Khamis, 5 Mei 2016 | 12:05am
Bersama pelakon Hati Perempuan. - Foto Twitter Shahrul Ridzwan
Bersama pelakon Hati Perempuan. - Foto Twitter Shahrul Ridzwan
 - Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan
- Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan
Saharul Ridzwan dengan kucing kesayangannya. - Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan
Saharul Ridzwan dengan kucing kesayangannya. - Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan

Harga Saharul tetap sama


Biarpun dirinya semakin diminati dan menjadi kegilaan ramai anak remaja, hasil kemunculannya dalam beberapa drama popular, pelakon, Saharul Ridzwan, tidak pernah lupa diri dengan menaikkan kadar bayaran.

Ia berbeza dengan sikap sesetengah anak seni yang mula mengenakan harga berbeza apabila nama mula mengecap populariti ataupun selepas berjaya menggenggam beberapa anugerah.

Bagi bintang Hati Perempuan ini, dengan sesuatu bayaran yang diberikan, beliau pastinya akan memberikan hasil kerja yang berkali ganda.

"Betul, ekonomi kita tidak menentu dan ia membuatkan apa-apa saja, tidak kira barangan, servis termasuklah pendapatan anak seni perlu dinaikkan agar masing-masing dapat 'survive'.

"Tetapi dari dulu sampai sekarang, harga (perkhidmatan) saya tidak diubah. Sebagai contoh, menjadi amalan saya jika diberi RM1,000, hasil kerja yang dihulurkan seolah-olah saya mendapat RM2,000," ujarnya.

SAHARUL Ridzwan beri khidmat berganda daripada upah diberikan. - Foto Nik Hariff Hassan
SAHARUL Ridzwan beri khidmat berganda daripada upah diberikan. - Foto Nik Hariff Hassan

Membintangi drama Hati Perempuan.
Membintangi drama Hati Perempuan.

Bagaimanapun, demi kelangsungan hidup, seperti rakan artis lain Saharul tidak ketinggalan untuk terbabit dalam dunia perniagaan.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, contohnya, Saharul akan menjual kuih kepada peminat.

"Untungnya menjadi artis, kita mudah membuat promosi dan pemasaran. Memandangkan tahun lalu percubaan saya berniaga kuih raya sangat laris, jadi saya akan teruskan perniagaan ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

"Uniknya, lima peminat bertuah akan mendapat nota kecil dalam bekas kuih yang dibeli. Ia membolehkan mereka menerima layanan istimewa di mana saya akan datang ke rumah peminat berkenaan untuk beraya bersama," ujarnya yang turut merancang penjualan beduk sejuk tidak lama lagi.

Sementara itu, bercerita mengenai kecenderungan sesetengah anggota masyarakat hari ini untuk menggunakan gambar yang disunting untuk dikongsi di laman sosial, pelakon ini mempunyai pandangannya sendiri.

Saharul Ridzwan.
Saharul Ridzwan.

 - Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan
- Foto ihsan Twitter Shahrul Ridzwan

Maklum saja, beliau antara selebriti yang turut menggunakan 'filter' untuk mencantikkan gambar di media sosial miliknya.

Bagi Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, kecanggihan teknologi masa kini itu pastinya mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Ia antara lain boleh mengaburi mata pengikutnya.

"Betul, kadang-kadang terlalu banyak penggunaan filter boleh mengaburi orang yang melihat. Yang buruk boleh jadi cantik, yang gemuk kini nampak kurus.

"Tetapi kita sebagai seorang manusia berakal, jangan cepat terpedaya dengan apa yang dilihat.

"Saya sendiri kadang-kala menggunakan filter untuk mendapatkan gambar selfie lebih menarik. Bagaimanapun, ia dilakukan hanya sekali-sekala. Saya berbuat begitu untuk menampakkan gambar lebih baik, tetapi tidaklah sampai mengubah wajah saya," katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun tambah beliau, masyarakat perlu berhati-hati dengan akaun laman sosial diikuti, yang mungkin boleh memperdayakan orang ramai apabila ia menggunakan gambar palsu atau yang sudah disunting bagi tujuan tertentu, seperti memikat sesetengah individu.

Berita Harian X