Selasa, 25 Ogos 2015 | 12:05am
PEROKOK tegar kini bertukar kepada rokok elektronik vapor ketika tinjauan di sekitar Perai, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
PEROKOK tegar kini bertukar kepada rokok elektronik vapor ketika tinjauan di sekitar Perai, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
VAPOR mula mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Malaysia. - Foto Fathil Asri.
VAPOR mula mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Malaysia. - Foto Fathil Asri.
PELANGGAN boleh mendapat pelbagai jenis perisa yang berharga antara RM20 dan RM50 - Foto Fathil Asri.
PELANGGAN boleh mendapat pelbagai jenis perisa yang berharga antara RM20 dan RM50 - Foto Fathil Asri.
HARGA vapor bermula daripada serendah RM200 hingga mencecah ribuan ringgit. - Foto Fathil Asri.
HARGA vapor bermula daripada serendah RM200 hingga mencecah ribuan ringgit. - Foto Fathil Asri.
PERISA vapor yang pelbagai dikatakan antara faktor yang menarik minat orang ramai menggunakan alat ini. - Foto Fathil Asri.
PERISA vapor yang pelbagai dikatakan antara faktor yang menarik minat orang ramai menggunakan alat ini. - Foto Fathil Asri.
RAMAI perokok beralih kepada vapor kerana beranggapan ia boleh membantu mereka berhenti merokok. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
RAMAI perokok beralih kepada vapor kerana beranggapan ia boleh membantu mereka berhenti merokok. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Rokok elektronik: Cecair berperisa diadun tanpa kawalan undang risiko


KEGILAAN generasi muda menghisap rokok elektronik atau vapor pada masa ini menjurus kepada peningkatan permintaan terhadap cecair rokok berkenaan.

Jika dahulu cecair rokok vapor sekadar mengandungi nikotin dan sedikit perisa asas seperti vanila, ia kini diubahsuai bagi menghasilkan pelbagai perisa sejajar cita rasa masyarakat tempatan.

Cecair berperisa mangga, tembikai susu, sirap bandung dan pandan kini boleh diperoleh dengan mudah oleh penghisap rokok vapor di negara ini berikutan kemunculan ramai pengusaha baharu yang mengambil kesempatan mengadun dan memasarkan cecair rokok berkenaan.

PENJUAL perisa vapor menujukkan cara memasukkan cecair ke dalam vapor. - Foto Amir Irsyad Omar
PENJUAL perisa vapor menujukkan cara memasukkan cecair ke dalam vapor. - Foto Amir Irsyad Omar

Namun, timbul persoalan sama ada kandungan cecair rokok itu benar-benar bebas daripada sebarang risiko kesihatan kerana kaedah penyediaannya tidak dinyatakan atau mengikut piawaian industri.

Sehingga kini, tiada penetapan dibuat pihak berkuasa mengenai garis panduan penyediaan cecair rokok terbabit, sekali gus mengundang kerisauan kemungkinan penyediaannya oleh pelbagai pengusaha melanggar dos ditetapkan terutama kandungan nikotin.

Jika diteliti penjualan cecair rokok vapor dengan pelbagai perisa antara RM30 hingga RM40 di kebanyakan gerai dan pasar malam ketika ini, memang jelas tidak diperincikan langsung bahan adunan melainkan sekadar menyatakan jenis perisa.

Biarpun ada yang melabelkan kandungan nikotin antara sifar miligram (mg) hingga 24 mg, tidak dapat dipastikan apakah benar tahap nikotin yang dinyatakan.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mendapati ada cecair rokok vapor yang dilabelkan sebagai 0 mg nikotin didapati mengandungi nikotin, sekali gus menunjukkan penyediaan cecair rokok vapor ketika ini tidak dikawal pihak berkuasa.

PENIAGA menunjukkan vapor dan pelbagai perisa yang dijual di kedainya. -Foto Fathil Asri.
PENIAGA menunjukkan vapor dan pelbagai perisa yang dijual di kedainya. -Foto Fathil Asri.

Ia berbeza berbanding penyediaan rokok biasa yang dikawal paras nikotin oleh kerajaan menerusi undang-undang berkaitan tembakau iaitu Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang perlu dipatuhi syarikat pengeluar berdaftar.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan berhubung keselamatan cecair rokok vapor yang dihasilkan, lebih-lebih lagi ada laporan yang menyatakan sudah ada pihak yang mengeluarkan cecair rokok mengandungi bahan terlarang dan dadah seperti ganja.

Tinjauan BH PLUS di pasar larut malam di sekitar Setapak, Cheras dan Seri Kembangan mendapati, penjualan cecair rokok vapor begitu laris biarpun Kementerian Kesihatan menasihatkan penggunaannya dihentikan sementara.

Apabila diajukan soalan berhubung pengeluar cecair rokok vapor itu, penjual memberikan jawapan yang pelbagai. Apa yang jelas, pengeluarnya tidak memperoleh sebarang lesen daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan.

"Kalau pandai boleh buat sendiri dan jual, sebab barang (bahan mentah) boleh dibeli dalam talian," kata seorang peniaga.

CARA penghasilan cecair vapor turut dikongsi di media sosial seperti Youtube. - Foto BHOnline
CARA penghasilan cecair vapor turut dikongsi di media sosial seperti Youtube. - Foto BHOnline

Lebih hebat lagi apabila teknik pembuatan cecair rokok vapor ini turut dikongsi di media sosial seperti YouTube, yang boleh diikuti orang ramai.

Persoalannya, apakah cecair rokok vapor ini benar-benar selamat? Jawapannya masih samar Kementerian Kesihatan hanya akan mengumumkannya dalam tempoh dua bulan lagi.

Biarpun belum ada risiko jelas mengenai penggunaan cecair rokok vapor ini, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin, merumuskan tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok vapor mendedahkan penggunanya kepada penyakit maut seperti kanser.

Beliau berkata, sifat wap nikotin yang dihasilkan rokok vapor itu adalah sama dengan asid nitrik, iaitu bahan pemangkin kepada kanser dalam tubuh manusia.

PERISA vapor mudah untuk diperoleh di pasaran, malah boleh menghasilkannya sendiri. - Foto Fathil Asri.
PERISA vapor mudah untuk diperoleh di pasaran, malah boleh menghasilkannya sendiri. - Foto Fathil Asri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam ulasan mengenai penggunaan rokok vapor menyatakan, biarpun belum dapat dipastikan implikasi penggunaannya terhadap kesihatan manusia, nikotin dalam cecair itu boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular.

Analisis oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat mendapati adalah sukar untuk menentukan jenis atau kepekatan bahan kimia, termasuk nikotin dalam cecair rokok vapor kerana ia diadun oleh banyak pengeluar. Bagaimanapun mengesahkan bahan kimia, termasuk nikotin yang terdapat dalam cecair rokok vapor boleh menjejaskan kesihatan serta merangsang ketagihan.

Dalam analisis itu juga, FDA menolak pandangan kononnya penggunaan rokok vapor adalah kaedah baharu yang boleh dimanfaatkan perokok untuk berhenti merokok kerana usaha itu perlu dilakukan menerusi proses yang ditetapkan pengamal kesihatan atau doktor.

Perniagaan cecair rokok vapor mampu menjana keuntungan ribuan ringgit sehingga mendorong banyak pihak untuk menyertai perniagaan itu. Ikuti kisah lanjut, esok.

Berita Harian X