Isnin, 15 Jun 2015 | 12:12am
ANTARA babak drama Andai Bumi Tulip Takdirku
ANTARA babak drama Andai Bumi Tulip Takdirku
DRAMA Andai Bumi Tulip Takdirku lakonan Faye Kusairi dan Syazwan Zulkifly.
DRAMA Andai Bumi Tulip Takdirku lakonan Faye Kusairi dan Syazwan Zulkifly.
 BABAK drama Andai Bumi Tulip Takdirku lakonan Faye Kusairi.
BABAK drama Andai Bumi Tulip Takdirku lakonan Faye Kusairi.

Syazwan, Faye perjelas kejadian 'naik hantu'


CERITERA cinta yang mengaitkan dua pasangan pelakon, Faye Kusairi dan Syazwan Zulkifly ini sebenarnya sudah lama kedengaran.

Difahamkan kedua-duanya terjebak dalam cinta lokasi atau singkatannya cinlok. Tetapi hingga saat ini, belum ada kepastian sahih yang keluar dari mulut kedua-duanya.

CERITA cinta Syazwan Zulkifli dan Faye Kusairi mula kedengaran. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
CERITA cinta Syazwan Zulkifli dan Faye Kusairi mula kedengaran. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Barangkali mereka memilih jalan selamat untuk merahsiakan percintaan yang berputik. Cuma baru-baru ini kedengaran pula yang kedua-duanya sudah lagi tidak bersama. Tetapi mana mungkin boleh wujud istilah sudah putus cinta kalau sedari awal tiada pengesahan yang mereka bercinta. Ironinya memang berbunyi klise tetapi situasi ini bukan perkara pelik kerana ia benar-benar terjadi dalam kalangan anak seni.

Lalu, bagi mendapatkan kepastian sama ada benarkah mereka sedang hangat bercinta, BH Plus menghubungi mereka semalam untuk bertanya lanjut mengenai perihal berkenaan termasuk mendapat maklum balas mengenai cerita yang diterbitkan di sisipan B*Pop bertajuk 'Syazwan, Faye bergaduh di Amsterdam?' juga keluaran semalam.

SYAZWAN Zulkifli menafikan pergaduhan di antara dirinya dan Faye Kusairi. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
SYAZWAN Zulkifli menafikan pergaduhan di antara dirinya dan Faye Kusairi. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Menerusi artikel terbabit, ada yang ternampak 'babak pergaduhan' antara Faye dan Syazwan ketika menjalani penggambaran drama Andai Bumi Tulip Takdirku yang kini sedang bersiaran di TV AlHijrah sekitar April lalu di Amsterdam. Ia turut dibintangi Keith Foo dan Wawa Zainal selaku teraju utama. Situasinya, Syazwan dilihat mengamuk memarahi Faye, sambil menunjuk-nunjuk jari ke muka pelakon wanita itu.

Sangkakan 'babak' berkenaan sebahagian daripada latihan yang dilakukan sebelum penggambaran sebenar diadakan. Tetapi 'babak' yang dimaksudkan disifatkan bukan latihan tetapi pergaduhan. Syazwan dilihat seperti 'naik hantu' dan suaranya semakin tinggi. Faye pula dikatakan sugul dan malu dengan perbuatan Syazwan itu.

FAYE Kusairi akui cukup rapat dengan Syazwan Zulkifli. - Foto Munira Abdul Ghani
FAYE Kusairi akui cukup rapat dengan Syazwan Zulkifli. - Foto Munira Abdul Ghani

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan wujud pergaduhan seperti yang digambarkan di sisipan B*Pop. Ikuti penjelasan mereka.

"Mana ada bergaduh. Mungkin apa yang dilihat sumber penulis itu hanya ketika kami sedang berlatih," kata Faye kepada BH Plus.

Syazwan pula menjelaskan hal yang sama. Ironinya sebelum ini beberapa siri kontroversi pernah menerjah kerjaya seninya termasuk dituduh tidak berdisiplin.

"Memang tak wujud apa yang digambarkan itu. Nampaknya tak habis-habis lagi orang memperkatakan mengenai saya. Saya ingat sudah habis rupa-rupanya ada lagi," kata Syazwan.

