Khamis, 3 Disember 2015 | 12:02am
PELBAGAI jenis ikan hasil tangkapan Pak Sudir dengan berat melebihi 100 kilogram. - Foto emel
PELBAGAI jenis ikan hasil tangkapan Pak Sudir dengan berat melebihi 100 kilogram. - Foto emel

Berani mati cari GT

PAK Sudir bersama ikan gerong belang (kiri), tuna gigi anjing (dua dan tiga dari kiri) dan cermin yang berjaya ditewaskannya di Terumbu Karang Laconia dekat Miri. - Foto emel
PAK Sudir bersama ikan gerong belang (kiri), tuna gigi anjing (dua dan tiga dari kiri) dan cermin yang berjaya ditewaskannya di Terumbu Karang Laconia dekat Miri. - Foto emel

KEJAYAAN membawa pulang lebih 100 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan, termasuk lapan jemuduk, empat cupak, tiga tongkol atau aye, dua kerapu, masing-masing seekor Giant Trevally (GT) dan barakuda secara solo adalah bukti Pak Sudir atau Suderman Okasa, bukan sebarang pemancing.

Apa lagi, bapa kepada dua anak itu, berjaya menawan semua ikan terbabit dalam tempoh kurang 12 jam, iaitu trip memancing 'pergi pagi, balik petang'.

Kejayaan luar biasa yang kerap diciptanya membuat nama Pak Sudir semakin dikenali dalam kalangan pemancing laut dalam di Sarawak, terutama di Miri.

Pemancing yang rapat dengannya menganggap Pak Sudir sebagai pemancing berani mati, kerana berani ke terumbu karang Loconia, kira-kira 120 batu nautika dari muara sungai Miri secara solo, hanya dengan menaiki bot laju atau bot pancung.

PAK Sudir dianggap sebagai pemancing berani mati kerana pergi ke terumbu karang Loconia, kira-kira 120 batu nautika dari muara sungai Miri secara solo. - Foto emel
PAK Sudir dianggap sebagai pemancing berani mati kerana pergi ke terumbu karang Loconia, kira-kira 120 batu nautika dari muara sungai Miri secara solo. - Foto emel

Apa yang menggerunkan ukuran bot berkenaan, hanya 9.44 meter panjang dan 2.13 meter lebar, menggunakan enjin sangkut dua lejang dengan kelajuan 115 kuasa kuda yang mampu memecut sehingga 60 kilometer (km) atau 33.5 knot sejam.

Pada masa ini tiga bot memancing serba lengkap yang menyediakan pakej memancing ke lokasi itu dengan bayaran RM30,000 untuk satu trip bagi 10 pemancing.

Setakat ini, hanya Pak Sudir seorang yang berani memancing di lokasi itu menggunakan bot pancung, yang sesuai dengan empat pemancing untuk lokasi tidak jauh dari muara sungai ke Loconia dengan kos RM4,500.

Baru-baru ini, anak Bajau Laut dari Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah itu berjaya membawa pulang lebih 100 kg pelbagai jenis ikan.

Pak Sudir dan anak keduanya, Fathur Syafiq Suderman, 8, memancing di beberapa lubuk di Kuala Baram yang terletak 48km atau 26.6 batu nautika dari Kuala Miri, dan perjalanan ke situ mengambil masa 40 minit.

PAK Sudir dengan beberapa ikan jemuduk dan cupak yang berjaya ditewaskan. - Foto emel
PAK Sudir dengan beberapa ikan jemuduk dan cupak yang berjaya ditewaskan. - Foto emel

"Kami bertolak pada jam 12.30 tengah hari, dan balik ke jeti pada jam 8 malam.

"Dalam trip itu kami menggunakan teknik jigging, termasuk 30 jig bersaiz 100 gram (gm)," katanya.

Pak Sudir berkata, tarikan jemuduk di lokasi itu memang hebat dalam usaha melepaskan diri daripada dinaikkan dan lapan jig miliknya dilarikan ikan selepas gagal dinaikkan dalam drama tarik-menarik sehingga 30 minit

"Pengalaman berlawan dengan ikan memang seronok, namun akan menyakitkan pemancing apabila terpaksa berlawan tarik tali dengan ikan sehingga 25 hingga 30 minit.

"Biarpun hampir setiap hujung minggu pergi memancing di laut dan berlawan dengan ikan, namun apabila sudah terlalu lama berlawan tarik tali dengan mangsa menyebabkan pinggang sakit, tangan dan seluruh badan lenguh," katanya.

Menurutnya, dalam setiap trip beliau hanya membawa dua joran iaitu X Zoga taka u pe 3 dan Zen Zagan pe 4, dan dua kekili jenama 'Shimano twinpower' saiz 6000.

Bagaimanapun, dalam trip itu sebatang jorannya iaitu Zen Zagan pe 4 patah selepas 'diasak' oleh barakuda untuk melepaskan diri.

"Saya terpaksa berehat 30 minit kerana terlalu letih selepas berjaya menaikkan tiga jemuduk seberat lapan kg seekor berturut-turut pada jam 4 petang," katanya.

Berita Harian X