Sabtu, 27 Jun 2015 | 12:01am
 SUASANA Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
SUASANA Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
CEF menyediakan menu pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
CEF menyediakan menu pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
ANTARA menu yang hidangkan pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
ANTARA menu yang hidangkan pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
PELBAGAI juadah tersedia pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. NSTP/Adi Safri
PELBAGAI juadah tersedia pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. NSTP/Adi Safri
CEF menyediakan juadah berbuka puasa di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
CEF menyediakan juadah berbuka puasa di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
KEBAB antara menu di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
KEBAB antara menu di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

Berbuka sambil bersantai di kelab golf

TRADISI berbuka puasa di hotel atau restoran seakan-akan menjadi kelaziman buat mereka yang 'berperang' dengan waktu, lebih-lebih lagi mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila pulang ke rumah, selain mencari keselesaan untuk menikmati hidangan kegemaran.

Mungkin sesekali apabila anda ada kemampuan untuk berbelanja lebih bagi meraikan anggota keluarga, apa kata bawa mereka menikmati juadah berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) iaitu kelab golf 27 lubang dan pusat rekreasi terbesar di Asia Tenggara!

 CEF Eksekutif, Mohamad Zaini Johari (dua dari kanan) bersama rakan cef menunjukkan menu pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
CEF Eksekutif, Mohamad Zaini Johari (dua dari kanan) bersama rakan cef menunjukkan menu pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

Ini kerana setiap kali menjelang Ramadan, TGCR memberi peluang kepada orang luar menikmati pemandangan hijau kelab golf dan persekitarannya yang mendamaikan.

Pada hari biasa, hanya ahli kelab saja dibenarkan memasuki premis berkenaan. Justeru, sepanjang Ramadan, TGCR bukan lagi kawasan larangan.

Disebabkan sambutan luar biasa, promosi bufet berbuka puasa kali ini mengekalkan tema sama iaitu Santapan 29 Malam. Menyajikan lebih 300 jenis hidangan merangkumi masakan Melayu, Cina dan India, khidmat buggy turut disediakan untuk membawa tetamu daripada kawasan meletak kenderaan percuma ke rumah kelab, selain surau yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung.

KUALITI hidangan diutamakan di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
KUALITI hidangan diutamakan di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

Pengurus Makanan & Minuman (F&B), Abdul Razak Mohd Omar, berkata promosi bufet Santapan 29 Malam masih mengekalkan konsep gerai seperti tahun sebelumnya.

Sebanyak 34 gerai disediakan iaitu jumlah terbanyak setakat ini.

"Bagi menambat hati pengunjung setia dan tetamu, kami memperkenalkan menu baharu iaitu nasi kebuli kambing nusantara, ayam panggang berbumbu Bali, ikan cuka acar rampai dan brestagi udang Aidil Fitri yang disediakan oleh Cef eksekutif, Mohamad Zaini Johari dan barisan chef kami yang sangat berpengalaman," katanya.

KAMBING bakar antara menu utama pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
KAMBING bakar antara menu utama pada Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

Abdul Razak berkata, menerusi konsep gerai pengunjung akan berasakan diri mereka seolah-olah berada di pasar malam, sedang membeli juadah berbuka puasa, tapi dalam suasana yang selesa, jauh daripada kesesakan lalu lintas.

Yang pasti, juadah berbuka puasa yang dijual di pasar malam, khususnya makanan selera kampung, ada di TGCR.

"Hidangan seperti daging, ayam dan udang yang dipanggang atau barbeku, sup gear box dan roti nan ayam tandori, saban tahun menjadi pilihan utama pengunjung. Seperkara lagi, konsep gerai yang kami perkenalkan, sangat istimewa kerana ia mampu merangsang lima deria manusia.

PERSEMBAHAN menu Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
PERSEMBAHAN menu Ramadan Buffet Review di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

"Daripada bau, mata mencari dan telinga mendengar di mana hidangan itu boleh diperoleh. Makanan pula diambil sendiri, kita sentuh dan akhirnya merasai keenakannya.

"Lebih menarik, kami mempunyai pengunjung setia setiap kali Ramadan. Ada yang sanggup datang semata-mata untuk menikmati makanan kegemaran mereka seperti bubur lambuk gulai kawah dan sup kambing gear box saja!

"Ia seolah-olah menjadi makanan tradisi di sini. Sambil menikmati hidangan, tetamu dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada band residen, PJ Colours," kata Razak.

GULAI kawah disediakan di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri
GULAI kawah disediakan di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Adi Safri

Paling istimewa, keterujaan menikmati hidangan di setiap gerai pasti memenuhi cita rasa setiap tetamu. Pengunjung sanggup beratur panjang untuk menikmati apam balik yang segar dan panas, selain char kuey teow goreng kerang. Lazimnya jika kita nampak orang sanggup berbaris, sudah pasti makanan di situ sedap dan harus cuba!

The Palm Coffee House terletak di Club House, Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 03 7804 8888 atau talian bebas tol 1 800 88 8128

Berita Harian X