Isnin, 1 Jun 2015 | 12:07am
PAGAR yang rosak masih belum dibaiki. - Foto Amran Hamid
PAGAR yang rosak masih belum dibaiki. - Foto Amran Hamid
KERJA pembaikan pagar tidak dilakukan dengan sempurna. - Foto Amran Hamid
KERJA pembaikan pagar tidak dilakukan dengan sempurna. - Foto Amran Hamid
ANTARA laluan digunakan PATI berdekatan dengan Ladang Rakyat di Bukit Kayu Hitam. - Foto Amran Hamid
ANTARA laluan digunakan PATI berdekatan dengan Ladang Rakyat di Bukit Kayu Hitam. - Foto Amran Hamid
LUBANG pada pagar sekitar lorong tikus menunjukkan aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI masih berterusan. - Foto Amran Hamid
LUBANG pada pagar sekitar lorong tikus menunjukkan aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI masih berterusan. - Foto Amran Hamid
PAGAR yang rosak ini menunjukkan aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI masih berlaku. - Foto Amran Hamid
PAGAR yang rosak ini menunjukkan aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI masih berlaku. - Foto Amran Hamid
KENDERAAN dengan nombor pendaftaran Thailand yang dibenarkan melalui laluan kenderaan tentera di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam. - Foto Amran Hamid
KENDERAAN dengan nombor pendaftaran Thailand yang dibenarkan melalui laluan kenderaan tentera di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam. - Foto Amran Hamid

Lubang sama terus dibolosi


BUKIT KAYU HITAM: Lubang di pagar dan tangga di tembok sekitar lorong tikus masih kekal seperti dulu dan dikatakan tetap aktif digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bolos ke negara ini.

Tinjauan wartawan BH di beberapa lokasi yang pernah didedahkan akhbar ini sebelum ini menunjukkan lubang yang digunakan PATI untuk memasuki lorong tikus di sekitar kompleks bebas cukai semakin besar dan ada lubang baharu pula dikesan.

TEMBOK sempadan yang dibina agak rendah dan mudah dipanjat. - Foto Amran Hamid
TEMBOK sempadan yang dibina agak rendah dan mudah dipanjat. - Foto Amran Hamid

Malah, tembok berhampiran rumah kuarters kakitangan kompleks itu yang sudah tidak digunakan juga kekal dengan keadaan sebelum ini yang mana ada tangga kayu diletakkan untuk memudahkan PATI memanjat dan lubang di pagar di situ kelihatan masih digunakan.

Lebih mencurigakan, lorong tikus itu terus ke kuarters yang sudah tidak digunakan, sekali gus membolehkan PATI berehat dan menumpang teduh buat sementara waktu sebelum diambil tekong darat untuk dibawa ke rumah transit lain di sekitar Changlun.

Seorang bekas pekerja kompleks yang enggan dikenali tetapi berada setiap hari di kawasan letak kereta di situ, berkata aktiviti membawa masuk PATI masih dilihat berlaku beberapa hari lalu meskipun dikatakan kawalan sempadan sudah diperkuatkan sejak beberapa kes dikesan, baru-baru ini.

"Selalu saya nampak terutama bermula tengah hari sampai ke malam, ada beberapa kenderaan Thailand menurunkan penumpang warga Myanmar, Bangladesh dan Thailand di tepi pagar ini. Tidak lama selepas itu, ada budak Melayu dalam usia 25 tahun akan ambil mereka dan bawa masuk hutan ikut lubang itu," katanya sambil menunjukkan lubang berhampiran kompleks bebas cukai.

Wartawan berjaya menemui empat lubang besar di sekitar kompleks itu dan semuanya menuju masuk ke hutan di sebelah kompleks berkenaan. 

PAGAR yang rosak tidak dibaiki dan terus menjadi laluan kemasukan PATI. - Foto AmranHamid
PAGAR yang rosak tidak dibaiki dan terus menjadi laluan kemasukan PATI. - Foto AmranHamid

Tinjauan seterusnya di sekitar Ladang Rakyat yang sebelum ini menjadi lokasi popular PATI keluar dari lorong tikus sebelum diambil tekong darat pula menunjukkan kebanyakan lubang sudah diperbaiki tetapi ia sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Kebanyakan lubang itu hanya diikat dengan sisa pagar sama dan boleh dibuka dalam masa singkat. Malah, ada pagar yang boleh diangkat bagi melepaskan PATI. Proses baik pulih pagar itu langsung tidak serius dan mustahil dapat menghalang kemasukan PATI.

Akhbar ini bulan lalu mendedahkan kewujudan lorong tikus berhampiran kompleks bebas cukai yang dikatakan dibolosi lebih 100 PATI setiap hari dalam masa tidak sampai 40 minit. Wartawan BH sendiri pernah mencuba melalui lorong itu dan memanjat tembok sama.

Namun, sebulan selepas laporan disiarkan dan mendapat perhatian banyak pihak, ia masih kekal begitu dan tidak diperbaiki secara serius.

Berita Harian X