Isnin, 11 Mei 2015 | 12:06am
ANGGOTA bertugas USS Carl Vinson memberi penjelasan kepada pelawat. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
ANGGOTA bertugas USS Carl Vinson memberi penjelasan kepada pelawat. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
SEBUAH pesawat pejuang ketika hendak berlepas dari USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
SEBUAH pesawat pejuang ketika hendak berlepas dari USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Aksi Top Gun di Laut China Selatan


TERTELAN muntah sendiri! Buat pertama kali dalam hidup, daya tahan penulis teruji sejurus cangkuk pesawat pengangkut GreyHound C-2A, 'menangkap' kabel landasan kapal pengangkut, USS Carl Vinson (CVN 70) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

KEADAAN di dalam pesawat pengangkut GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
KEADAAN di dalam pesawat pengangkut GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Kesan yang membuatkan hampir seluruh badan tiba-tiba kebas dan sejuk itu, dialami apabila pesawat terbabit berhenti secara mendadak daripada kelajuan 169 kilometer sejam dalam tempoh dua saat.

Situasi yang sebelum ini hanya ditonton menerusi kaca televisyen, akhirnya dirasai sendiri penulis apabila berpeluang menjejakkan kaki di atas geladak kapal pengangkut dengan isyarat panggil 'Gold Eagle' ketika ia belayar di Laut China Selatan, kira-kira 120 kilometer di luar perairan Kuantan, kelmarin.

ANGGOTA bertugas di USS Carl Vinson - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
ANGGOTA bertugas di USS Carl Vinson - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Pendaratan GreyHound selepas sejam penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu, amat berbeza berbanding pesawat komersial, malah mengerikan bagi mereka yang pertama kali mengharunginya seperti penulis.

Mana tidaknya, dua cucuk sate dan secawan kopi yang dijamah penulis sebelum melangkah keluar dari rumah, hampir terkeluar dari mulut, namun tertelan kembali kerana seluruh anggota badan melekat pada tempat duduk mengadap ekor pesawat C-2A.

SEBUAH pesawat pejuang ketika hendak berlepas dari USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
SEBUAH pesawat pejuang ketika hendak berlepas dari USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Bagai 'roller coaster'

Lebih mengejutkan penulis, apabila melihat dua kru pesawat terbabit yang berada di hadapan melambai tangan sambil menjerit 'hai!' ketika proses pendaratan itu, seolah-olah mereka sedang bergembira menaiki 'roller coaster'.

Didorong oleh perasaan ingin tahu, penulis mendekati kru berkenaan ketika kami melangkah keluar dari pesawat terbabit bagi mengetahui alasan mereka membuat aksi demikian.

PESAWAT pengangkut GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
PESAWAT pengangkut GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

"Oh! Itulah adat Navy (tentera laut), selain boleh mengatasi ketakutan ketika waktu kecemasan dan meningkatkan keberanian kami sepanjang operasi penerbangan," jawab kru tinggi lampai yang mengenakan pakaian 'jump suit' serba hijau itu.

Ketibaan wakil media dan beberapa delegasi daripada Kementerian Pertahanan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di geladak USS Carl Vinson yang saiznya kira-kira dua padang bola sepak dimulai dengan eksesais operasi mencari dan menyelamat (SAR).

ANTARA pesawat di landasan kapal pengangkut, USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
ANTARA pesawat di landasan kapal pengangkut, USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Kapal bergegar

Paling mencuri tumpuan ialah aksi lincah pesawat tempur pelbagai guna, F/A-18E Super Hornet berharga AS$80.7 juta (RM290 juta) dan helikopter MH-60S Sea Hawk, ketika membedil sasaran di permukaan air yang ditanda dengan bom asap, kira-kira 200 meter dari pelantar USS Carl Vinson.

Menutup tirai acara sambutan adalah aksi 'fly by', iaitu lintasan udara dalam jarak sekitar 50 meter dari menara kawalan dan geladak yang dipamerkan F/A-18C Hornet sehingga menggegarkan segenap penjuru kapal.

