Sabtu, 26 March 2016 | 12:13am
FAUZAN bersama antara koleksi robot Transformer dan Gundam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
FAUZAN bersama antara koleksi robot Transformer dan Gundam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
KOLEKSI robot Transformer dan Gundam milik Fauzan disusun rapi. - Foto Muhd Asyraf Sawal
KOLEKSI robot Transformer dan Gundam milik Fauzan disusun rapi. - Foto Muhd Asyraf Sawal
FAUZAN pada awalnya mengumpul pelbagai jenis robot Transformers kerana reka bentuk yang menarik dan berwarna warni. - Foto Muhd Asyraf Sawal
FAUZAN pada awalnya mengumpul pelbagai jenis robot Transformers kerana reka bentuk yang menarik dan berwarna warni. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ROBOT Transformers dan Gundam boleh mencecah tiga kali ganda selepas siap dipasang. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ROBOT Transformers dan Gundam boleh mencecah tiga kali ganda selepas siap dipasang. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Hidup berteman robot, model kapal terbang


BANGI: Minat mendalam terhadap mainan pasang siap mendorong bapa tiga anak mengumpul lebih 1,000 koleksi model jet pejuang, robot Transformers dan Gundam bernilai ribuan ringgit di rumahnya.

  Mohd Fauzan Khalid yang juga Pengurus Pembangunan Produk Celcom berkata hobinya itu bermula selepas dia dihadiahkan sebuah model kapal terbang mainan oleh bapanya ketika berada di Tingkatan Lima.

  Fauzan yang kini berusia 38 tahun mengakui bermula dari situ dia mengumpul pelbagai jenis koleksi model kapal terbang yang dibeli menggunakan wang belanja sekolah diberikan bapanya.

  "Saya minat mengumpul objek yang boleh dipasang sendiri. Bermula dengan minat memasang model kapal terbang plastik kanak-kanak, saya teruskan dengan memasang model jet pejuang.

  "Minat itu berterusan hingga saya bekerja dan berpeluang menambah koleksi model jet pejuang dengan ada yang mencecah ratusan ringgit kerana mempunyai pendapatan sendiri," katanya.

FAUZAN puas dengan minatnya dan hasil koleksi yang ada. - Foto Muhd Asyraf Sawal
FAUZAN puas dengan minatnya dan hasil koleksi yang ada. - Foto Muhd Asyraf Sawal

  Fauzan berkata, hobinya hanya "diperlahankan' ketika isterinya, Idaman Pertiwi Muhamad, 37, melahirkan anak sulung mereka pada tahun 2005.

  "Ini disebabkan hobi menyimpan koleksi model jet pejuang ini menuntut kita meluangkan banyak masa, tenaga dan wang.

  "Kerja untuk menjaganya termasuk membuang habuk dan menggilap sekurang-kurangnya seminggu sekali. Itu tidak termasuk kerja melicin dan mengecat model jet pejuang yang kelihatan kusam," katanya.

  Minat mengumpul barangan edisi terhad dalam diri Fauzan disemarakkan semula selepas hampir enam tahun apabila beliau mula mengumpul model robot Transformer dan Gundam.

  "Saya mengambil keputusan untuk mengumpulkan koleksi robot pula dengan mengambil kira anak sulung saya sudah berusia enam tahun ketika itu.

  "Lagipun, mengendalikan model robot ini lebih mudah termasuk kerja memasang, menjaga dan mengurusnya. Pada peringkat awal memang nampak susah," katanya.

ROBOT Transformer dan Gundam dibeli dengan harga antara RM50 hingga RM500. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ROBOT Transformer dan Gundam dibeli dengan harga antara RM50 hingga RM500. - Foto Muhd Asyraf Sawal

ANTARA koleksi robot Transformer dan Gundam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ANTARA koleksi robot Transformer dan Gundam. - Foto Muhd Asyraf Sawal

  Fauzan berkata, pada awalnya beliau mengumpul pelbagai jenis robot Transformers kerana reka bentuk yang menarik dan berwarna warni. 

  Bagaimanapun, beliau beralih kepada model robot jenis Gundam kerana harga lebih murah dan lebih senang diperoleh kerana banyak model baharu berada di pasaran setiap bulan.

  "Kebanyakan koleksi model robot Transformer dan Gundam yang berada dalam simpanan saya dibeli di Bukit Bintang, Plaza Sungei Wang dan Berjaya Times Square antara RM50 hingga RM500.

  "Walaupun harga sebelum dipasang setiap robot Transformers dan Gundam mungkin tidak mahal, namun ia boleh dijual dengan harga tiga kali ganda selepas siap dipasang.

HOBI Fauzan bermula selepas dia dihadiahkan sebuah model kapal terbang mainan oleh bapanya ketika berada di Tingkatan Lima. - Foto Muhd Asyraf Sawal
HOBI Fauzan bermula selepas dia dihadiahkan sebuah model kapal terbang mainan oleh bapanya ketika berada di Tingkatan Lima. - Foto Muhd Asyraf Sawal

  "Harga model itu akan lebih tinggi sekiranya tergolong dalam kategori edisi istimewa atau tergolong dalam kategori sukar ditemui di pasaran," katanya yang banyak belajar kaedah pemasangan model menerusi buku panduan dan YouTube.

  Minat istimewa Fauzan turut dikongsi anak keduanya, Muhammad Faris Izzan, 8, yang mampu memasang sendiri model robot Gundam.

  "Dia mula minat apabila melihat saya selalu memasang robot Transformers dan Gundam seawal usia tiga tahun. Kalau keluar ke kedai, Faris tidak akan berganjak jika ternampak model robot yang dipamer dalam almari kaca," katanya.

Berita Harian X