Sabtu, 5 March 2016 | 12:04am

Yakult dicampur buah-buahan sebagai resepi sarapan

KEBIASAANNYA, ramai yang mengambil sarapan pagi dalam bentuk makanan yang amat berat seperti nasi lemak, roti canai, lontong dan sebagainya. Itu adalah hidangan yang sentiasa digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

  Tetapi sekali sekala mengubah selera kepada hidangan yang lebih berkhasiat dan hebatnya lagi dihasilkan oleh air tangan sendiri boleh membuatkan anda rasa puas.

  Apa saja bahan di dalam peti ais boleh dijadikan sebagai menu hidangan. Kali ini, Cef Zubir ingin berkongsi bagaimana menghasilkan menu sarapan pagi berkhasiat dengan menggunakan buah-buahan dan yakult.

  Bukan itu saja, hidangan itu boleh juga diubah menjadi minuman atau dimakan bersama roti memandangkan hidangan ini berkuah. Anda akan merasai pelbagai rasa buah-buahan seperti strawberi, oren dan yakult.

 

Resipi Yakult Oren Minted Berries Compote

BAHAN - Bahan yang digunakan untuk masakan Yakult Orange Minted Berries Compote oleh Chef Zubir Zain. - Foto Zunnur Al Shafiq
BAHAN - Bahan yang digunakan untuk masakan Yakult Orange Minted Berries Compote oleh Chef Zubir Zain. - Foto Zunnur Al Shafiq

 

Bahan-bahan

 

50 gram gula
1 cawan jus oren
250 gram strawberi
Daun pudina
100 gram Bluberi
Kulit oren disagat
2 botol yakult

 

Cara penyediaan

CARA masakan Yakult Orange Minted Berries Compote oleh Chef Zubir Zain. - Foto Zunnur Al Shafiq
CARA masakan Yakult Orange Minted Berries Compote oleh Chef Zubir Zain. - Foto Zunnur Al Shafiq

 

1. Sangai gula hingga kekuningan

2. Masukkan jus oren dan tunggu hingga pekat sedikit (gunakan api sederhana)

3. Masukkan strawberi. Gaul sebati hingga buah itu lembut.

4. Carikkan sedikit daun pudina untuk memberi bau wangi

5. Masukkan buah bluberi

6. Masukkan kulit oren yang diparut. Tutup api dan biarkan suhunya turun sebentar.

7.  Masukkan yakult supaya zatnya tidak hilang. Dan kemudian taburkan kembali kulit oren diparut.

Berita Harian X