PESAWAT pengangkut GreyHound C-2A selamat mendapat di USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
PESAWAT pengangkut GreyHound C-2A selamat mendapat di USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Pegawai Pemerintah USS Carl Vinson, Kapten Karl O Thomas, kemudian mengiringi delegasi ke kamar eksekutif untuk jamuan ringan dan sesi penerangan lanjut mengenai eksesais berikutnya.

Menaiki lebih enam tingkat tangga, dengan kedudukan hampir menegak, delegasi dibawa ke ruang legar menara kawalan untuk menyaksikan pelepasan sembilan jet pejuang dan pesawat E-2C Hawkeye yang dilengkapi sistem radar, bertindak sebagai pemerintah misi pengeboman.

KRU kapal pengangkut USS Carl Vinson menguruskan pesawat GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
KRU kapal pengangkut USS Carl Vinson menguruskan pesawat GreyHound C-2A. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Aksi filem Top Gun

Seakan-akan aksi dalam filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise pada tahun 1986, deretan pesawat mula mengambil tempat di zon pelepasan sambil dibantu lima marsyal, masing-masing mengenakan kod pakaian hijau dan merah.

Selepas Pemesong Tujahan Jet (JBD) dinaikkan menerusi sistem hidraulik kapal, juruterbang pesawat Hornet dari skuadron Stingers of Strike Fighter, VFA-94 tanpa berlengah meletuskan kedua-dua enjinnya sehingga memancarkan api merah kebiruan.

Sebaik pelancar menggunakan kuasa tekanan wap dijana secukupnya, juruterbang memberikan tabik hormat sebelum marsyal memberi isyarat menyentuh landasan, seraya mendepakan tangan ke depan tanda pesawat itu dibenarkan berlepas.

KEADAAN di atas landasan kapal pengangkut USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.
KEADAAN di atas landasan kapal pengangkut USS Carl Vinson. - Foto Luqman Arif Abdul Karim.

Thomas berkata, kelajuan yang dijana pelancar yang dilengkapi USS Carl Vinson mencapai 297 kilometer sejam atau 100 meter dalam tempoh tiga saat.

Kelajuan sama dirasai ketika Greyhound berlepas meninggalkan kapal pengangkut untuk menghantar delegasi disertai penulis kembali ke Subang. Peluang meninjau operasi kapal USS Carl Vinson kini tersemat dalam ingatan penulis sepanjang hayat.

Terbabit misi perangi IS

Kapal pengangkut USS Carl Vinson membantu mengendalikan lebih 2,000 misi pelbagai aset ketenteraan yang dilancarkan terhadap militan Negara Islam (IS), sepanjang tugasnya selama enam bulan di Iraq dan Syria sejak Oktober tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, pesawat tempur AS berlepas dari kapal berkenaan untuk melancarkan serangan udara terhadap kedudukan dan pangkalan militan terbabit.

Komander Carrier Air Wing 17 (CVW-17), Kapten Matt Leahey, berkata serangan yang dilancarkan berhasil melumpuhkan hampir keseluruhan operasi harian IS yang sebelum ini bebas bergerak di Iraq dan Syria.

"IS kini tidak lagi mempunyai pangkalan perang dan pusat logistik, selain beberapa daerah tawanan militan terbabit sebelum ini juga sudah bebas dari ancaman.

"Bagaimanapun, risikan mendapati IS mengubah strategi dan taktik operasi harian susulan serangan dilancarkan tentera AS," katanya.

Latihan tempur bersama TUDM

Menyentuh kehadiran USS Carl Vinson di Laut China Selatan ketika ini, Leahey berkata kapal berkenaan dalam pelayaran pulang ke San Diego, selepas selesai misi di Iraq dan Syria.

Katanya, peluang melewati perairan ini dimanfaatkan untuk melakukan latihan pertempuran udara bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam bagi memperkukuhkan kerjasama dan kualiti ketenteraan kedua-dua negara.

"Antara pesawat pejuang TUDM yang terbabit dalam latihan bersama di Laut China Selatan itu ialah MiG-29 dan Sukhoi Su-30MKM," katanya.

Berita Harian X