SYAZWAN Zulkifli. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
SYAZWAN Zulkifli. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan kalian bercinta?

Bagi Faye, dia dan Syazwan memang cukup rapat cuma belum ke tahap bercinta.

"Kalau ada yang mengkelaskan hubungan kami seperti teman tapi mesra itu, saya tak kisah. Tapi kemesraan dan keakraban itu belum sampai ke tahap yang lebih serius. Saya mula kenal dan rapat dengan dia (Syazwan) sejak awal tahun lalu lagi ketika kami sama-sama membintangi drama Aku Isterinya lakonan Anzalna dan Izzue Islam untuk slot Akasia TV3. Jadi kami rapat sebelum drama Istikharah Cinta lagi.

"Ada masa kami selalu berjumpa dan kebiasaannya kami selalu berjumpa di set penggambaran. Kalau saya tak ada penggambaran, sesekali saya lawat dia di lokasi penggambaran drama lakonannya," katanya.

FAYE Kusairi atau nama sebenar, Dayangku Faratiwan Adnil Awg Kusairi. - Foto Munira Abdul Ghani
FAYE Kusairi atau nama sebenar, Dayangku Faratiwan Adnil Awg Kusairi. - Foto Munira Abdul Ghani

Mengenali Syazwan, Faye melihat lelaki itu sebagai seorang yang senang didekati.

"Dia mempunyai personaliti tersendiri. Dia pun sebenarnya ada sisi humor. Saya jenis wanita yang tak pentingkan rupa. Ada itu bonus dan paling utama personalitinya yang akan buat saya selesa," kata Faye.

Syazwan juga hanya mengkelaskan hubungannya dengan Faye tak lebih daripada sekadar kawan seperjuangan yang menyemarakkan persada seni.

"Memang tak ada apa-apa antara kami," katanya ringkas.

Sementara itu, mengenai sisi kerjaya seni, Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi mula melonjak populariti selepas memegang watak Dina dalam drama Istikharah Cinta di samping Zul Ariffin, Nonny Nadirah dan Syazwan Zulkfly.

Ketika ini, drama lakonannya, Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production sedang rancak disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam di TV3 menerusi slot Dahlia.

"Tak lama lagi drama lakonan saya akan muncul di RTM pula iaitu Merah Gaun Pengantin. Ketika ini memang saya berehat seketika daripada berlakon. Insya-Allah kalau tiada aral, hujung bulan ini saya akan kembali ke set penggambaran," katanya yang sudah 2 tahun berkecimpung di arena seni.

Ketika membintangi drama Istikharah Cinta, Faye tidak menafikan dia turut menerima tempias populariti Zul Ariffin yang semakin menjadi kegilaan ramai. Tuah umpama berpihak kepada Faye, hingga namanya juga tiba-tiba menjadi sebutan sekelip mata. Populariti diraih Faye seperti Ayda Jebat ketika membintangi drama Rindu Awak 200% juga bergandingan di sisi Zul Ariffin.

"Sebagai artis baharu saya perlu menumpang populariti artis senior. Lebih-lebih lagi, ketika ini Zul memang namanya cukup popular selepas beberapa dramanya menjadi bualan ramai. Ia rezeki saya dan semuanya bagai kebetulan. Selain itu, jalan cerita yang kuat dan pembabitan ramai pelakon berbakat dalam drama ini membuatkan Istikharah Cinta mendapat perhatian ramai.

"Tetapi pada masa sama, saya juga tidak boleh bersikap sambil lewa terhadap kerja lakonan. Kualiti lakonan perlu saya jaga dan kukuhkan. Saya memang jenis yang akan serius apabila bekerja tetapi ketika di lokasi penggambaran dan di belakang kamera, saya juga sering mengusik dan berbicara sesama pelakon dan krew untuk mencipta keselesaan. Saya percaya keselesaan itu perlu wujud di mana-mana kita bekerja," katanya.

Info Faye Kusairi

- Nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi

- Kelahiran Miri, Sarawak

- Sudah dua tahun berlakon

- Melonjak menerusi drama Istikharah Cinta

Berita Harian X