Selasa, 14 April 2015 | 12:10am
PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza bersama Izara Aishah (kiri) pada majlis hari lahir Datuk Siti Nurhaliza yang ke-36 di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq
PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza bersama Izara Aishah (kiri) pada majlis hari lahir Datuk Siti Nurhaliza yang ke-36 di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq
IZARA Aishah dan Adib Khalid pada majlis hari lahir Datuk Siti Nurhaliza yang ke- 36 di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee
IZARA Aishah dan Adib Khalid pada majlis hari lahir Datuk Siti Nurhaliza yang ke- 36 di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee

Izara Aishah bakal jadi menantu Siti Nurhaliza?


KUALA LUMPUR: Melewati fasa bahagia bercinta, kisah peribadi membabitkan Izara Aishah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Adib Khalid semestinya dinantikan kesudahan yang diharap bernoktah penuh keindahan.

Cuma saat bertemu dengan pelakon yang bakal muncul dengan filem Pilot Cafe arahan Osman Ali bermula 30 April ini, Izara tidak mahu terlalu meletakkan harapan menggunung terhadap episod cintanya dengan anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza itu.

PELAKON, Izara Aishah dan pasangannya, Adib Khalid ketika melintasi karpet merah Anugerah Skrin 2014 di PWTC. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON, Izara Aishah dan pasangannya, Adib Khalid ketika melintasi karpet merah Anugerah Skrin 2014 di PWTC. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Malah saat diusik, dia bakal menjadi menantu kepada penyanyi berkenaan, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja seangkatan dengan Neelofa dan Anzalna itu hanya tersenyum manja.

"Baik saya mahupun Adib kami masih muda dan masih jauh lagi perjalanan untuk mengukur kebarangkalian penamat hubungan kami. Banyak benda yang perlu didahulukan termasuk kerjaya masing-masing.

PELAKON, Izara Aisyah hadir pada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON, Izara Aisyah hadir pada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Doa yang terbaik untuk kami

"Nak cakap panjang pun saya di sebelah pihak perempuan. Memang tak manis. Saya sendiri hanya mengikut aliran dalam hubungan. Tak mahu berharap sangat. Doa yang terbaik untuk kami. Insya-Allah," katanya yang ditemui BH PLUS kala menemani Adib menonton konsert unplugged Datuk Siti Nurhaliza di Panggung Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

Terlanjur menyebut nama Siti, Izara yang ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran filem Kau Yang Satu yang turut diarahkan Osman Ali sempat ditanya mengenai perihal penyanyi Seluruh Cinta itu daripada sudut pandangannya.

"Sebelum ini saya hanya mengenalinya sebagai seorang peminat, dari kejauhan. Tapi secara peribadinya saya mula rapat dengannya sejak setahun lebih. Beliau seorang yang sangat merendah diri dan baik hati. Hatinya sangat bersih.

"Saya sejujurnya sangat mengagumi pencapaiannya hingga saat ini. Sangat luar biasa. Saya juga berharap suatu hari nanti akan jadi sepertinya," katanya.

Selain Pilot Cafe, dua lagi filem lakonannya iaitu Showdown The Movie dan Sinaran turut dijangka ditayangkan pada tahun ini.

IZARA Aishah.
IZARA Aishah.

Info Izara Aishah

Nama sebenar: Izara Aishah Hisham

Tarikh lahir: 28 September 1992

Asal: Bakar Batu, Johor Bahru

* Terkenal menerusi drama Vanilla Coklat yang disiatkan TV3.

* Pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

* Pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang menyebelahi Tasha Shilla. Untuk kategori itu turut dicalonkan ialah Neelofa, Najwa Latif dan Nur Fathia.

Berita Harian X