Khamis, 25 Jun 2015 | 12:01am
ORANG ramai berjalan pada musim panas di New York. Bulan Mei adalah paling panas dalam sejarah moden apabila suhu global meningkat. - Foto AFP
ORANG ramai berjalan pada musim panas di New York. Bulan Mei adalah paling panas dalam sejarah moden apabila suhu global meningkat. - Foto AFP

Perubahan cuaca ancam dunia

PENDUDUK Pakistan membantu mangsa pitam di kawasan pasar ketika panas terik di Karachi.- Foto AFP
PENDUDUK Pakistan membantu mangsa pitam di kawasan pasar ketika panas terik di Karachi.- Foto AFP

KETIKA India sengsara mengharungi gelombang panas melampau yang sudah meragut lebih 2,300 nyawa setakat ini - meletakkan ia kelima paling buruk dalam sejarah dunia - rakyat Australia pula berdepan cuaca yang digambarkan penduduk sebagai 'amat beku.'

Dua negara di dua benua berbeza mengalami keadaan berlainan sama sekali tetapi menjurus punca yang sama iaitu perubahan cuaca.

Jika angka kematian di India mencecah lebih 2,541, ia melonjak ke tangga keempat gelombang panas paling buruk di dunia dan paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

PENDUDUK Pakistan menyejukkan diri pada cuaca panas terik di Karachi, Pakistan.- Foto EPA
PENDUDUK Pakistan menyejukkan diri pada cuaca panas terik di Karachi, Pakistan.- Foto EPA

Di India, suhu meningkat kepada 45.3 darjah Celsius dan musim hujan yang amat diperlukan gagal menjadi kenyataan.

Malah, Menteri Sains Bumi India, Harsh Vardhan, berterus-terang mengenai apa yang dianggapnya sebagai punca.

"Jangan terus memperbodohkan diri dengan menganggap tiada kaitan antara bilangan kematian luar biasa dengan gelombang panas berterusan dan musim hujan yang tidak tiba. Ini bukan musim panas luar biasa, ia adalah perubahan cuaca," katanya.

Di Australia, frasa 'amat beku' selalunya disusuli dengan kenyataan cukup nyata: "Salji di mana-mana." Gunung Buller dilitupi salji setebal lapan sentimeter. Salji juga turun di New South Wales, Tasmania dan Canberra.

Penduduk Sydney terpaksa berdepan dengan suhu serendah enam darjah Celsius pada waktu pagi, paling sejuk sejak tahun 1987.

Adelaide juga mengharungi waktu pagi amat dingin dengan suhu serendah tiga darjah Celsius, suhu yang tidak pernah melanda bandar raya itu sejak tahun 1986.

Lebih membimbangkan lagi apabila saintis mendapati ais di lautan Artik yang memerlukan beberapa tahun untuk membesar sehingga setebal tiga meter, kini hanya memerlukan tempoh setahun untuk mencapai ketebalan itu, menyebabkan ia lebih mudah mencair pada musim panas.

Di Artik, suhu meningkat dua kali ganda daripada kadar di seluruh dunia dan dijangka meningkat lagi sebanyak lapan darjah Celcius menjelang akhir abad ini.

SEORANG lelaki tidur di atas bangku di taman pada musim panas di New York. - Foto AFP
SEORANG lelaki tidur di atas bangku di taman pada musim panas di New York. - Foto AFP

Atmosfera panas bersama aliran cuaca melampau itu menyebabkan ais mencair pada kadar membimbangkan iaitu 12 peratus dalam tempoh sedekad, yang mungkin menyebabkan tiada lagi bongkah ais di Artik menjelang tahun 2030.

INFO

  • Kepanasan global bermaksud kenaikan suhu permukaan purata bumi disebabkan gas rumah hijau yang terkumpul dalam atmosfera dan memerangkap sinar matahari menyebabkan planet semakin panas.
  • Gas rumah hijau memastikan kepanasan hampir dengan permukaan bumi menjadikan ia sesuai untuk manusia dan haiwan. Bagaimanapun, kepanasan global semakin menjadi-jadi berikutan pelepasan melampau gas dan bahan bakar fosil.
  • Dengan permulaan era industri pada tahun 1700, manusia mula membebaskan lebih banyak bahan bakar fosil daripada arang, minyak dan gas untuk menghidupkan kereta, trak dan kilang.
  • Lebih banyak karbon dioksida dalam atmosfera hari ini berbanding 800,000 tahun lalu.
  • Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mempunyai kuasa dan tanggungjawab mengurangkan pencemaran daripada loji kuasa elektrik menurut Akta Udara Bersih.
  • Sejak tahun 1870, paras laut global bertambah kira-kira 20 sentimeter.
  • Kepanasan global sudah memberi kesan kepada alam sekitar dengan bongkah ais semakin mengecil, ais di sungai dan tasik mencair lebih cepat dan pokok berbunga lebih awal.
  • Gelombang panas yang disebabkan kepanasan global memberi risiko kepada penyakit dan kematian berkaitan cuaca, lazimnya dalam kalangan penghidap diabetes yang sudah tua atau masih terlalu muda.
Berita Harian X