Khamis, 28 Januari 2016 | 12:05am
RIZAL Md Misrom menunjukkan peralatan perang yang masih disimpannya di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
RIZAL Md Misrom menunjukkan peralatan perang yang masih disimpannya di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
TENTERA Jepun yang terkorban dalam Battle of Muar.
TENTERA Jepun yang terkorban dalam Battle of Muar.
ANTARA bangunan yang masih mempunyai kesan pertempuran Battle of Muar di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
ANTARA bangunan yang masih mempunyai kesan pertempuran Battle of Muar di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
RIZAL menunjukkan peralatan perang yang masih disimpannya. - Foto Badrul Kamal Zakaria

KEADAAN di Jambatan Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
KEADAAN di Jambatan Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
ANTARA bangunan yang masih mempunyai kesan Battle of Muar di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
ANTARA bangunan yang masih mempunyai kesan Battle of Muar di Segamat. - Foto Badrul Kamal Zakaria
TENTERA jepun terpaksa membina jambatan kayu berikutan jabatan segamat telah diletupkan oleh tentera Beritish dalam Battle of Muar di Segamat.
TENTERA jepun terpaksa membina jambatan kayu berikutan jabatan segamat telah diletupkan oleh tentera Beritish dalam Battle of Muar di Segamat.
TENTERA Jepun membina laluan kayu pada jambatan yang dimusnahkan Tentera British ketika pentempuran Battle Of Muar di Segamat.
TENTERA Jepun membina laluan kayu pada jambatan yang dimusnahkan Tentera British ketika pentempuran Battle Of Muar di Segamat.
SISA binaan asal Jambatan Segamat masih dapat dilihat di kawasan tebing Sungai Segamat hingga kini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
SISA binaan asal Jambatan Segamat masih dapat dilihat di kawasan tebing Sungai Segamat hingga kini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
SISA binaan asal Jambatan Segamat yang diletupkan oleh British pada Januari 1942 yang masih dapat dilihat hingga kini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
SISA binaan asal Jambatan Segamat yang diletupkan oleh British pada Januari 1942 yang masih dapat dilihat hingga kini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
Rizal Md Misrom
Rizal Md Misrom
Peta menunjukkan pergerakan dalam Battle of Muar
Peta menunjukkan pergerakan dalam Battle of Muar

'Battle of Muar' makin dilupakan

SEGAMAT: Ramai yang tidak menyedari, 14 Januari 1942 adalah tarikh bermulanya pertempuran besar terakhir Perang Dunia Kedua di negara ini, dikenali sebagai Battle of Muar.

Pertempuran itu bermula di daerah ini apabila tentera Berikat diketuai British, cuba mengekang kemaraan tentera Jepun dalam kempen menawan Malaya daripada terus mengasak hingga ke Singapura.

Dari Segamat, pertempuran merebak dan sengit di sepanjang laluan Muar-Air Hitam di Bakri, sebelum berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai tentera Australia berhampiran Jambatan Parit Sulong, Batu Pahat pada 23 Januari 1942.

Pembunuhan kejam 145 tentera Australia itu, sering diingati menerusi majlis peringatan yang diadakan dari semasa ke semasa oleh bekas tentera negara terbabit, demi mengenangkan rakan seperjuangan yang terkorban.

Kekejaman tentera Jepun mendalangi pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong itu, membayangi kematian mangsa perang Battle of Muar, yang menjadi perbatasan terakhir British di negara ini, sebelum berundur dan menyerah kalah di Singapura.

Sebelum itu, dalam usaha bertahan, Pemerintah Tentera British ketika itu, Leftenan Jeneral Arthur Percival, mengarahkan serangan hendap terhadap tentera Jepun membabitkan tentera British, Australia, Gurkha dan Melayu, yang diarah mempertahankan Muar menerusi kod rahsia, Westforce.

TENTERA Jepun dalam Battle of Muar pada 1942.
TENTERA Jepun dalam Battle of Muar pada 1942.

Menerusi taktik itu, operasi Westforce mengambil kira semua kepentingan ketenteraan dan kedudukan serta melindungi sempadan di kawasan Gunung Ledang hingga ke Selat Melaka, yang diyakini mampu menghalang kemaraan tentera Jepun ke selatan, khususnya Singapura.

Kawasan pertama dilindungi ialah laluan utama iaitu Jambatan Segamat dan Jambatan Keretapi Segamat, selain menempatkan tentera di Gunung Ledang. Tentera Berikat juga diarah melindungi pelabuhan Muar yang mempunyai kedudukan strategik untuk melakukan serangan.

Namun, kekurangan kelengkapan dan komunikasi yang lemah ketika itu menyebabkan mereka tidak mampu mengekang serangan Jepun yang nekad membalas dendam susulan serangan hendap tentera British terhadap mereka di Jambatan Gemencheh, Gemas, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1942.

