Rabu, 25 November 2015 | 12:01am
ANGGOTA TLDM membaiki titian sempena Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
ANGGOTA TLDM membaiki titian sempena Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
PENDUDUK kampung bergotong-royong membersih dan mengecat kemudahan dewan di kampung dalam Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
PENDUDUK kampung bergotong-royong membersih dan mengecat kemudahan dewan di kampung dalam Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
DATUK Ahmad Abdullah (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk kampung selepas Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
DATUK Ahmad Abdullah (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk kampung selepas Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM

Jiwa murni erat hubungan TLDM, penduduk

DATUK Ahmad Abdullah mengadili pertandingan tarik tali yang menjadi pengisian dalam Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM
DATUK Ahmad Abdullah mengadili pertandingan tarik tali yang menjadi pengisian dalam Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM

DI sebalik tugas hakiki menjaga kedaulatan dan kestabilan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak melupakan tanggungjawab untuk menabur bakti kepada komuniti setempat.

Tanggungjawab itu dilaksanakan oleh Markas Pangkalan TLDM Sandakan (MPTS) di Sabah menerusi Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu Laut, kira-kira lima batu nautika atau 30 minit menaiki bot dari bandar Sandakan, baru-baru ini.

Ia adalah kesinambungan daripada program sama yang dilaksanakan oleh anggota Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti pada September lalu.

Selain 80 anggota MPTS, ia disertai 47 kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Sandakan dan 20 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) cawangan Sandakan pada program dua hari berkenaan.

Program yang mendapat kerjasama agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk pulau itu selaras matlamat membentuk perpaduan antara The Navy People dan agensi kerajaan untuk melaksanakan tugas keselamatan serta pembangunan (KESBAN).

Pada majlis perasmian, Komander TLDM Pangkalan Sandakan, Laksamana Pertama Datuk Ahmad Abdullah, berkata program itu adalah tanggungjawab sosial Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada masyarakat setempat, khususnya penduduk pulau yang berdepan kesukaran untuk ke bandar.

KOMANDER Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan Sandakan, Laksamana Pertama Datuk Ahmad Abdullah (kiri) menjalani pemeriksaan tahap kesihatan yang disediakan dalam Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM

DATUK Ahmad Abdullah (tujuh dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Kesihatan Sandakan dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera bergambar beramai-ramai selepas Program Jiwa Murni di Kampung Tanjong Batu, di Sandakan. - Foto Ihsan TLDM

Ahmad berkata, menerusi program itu juga, ia mampu memperkukuh persahabatan antara TLDM dan penduduk pulau khususnya dalam aspek keselamatan.

"ATM juga memerlukan bantuan penduduk di pulau untuk menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan susulan beberapa kes penculikan serta rompakan di perairan berhampiran.

"Menerusi program sebegini, kita mampu mempertingkatkan hubungan baik dengan masyarakat dan memudahkan mereka melaporkan apa juga kegiatan jenayah di laut agar tindakan lanjut dapat diambil segera demi keselamatan masyarakat setempat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, TLDM sentiasa bersedia memberi bantuan kepada penduduk jika diperlukan, termasuk melaksanakan program seumpama itu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pelbagai pengisian turut dijalankan dalam program itu, termasuk aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Batu dan dewan, membaiki titian serta jana kuasa kecemasan dan menanam pokok bunga, selain menjalankan pemeriksaan kesihatan serta rawatan gigi.

Ia dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka, seperti perlawanan tarik tali dan persembahan tarian tradisional oleh penduduk kampung.

Berita Harian X