Ahad, 8 Mei 2016 | 12:16am
DUA pekerja sedang menyelia pokok durian belanda di sebuah ladang. - Foto Ahmad Samadi
DUA pekerja sedang menyelia pokok durian belanda di sebuah ladang. - Foto Ahmad Samadi
ABDUL Karim (tengah) membantu pekerjanya memasak buah durian belanda untuk dijadikan sebagai puri. - Foto Ahmad Samadi
ABDUL Karim (tengah) membantu pekerjanya memasak buah durian belanda untuk dijadikan sebagai puri. - Foto Ahmad Samadi
DUA pekerja Abdul Karim menunjukkan anak benih durian belanda berumur tiga bulan yang sedia ditanam di kebun. - Foto Ahmad Samadi
DUA pekerja Abdul Karim menunjukkan anak benih durian belanda berumur tiga bulan yang sedia ditanam di kebun. - Foto Ahmad Samadi
SEBAHAGIAN daripada durian belanda yang sedang membesar ditanam oleh Abdul Karim di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Banting, Selangor. - Foto Ahmad Samadi
SEBAHAGIAN daripada durian belanda yang sedang membesar ditanam oleh Abdul Karim di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Banting, Selangor. - Foto Ahmad Samadi

Durian belanda punca guru bersara awal

MORIB: Terkejut dengan harga durian belanda RM60 sebiji yang dibelinya, mendorong seorang pesara guru mengusahakan sendiri tanaman terbabit, selain menceburi usaha menghasilkan puri buah berkenaan.

Pesara guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kampung Endah, Abdul Karim Abd Aziz, 57, nekad bersara tahun lalu, semata-mata mengusahakan durian belanda sepenuh masa, berbekalkan keyakinan buah terbabit mempunyai khasiat untuk kesihatan.

Meskipun kurang dikenali dalam kerjaya baharu itu, beliau yang mesra dengan panggilan Wak Karim, tidak takut mencuba kerana yakin pelaburan dan keyakinan khasiat buah terbabit boleh memberi pulangan lumayan.

Sejak menceburi usaha terbabit, rutin hariannya padat kerana hampir saban hari jadualnya dipenuhi kerja memproses durian belanda termasuk mendapatkan bekalan daripada rakan hingga ke Kulai dan Kota Tinggi, Johor.

Abdul Karim berkata, peringkat awal menghasilkan jus durian belanda bermula dengan kerja membersihkan buahnya daripada kulit dan dipotong sebelum direndam dalam air untuk dimasak selama empat jam hingga mengeluarkan aromanya.

 

Jelas beliau, proses memasak itu menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan pengawet, pewarna atau gula dengan setiap kuali mampu memuatkan kira-kira 15 kilogram durian belanda.

ABDUL Karim menunjukkan puri duain belanda yang siap diproses untuk dipasarkan. - Foto Ahmad Samadi
ABDUL Karim menunjukkan puri duain belanda yang siap diproses untuk dipasarkan. - Foto Ahmad Samadi

ABDUL Karim memeriksa tanaman pokok durian belanda di ladangnya. - Foto Ahmad Samadi
ABDUL Karim memeriksa tanaman pokok durian belanda di ladangnya. - Foto Ahmad Samadi

Katanya, kuali yang digunakan untuk memasak itu ditempah khas dan sepanjang proses memasak, ia perlu sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan sebati dengan campuran air yang digunakan bersama isi durian belanda.

 

Abdul Karim tidak memasarkan produk terbabit di kedai atau pasar raya sebaliknya menghantar kepada pelanggan di merata tempat, selain ada yang datang sendiri ke rumah membelinya, di samping turut menerima tempahan pelanggan dari Australia.

"Ada juga pelanggan membeli secara borong kerana ingin mengadakan kenduri, majlis keraian atau menjualnya semula di pasar malam serta restoran.

 

"Saya mampu memproses sehingga lebih daripada 2,000 kilogram durian belanda sebulan berikutan permintaan pelanggan. Justeru, saya menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal sebelum datang ke rumah membeli puri durian belanda.

 

"Jus durian belanda ini mendapat tempat di hati pelanggan kerana kami cukup teliti menjaga mutu di samping mempunyai teknik tersendiri untuk menghasilkan puri yang enak," katanya kepada BHPlus baru-baru ini.

Puri durian belanda yang diproses dijual pada harga RM25 bagi balang seberat 900 gram dan RM40 untuk berat 1.7 kilogram.

ABDUL KARIM (dua dari kanan) berbincang bersama pekerjanya di tapak semaian anak benih durian belanda. - Foto Ahmad Samadi
ABDUL KARIM (dua dari kanan) berbincang bersama pekerjanya di tapak semaian anak benih durian belanda. - Foto Ahmad Samadi

SEORANG pekerja sedang membersihkan durian belanda sebelum dimasak dan dijadikan sebagai puri. - Foto Ahmad Samadi
SEORANG pekerja sedang membersihkan durian belanda sebelum dimasak dan dijadikan sebagai puri. - Foto Ahmad Samadi

Dibantu empat pekerja, bapa kepada lima anak ini turut mengusahakan ladang dan tanaman anak benih pokok durian belanda untuk jualan kepada pelanggan.

Abdul Karim berkata, anak pokok durian belanda yang berusia tiga bulan boleh terus ditanam dan mampu mengeluarkan hasil selepas kira-kira 18 bulan, yang mencukupi untuk keperluan sendiri, selain memberi pulangan lumayan jika dijual.

Beliau berkata, ketika ini permintaan kepada produk durian belanda amat menggalakkan kerana masyarakat semakin peka mengenai khasiat buah terbabit yang sebelum ini hanya ditanam sepokok dua di sekitar rumah.

Katanya, beliau menggalakkan penduduk kampung untuk menanam pokok berkenaan kerana permintaan yang tinggi termasuk syarikat di Korea untuk dijadikan bahan makanan kesihatan.

PENGUSAHA jus dan puri durian belanda, Abdul Karim Abd Aziz. - Foto Ahmad Samadi
PENGUSAHA jus dan puri durian belanda, Abdul Karim Abd Aziz. - Foto Ahmad Samadi

Berita Harian X