Ketika ini, sebahagian kesan Battle of Muar masih boleh dilihat, terutama pada Jambatan Buloh Kasap dan Jambatan Gemas, yang diletupkan tentera British dalam usaha menyekat kemaraan tentera Jepun.

Walaupun kesan Perang Dunia Kedua yang masih bersisa di sekitar daerah Segamat dan Muar itu terbiar dan tidak dipelihara, namun Memorial Perang Australia menyimpan banyak gambar mengenai perjalanan pertempuran yang berlaku itu.

JAMBATAN Kereta Api Segamat menjadi lokasi pertama yang perlu dilindungi dalam operasi Westforce.
JAMBATAN Kereta Api Segamat menjadi lokasi pertama yang perlu dilindungi dalam operasi Westforce.

Ahli Kumpulan Sejarah dan Warisan Segamat, Aisyamuddin Abd Latip, 21 dan Rizal Md Misrom, 43, berkata sisa runtuhan jambatan dimusnahkan British, dapat dilihat pada tebing Sungai Segamat, khususnya kawasan jambatan baharu yang dibina pada 1957 menggantikan laluan dimusnahkan itu.

Aisyamuddin berkata, dua deretan kedai berhampiran Balai Polis Segamat yang turut dibom tentera Jepun juga masih dapat dilihat hingga kini.

"Antara lokasi yang masih ada sisa peninggalan perang ini ialah Jambatan Buloh Kasap dan Jambatan Gemas yang dimusnahkan British," katanya.

Rizal pula masih mempunyai koleksi topi perang, topeng gas beracun, bayonet dan pakaian yang pernah digunakan tentera Jepun dan British ketika Perang Dunia Kedua di negara ini.

"Topi besi tentera Jepun dan British ini saya peroleh daripada pengumpul barangan antik di sini, manakala bayonet ditemui ketika menyertai ekspedisi di Sungai Kalamah, Negeri Sembilan," katanya yang turut mengumpul pelbagai gambar lama zaman perang.

Rizal berkata, kumpulan sejarah itu kini aktif mengadakan pertemuan dan berhubung menerusi laman sosial selain mengenal pasti peninggalan sejarah khususnya sekitar daerah Segamat untuk tatapan generasi kini dan akan datang.

Penduduk Segamat, Zakaria Yaacob, 81, mendakwa peperangan yang berlaku berlaku 74 tahun lalu masih segar dalam ingatannya walaupun ketika itu dia berusia kira-kira enam tahun.

PENDUDUK Segamat, Zakaria Yaacob. - Foto Badrul Kamal Zakaria
PENDUDUK Segamat, Zakaria Yaacob. - Foto Badrul Kamal Zakaria

"Saya sempat merasai suasana Perang Dunia Kedua, melihat sendiri kapal terbang Jepun mengebom beberapa kawasan bandar di Segamat, terutama lokasi penting tentera British.

"Setiap kali pesawat Jepun melintasi ruang udara, tentera British yang bertahan membunyikan siren supaya semua penduduk dengar dan tahu serangan bom akan berlaku," katanya ketika ditemui BH di Kampung Gemereh, Segamat.

Zakaria berkata, ketika itu semua penduduk kampung menyelamatkan diri ke Kampung Tebing Tinggi yang terletak di tepi Sungai Muar yang agak jauh di pedalaman tetapi masih dijejaki tentera Jepun ketika menawan kawasan itu.

Katanya, penduduk hidup dalam kesukaran terutama bekalan makanan sehingga hanya ubi kayu dan ikan sungai menjadi makanan utama.

"Hanya ubi kayu menjadi makanan penduduk ketika itu kerana keputusan bekalan beras. Namun dengan kebesaran Allah, ketika itu ikan mudah diperoleh dengan banyak, letak sahaja sauk di sungai, terus dapat," katanya.

Zakaria berkata, penduduk yang sentiasa ketakutan hingga terpaksa menyembunyikan anak gadis dan isteri setiap kali menyedari kedatangan tentera Jepun yang bengis ke kampung mereka kerana khuatir dijadikan hamba seks.

"Penduduk juga menugaskan pengintip sendiri. Setiap kali dapat tahu tentera Jepun datang, semua gadis dan orang perempuan disembunyikan dalam belukar. Bila dia (tentera Jepun) beredar, dalam dua tiga jam baharu pergi ambil mereka kembali," katanya.

Zakaria berkata, beliau juga sempat merasai persekolahan di zaman pendudukan tentera Jepun di sekolah yang asalnya dibina British.

"Saya sempat belajar tulisan dan bahasa Jepun. Semua murid kena nyanyi lagu kebangsaan Jepun, Kimigayo pada setiap pagi sambil berdiri menghadap arah matahari terbit," katanya.

Ketua Komander Malaya, Leftenan Jeneral Arthur Percival. - Foto wikipiedia.org
Ketua Komander Malaya, Leftenan Jeneral Arthur Percival. - Foto wikipiedia.org

BERSAMBUNG SIRI KEDUA ESOK

Berita Harian X