Sabtu, 9 Mei 2015 | 12:07am
HIDANGAN Ayam Kabsa paling digemari. - Foto Nik Hariff Hassan
HIDANGAN Ayam Kabsa paling digemari. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad menunjukkan ketulan ayam bagi masakan Nasi Mandy Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad menunjukkan ketulan ayam bagi masakan Nasi Mandy Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KUAH sup berempah adalah hidangan wajib bersama Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KUAH sup berempah adalah hidangan wajib bersama Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
HIDANGAN Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam di atas dulang. - Foto Nik Hariff Hassan
HIDANGAN Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam di atas dulang. - Foto Nik Hariff Hassan

Nasi arab ikut resepi sendiri

 

Kemunculan restoran makanan Arab hari ini seolah-olah sudah menjadi fenomena pula.

Restoran ini boleh ditemui hampir setiap ceruk di Lembah Klang, malahan seluruh negara.

Jadi, kita kena pandai mencari restoran dengan makanan yang betul-betul memenuhi selera, kepuasan dan harganya berpatutan.

Tidak semua restoran makanan Arab diusahakan oleh peniaga dari Asia Barat. Ada juga yang diusahakan oleh anak tempatan seperti Kamarudin Mohamad.

KAMARUDIN Mohamad di hadapan kedainya. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad di hadapan kedainya. - Foto Nik Hariff Hassan

Gara-gara gemar menikmati nasi mandy yang dihidang bersama ayam atau kambing, memberi inspirasi kepada Kamarudin melakukan 'penyelidikan dan pembangunan' (R&D) menghasilkan resepinya sendiri tanpa campuran perasa makanan tambahan.

Kamarudin, 52, mengidap penyakit gout, jadi, tidak boleh mengambil makanan mengandungi asid urik tinggi yang boleh menyebabkan sendi kakinya membengkak.

KAMARUDIN Mohamad menunjukkan Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad menunjukkan Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan

"Saya suka nasi mandy, namun, ayam dan kambingnya banyak campur perasa. Ayam mandy atau kambing kabsa, jika nak lagi sedap, orang Yaman, mencampurkan segala ramuan dengan perasa makanan tambahan.

"Saya pula ada gout. Tak boleh makan selalu. Akhirnya, resepi berkenaan saya ubah-suai. Selama enam bulan, saya melakukan R&D, masak ayam mandy atau kambing kabsa, tanpa bahan perasa tambahan!

HIDANGAN Nasi Mandy Beriyani Ayam begitu popular di kedai makan Wadi Daw'an di Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan
HIDANGAN Nasi Mandy Beriyani Ayam begitu popular di kedai makan Wadi Daw'an di Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan

"Rempah mandy saya buat sendiri, manakala rempah kabsa dibeli terus dari Arab Saudi. Jika di Yaman, mereka masak nasi mandy menggunakan cara tradisional, iaitu gali lubang. Mereka menggunakan sejenis alatan yang dinamakan Tanoor diperbuat daripada besi, tapi ia banyak mengeluarkan asap. Cara memasak seumpamanya, perlu diubah-suai apabila saya menggunakan periuk keluli tahan karat.

KAMARUDIN Mohamad menunjukkan tempat khas bagi memasak Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad menunjukkan tempat khas bagi memasak Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan

KAMARUDIN Mohamad menunjukkan 'tempayan' bagi memasak Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMARUDIN Mohamad menunjukkan 'tempayan' bagi memasak Nasi Mandy Kambing dan Ayam. - Foto Nik Hariff Hassan

"Kaedah ini lebih bersih dan menjimatkan. Saya masak nasi mandy bersama lauk, kira-kira sejam dan mempunyai kapasiti menghasilkan sehingga 300 bungkusan dalam satu-satu masa," katanya yang berasal dari Kampung Bukit Diman, Ajil, Ulu Terengganu, Terengganu.

Kamarudin memang tiada pengalaman dalam dunia masakan, namun disebabkan menggemari nasi mandy, beliau sanggup mengupah tukang masak dari Wadi Daw'an, Yaman iaitu Omar untuk tiga kali sesi pembelajaran.

Beliau mengambil kelas masakan iaitu pembelajaran teknik penyediaan masakan tradisional dari Yaman terutama nasi mandy, ayam mandy dan kambing kabsa.

Wadi Daw'an bermaksud lembah madu di negara Yaman. Dalam erti kata lain, madu terbaik dari Yaman, berasal dari Wadi Daw'an.

Kamarudin menamakan kedai makannya di Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur sebagai Wadi Daw'an Nasi Mandy Asli Yaman, kini sudah pun beroperasi hampir tiga tahun.

Katanya, nasi mandy perlu ada lima elemen iaitu manis (kubis putih dan ungu yang dibuat salad), lemak (nasi), masin (ayam atau daging), pedas dan masam (tomato bercampur cili segar).

PROMOSI hidangan Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam di atas dulang. - Foto Nik Hariff Hassan
PROMOSI hidangan Nasi Mandy Beriyani Kambing dan Ayam di atas dulang. - Foto Nik Hariff Hassan

"Saya amalkan surah Al-Maidah, ayat 114, antara lain terjemahannya bermaksud Nabi Isa a.s minta hidangan daripada langit. Saya amalkan setiap hari, Insha-Allah segala masakan yang saya buat, menjadi.

"Bukan saya saja boleh masak makanan Yaman ini, tapi pekerja saya pun berkebolehan apabila mereka turut mengamalkan surah yang sama. Sekiranya saya nak bercuti atau menunaikan umrah, tak timbul masalah," katanya.

Beliau juga menegaskan, matlamat utamanya ialah mempopularkan makanan Yaman terutama nasi mandy dalam kalangan orang Melayu dan dalam masa sama memberi penekanan kepada aspek kebersihan serta halal.

 

Info

Wadi Daw'an - Nasi Mandy Asli Yaman

- Alamat: No 1, Lorong Bukit Keramat 5, off Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur

(berdekatan Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, berhadapan kondominium Gurney Heights

- Website: www.wadidawan.blogspot.com

- Telefon: 013 383 9333 (Haji Kamarudin Mohamad)

- Waktu operasi: 10 pagi - 6 petang (tutup: Ahad)

Berita Harian X