pengikut dan peminatnya.

Terbaharu, kekerapan Fasha berkongsi gambar selfie di laman sosial, sesuatu yang jarang dilakukannya sebelum ini, turut diperkatakan netizen, malah menjadi bahan kolum gosip.

Perubahan ketara itu mengundang spekulasi peminat apakah ibu kepada dua cahaya mata ini sengaja mahu memancing perhatian?

PELAKON, Fasha Sandha. - Foto Mahzir Mat Isa
PELAKON, Fasha Sandha. - Foto Mahzir Mat Isa

Maklumlah, bekas isteri Rizal Ashram Ramli atau Jejai ini semakin cantik dan langsing.

Apabila semakin jelita, sudah pasti ia mahu dikongsi bersama peminat.

Ketika ditemui, Fasha berkata, kekerapannya berselfie adalah kerana tuntutan tugas, bukannya mahu menggoda sesiapa.

"Saya bukannya berselfie kosong. Kekerapan saya berselfie adalah kerana saya ada produk. Saya juga menjadi duta kepada beberapa jenama.

SEBAHAGIAN daripada aksi Fasha ketika berkongsi gambar selfie peribadi di laman sosial. - Foto ihsan Instagram Fasha Sandha
SEBAHAGIAN daripada aksi Fasha ketika berkongsi gambar selfie peribadi di laman sosial. - Foto ihsan Instagram Fasha Sandha

"Sebagai duta produk adalah menjadi tugas saya untuk mempromosikannya. Malah, dalam perjanjian, ada dinyatakan saya perlu selalu berselfie.

"Dalam erti kata lain, komitmen saya adalah bergambar dan muat naik ke laman sosial saya.

"Jika diikutkan, sebelum ini saya juga ada berselfie tetapi lebih kepada promosi bagi acara yang saya hadiri atau sesi fotografi," katanya ketika ditemui pada majlis previu kempen Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016 di ibu negara, kelmarin.

Pada majlis itu, Fasha bersama enam selebriti lain iaitu Amar Asyraf, Fattah Amin, Uqasha Senrose, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Raja Afiq diumumkan sebagai duta kempen Syukur Selalu 2016.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad ketika Doctor Run 2019 di Dataran Merdeka. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad ketika Doctor Run 2019 di Dataran Merdeka. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Rezeki lebih murah

Dalam temubual media sebelum ini, Fasha sering mengeluarkan kenyataan hidupnya bahagia selepas bercerai.

Malah, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, mendakwa rezekinya juga semakin murah.

Ditebak hatinya, Fasha menafikan dia gembira bergelar janda. Sebaliknya, Fasha menjelaskan kehidupannya lebih baik selepas perceraian itu.

"Saya tak kata saya gembira apabila bercerai tetapi apa yang hendak diceritakan adalah kehidupan saya lebih baik selepas apa yang berlaku.

FASHA sering mengeluarkan kenyataan hidupnya bahagia selepas bercerai. - Foto Mahzir Mat Isa
FASHA sering mengeluarkan kenyataan hidupnya bahagia selepas bercerai. - Foto Mahzir Mat Isa

"Saya melihat peristiwa itu sebagai sesuatu yang positif. Allah memberikan ketenangan kepada saya.

"Saya gembira bukan kerana saya kini hidup bebas. Kegembiraan itu adalah kerana saya punya anak dan mereka di bawah jagaan saya.

"Selain itu, kegembiraan saya juga adalah kerana diterima masyarakat, penerbit dan pemilik jenama yang sudi menjadikan saya duta barangan mereka," katanya.

Bercerita mengenai perlantikannya sebagai duta kempen Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016, Fasha berkata, dia teruja kerana berpeluang turun padang bertemu peminat dan melakukan kerja amal.

"Buat pertama kali saya dilantik sebagai duta kempen ini dan saya sangat teruja. Saya akan hadir di semua lokasi. Jadual saya sudah disusun lebih awal," katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri Bibik-bibikku untuk slot Lestary, Ramadan ini.

Berita Harian X