Sabtu, 7 November 2015 | 12:08am
PERISA tanpa nikotin amat jarang dibeli oleh pelanggan berbanding perisa mengandungi 12mg nikotin (kanan). - Foto Mohd Nazrulaswad
PERISA tanpa nikotin amat jarang dibeli oleh pelanggan berbanding perisa mengandungi 12mg nikotin (kanan). - Foto Mohd Nazrulaswad
PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad
PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad

Nikotin vape mudah dibeli, senang diproses



KUALA LUMPUR: Pengguna dan peniaga cecair perisa atau 'flavour' vape mudah membeli bekalan cecair nikotin, bahan utama yang digunakan dalam dalam rokok elektronik itu.

Difahamkan nikotin dibeli dari Amerika Syarikat (AS) dan China menerusi atas talian yang dihantar melalui kiriman kargo terus kepada pembeli.

Larangan menjual nikotin tertakluk kepada Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan penguatkuasaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Denda tidak lebih RM3,000

Pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad
PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad

Pemerhatian BH dalam laman jualan atas talian mendapati nikotin mudah diperoleh daripada pembekal yang kebanyakannya dari AS dan China.

Bahan campuran lain, iaitu Propylene Glycol (PG), Vegetable Glycerin (VG) pula boleh dibeli secara atas talian dari dalam dan luar negara, pembekal cecair perisa vape atau farmasi.

Satu lagi bahan campuran dalam vape yang mengandungi perisa makanan seperti buah-buahan, krim, tembakau, teh, kopi dan cola boleh dibeli di pasar raya dan kedai kek.

Seorang pengadun cecair perisa vape yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya pembeli membuat pesanan nikotin dalam kandungan 100 miligram (mg).

"Kalau dilihat dalam laman jualan atas talian, pembekal luar negara menawarkan nikotin 100mg sehingga 1,000mg dengan harga serendah RM250.

PENIAGA di Kedai Yop Vape menunjukkan perisa yang mengandungi nikotin (kanan) dan perisa yang tidak mengandungi nikotin (kiri). - Foto Mohd Nazrulaswad
PENIAGA di Kedai Yop Vape menunjukkan perisa yang mengandungi nikotin (kanan) dan perisa yang tidak mengandungi nikotin (kiri). - Foto Mohd Nazrulaswad

"Pembeli biasanya melihat harga yang ditawarkan oleh banyak pengedar nikotin dan pasti kami akan memilih harga yang berpatutan," katanya yang menerima upah memproses adunan cecair perisa daripada penjual vape dan cecair itu.

Beliau juga berkata, pembeli biasanya memesan 100mg cecair nikotin yang boleh diisi dalam hampir 500 botol kandungan 30 mililiter (ml) cecair perisa selepas diadun bersama PG, VG dan perisa pilihan mereka.

"Justeru dengan kadar kandungan cecair 100mg, jumlah nikotin dalam setiap botol cecair perisa vape adalah terlalu rendah," katanya.

Setengah jam hasil perisa

Penggemar vape hanya memerlukan setengah jam sahaja bagi menghasilkan cecair perisa (flavour) untuk kegunaan sendiri.

PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad
PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad

Ia didedahkan penghisap rokok elektronik yang mahu dikenali sebagai Ali, 25, yang menghasilkan cecair perisa buatan sendiri dicampur nikotin, sama seperti yang dijual di pasaran.

Dia yang belajar menghasilkan resipi cecair perisa  itu menerusi Youtube, membeli bekalan nikotin daripada kawannya sebelum memproses campuran sendiri bagi mendapatkan perisa yang disukai.

Pemuda itu membeli cecair nikotin sebanyak 100 ml bersama PG yang biasa digunakan dalam ubat sedut atau 'asthma inhaler' oleh pesakit asma dan VG, masing-masing berisi satu liter daripada kawannya dengan bermodalkan RM300.

Semua bahan itu didakwa boleh menghasilkan kira-kira 100 botol mengandungi 30 ml cecair perisa. 

Katanya, selepas proses adunan, ia perlu ditambah perisa tambahan, pemanis dan pudina yang boleh dibeli di pasaran bagi mendapatkan rasa asli perisa.

CARA mengisi perisa ke dalam alat vape. - Foto Mohd Nazrulaswad
CARA mengisi perisa ke dalam alat vape. - Foto Mohd Nazrulaswad

"Untuk menghasilkan 30 ml perisa cecair yang kebiasaannya di jual di kedai vape, saya hanya belajar melalui Youtube kerana ada resipi dan sukatan bagi menghasilkan flavour.

"Nikotin perlu disukat menggunakan picagari, iaitu sebanyak 1.5 ml, PG (7.14 ml) dan campurkan dengan VG (17.1 ml) untuk menghasilkan cecair perisa  sama seperti  yang biasa dijual.

"Ia perlu dicampur bersama perasa makanan 2.61 ml (mengikut pilihan sendiri), pemanis 0.15 ml dan pudina 1.5 ml. Selepas dicampur, goncang botol hingga cecair perisa menghasilkan buih dan boleh terus digunakan," katanya ketika ditemui BH, semalam.

Katanya, jika mahu menghasilkan perisa yang lebih tulen, cecair perlu diperam selama dua hari supaya semua bahan itu lebih sebati.

PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad
PELBAGAI jenis perisa mengandungi nikotin yang berada di pasaran. - Foto Mohd Nazrulaswad

Ali mendakwa, jika VG dimasukkan berlebihan dalam campuran, ia boleh menghasilkan kepulan asap lebih banyak berbanding biasa. 

"Flavour ini juga boleh dihasilkan  tanpa memasukkan nikotin dan pemanis. Cuma saya dah biasa dengan rokok, sebab itu saya masukkan nikotin," katanya.

Ali berkata, beberapa kawannya turut menghasilkan cecair sendiri dengan melebihkan nikotin bagi mendapatkan perisa yang lebih 'kick' daripada biasa.

"Kebiasaannya dalam flavour yang dijual, hanya enam ml saja nikotin di dalamnya, namun ada kawan saya yang mencampurkan lebih 20 ml dalam setiap botol 30 ml," katanya.

Dia yang mula belajar menghasilkan cecair perisa sejak bulan lalu hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan dijual.

Berita Harian X