Isnin, 3 Ogos 2015 | 12:04am
SESI fotografi Finalis Dewi Remaja 2014/2015. - Foto Aziah Azmee
SESI fotografi Finalis Dewi Remaja 2014/2015. - Foto Aziah Azmee

Mawar jadi mangsa individu tidak bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: Pendatang baharu, Mawar Rashid tidak pernah lekang dengan gosip ataupun kontroversi biarpun baru saja memulakan langkah dalam persada seni tempatan.

Gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengundang pelbagai reaksi apabila kontroversi berikutan tidak tahu mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika terbabit dengan pertandingan program Dewi Remaja 2014/2015 baru-baru ini.

Baru-baru ini, nama Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20, kembali menjadi bualan hangat apabila foto berpelukan dengan kekasihnya di atas katil telah dimuat naik ke internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

SELEBRITI, Mawar Rashid. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SELEBRITI, Mawar Rashid. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Memang saya akui sering terpalit dengan pelbagai kontroversi biarpun masih baru dalam bidang seni. Saya masih baru lagi dan sama sekali tidak menyangka ada perkara diperbesarkan oleh sesetengah pihak.

"Berhubung kontroversi terbaharu yang mendakwa saya bergambar bersama kekasih di atas katil itu adalah tidak benar sama sekali. Gambar itu sebenarnya diambil semasa saya dan kekasih duduk di atas sofa dan bukannya katil.

"Saya mohon maaf seandainya gambar itu dianggap tidak senonoh dan sebagainya. Maafkan tindak tanduk saya sebagai seorang pendatang baru," kata Mawar kepada BH PLUS.

Sementara itu, Mawar memberitahu, gosip itu membuatkannya kini lebih berhati-hati dalam percakapannya selain mengambil tahu dan mempelajari lebih banyak pengetahuan am.

WAN Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama Mawar Rashid. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
WAN Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama Mawar Rashid. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Tidak dinafikan ada pihak yang mengambil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun, saya enggan menuding jari kepada mereka.

"Ia adalah salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni. Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu itu.

"Saya sendiri tidak menyangka akan dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Malah, tidak semua gosip yang timbul mengenai saya itu adalah benar. Mungkin pada ketika itu saya masih muda dan kurang peka dengan sensitiviti keadaan sekeliling," kata Mawar merendah diri.

Menurut Mawar, dia mengambil pendekatan untuk lebih berjaga-jaga dengan tingkah laku dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar kurang manis untuk tatapan masyarakat.

Sementara itu, Mawar turut memandang tinggi dua orang selebriti tempatan iaitu Nora Danish dan Emma Maembong yang dianggap mempunyai aura tersendiri untuk terus kekal relevan dalam bidang seni.

Pada final Dewi Remaja 2014/2015 yang berlangsung pada 24 Mei lalu, Mawar berjaya memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat. Raysha Rizrose pula diumumkan pemenang utama Dewi Remaja.

PEMENANG Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose (tengah), bersama naib juara, Syamin Farid (dua, kiri), pemenang tempat ketiga, Balqish Maarif (dua, kanan), Deeba Halil (kanan) dan Mawar Rashid (kiri) ketika diperkenalkan pada majlis kemuncak pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PEMENANG Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose (tengah), bersama naib juara, Syamin Farid (dua, kiri), pemenang tempat ketiga, Balqish Maarif (dua, kanan), Deeba Halil (kanan) dan Mawar Rashid (kiri) ketika diperkenalkan pada majlis kemuncak pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Berita Harian X