Sabtu, 6 Februari 2016 | 12:03am
BAHAN yang sudah siap dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BAHAN yang sudah siap dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BAHAN yang sudah siap dimasak dimasukan ke dalam corong untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BAHAN yang sudah siap dimasak dimasukan ke dalam corong untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
LETAKKAN sesudu gula ke dalam mangkuk kecil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
LETAKKAN sesudu gula ke dalam mangkuk kecil. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN gula dan serbuk gelatin yang sudah disatukan ke dalam gabungan teh hijau dan susu. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN gula dan serbuk gelatin yang sudah disatukan ke dalam gabungan teh hijau dan susu. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN air dan gula ke dalam periuk untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN air dan gula ke dalam periuk untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MASUKKAN susu segar ke dalam periuk. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MASUKKAN susu segar ke dalam periuk. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Panna Cotta dari Itali, pencuci mulut penuh khasiat

PANNA cotta adalah sejenis menu pencuci mulut dari Itali. Ia adalah sejenis krim yang dimasak bersama gelatin dan mempunyai rasa begitu manis. Selain itu ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan minum petang atau pun untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

Teksturnya lembut dan kenyal. Sesuai juga untuk diberikan kepada kanak-kanak. Bagi menambah rasa mengikut kreativiti anda, hidangan ini juga boleh dihasilkan dengan mencampurkan perasa seperti kopi, vanila dan sebagainya.

Kebiasaannya, pencuci mulut ini dimakan bersama manisan karamel kerana ia memberikan rasa yang begitu sempurna. Aroma susu yang terdapat pada hidangan ini juga dilihat sesuai untuk dihidangkan kepada setiap peringkat umur sekali gus memberikan pelbagai rasa dalam manisan berkenaan.

MANISAN Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MANISAN Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Berikan kelainan rasa

Selain dimakan bersama manisan karamel, anda juga boleh mengubah mengikut citarasa. Ia juga boleh dihidangkan bersama buah-buahan segar atau pun puri.

Di samping rasanya yang lembut, hirisan buah segar juga mampu memberikan kelainan dalam selera anda. Manisan ini lebih enak jika disejukkan seketika sebelum dinikmati bersama-sama.

Menghasilkan manisan ini juga amat mudah. Tanpa perlu membakar di dalam ketuhar dan mengambil masa yang banyak, resipi ini cukup ringkas dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit saja.

Kali ini, Aroma Kulinari dengan kerjasama Hotel Maya akan berkongsi bagaimana untuk menghasilkan manisan Panna Cotta Teh Hijau. Rasa dan aromanya begitu menyelerakan. Selamat mencuba.

BAHAN yang diperlukan untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BAHAN yang diperlukan untuk membuat Panna Cotta Teh Hijau. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Resipi Panna cotta teh hijau 

Bahan-bahan;

500 mililiter (ml) krim

500ml susu

20 gram (g) serbuk gelatin

100g gula

5g serbuk teh hijau

20ml air panas

Sos Karamel

150g gula

60ml air

Cara penyediaan

1. Gaulkan serbuk teh hijau dan air panas di dalam mangkuk.

2. Didihkan krim, susu, serbuk gelatin dan gula bersama-sama. Pastikan bahan itu dipukul hingga larut.

3. Campurkan bahan teh hijau tadi dan gaulkan bersama hingga sebati.

4. Masukkan dalam acuan dan letakkan di dalam peti ais seharian.

5. Sementara itu, bahan untuk sos karamel dididihkan bersama dan dimasakkan hingga kekuningan.

INFO: Khasiat teh hijau

1. Mengurangi risiko kanser

Teh hijau mempunyai peranan dalam tubuh sebagai antioksidan yang 100 kali lebih kuat daripada vitamin C dan 24 kali lebih efektif dari fungsi vitamin E.

Ini akan menyokong tubuh anda terhindar atau terlindung dari penyakit yang disebabkan oleh tumbuhnya sel kanser.

2. Mencegah penyakit jantung

Teh hijau membantu mencegah kerosakan jantung dan penyakit strok pada seseorang yang mengalami hipertensi. Tentunya dengan cara menurunkan kadar kolesterol tanpa mengurangi jumlah kolesterol baik dalam tubuh.

3. Menangkis radikal bebas

Teh hijau adalah salah satu rahsia kecantikan wanita Jepun kerana walaupun usia sudah tua, kulit wajah dan tubuh tidak terlihat seperti sudah berusia.

Ini kerana kandungan antioksidan yang dikenal sebagai polifenol dalam teh hijau, berfungsi melawan radikal bebas. Sehingga membantu anda melawan penuaan dan meningkatkan umur panjang.

4. Menurunkan berat badan

Teh hijau akan membantu proses metabolisme semula jadi tubuh dan membantu pembakaran lemak yang berkumpul pada bahagian perut, paha, lengan dan bahagian yang mudah menampung lemak pada tubuh lainnya.

Berita Harian X