Khamis, 9 April 2015 | 12:01am
PEMBANTU tekong, Muhd Ameer Limat bersama ikan jenahak yang dijinakkan dengan kaedah jigging. - Foto NSTP
PEMBANTU tekong, Muhd Ameer Limat bersama ikan jenahak yang dijinakkan dengan kaedah jigging. - Foto NSTP

Memburu ikan gred A di laluan kapal


KANICEN bersama ikan talang. - Foto NSTP
KANICEN bersama ikan talang. - Foto NSTP

MUAR: Empat lubuk ikan di laluan kapal di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di perairan Muar sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ikan gred A yang menjadi buruan kaki pancing bukan sahaja dari sekitar Johor, malah seluruh negara.

Setiap kali memancing di kawasan itu, pemancing mampu membawa pulang sehingga 50 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan bersaiz mega, antaranya jenahak, kerapu, talang, GT, tenggiri, aruan tasek dan gerong belang.

Pengalaman itu dilalui sendiri kumpulan lapan anggota MK Brigade Ultralight Anglers. Mereka terdiri daripada Kanicen Nix, 38; Muhammad Redzuan Abd Rahim, 29; Ahmad Tarmizi Kamarudin, 32; Mohd Kamarul Latif, 28; Mohd Zaimi Ibrahim, 39; Muhamad Dzaky Ahmad, 41; Ahmad Nuxman Ramli, 35 dan Muhammad Faizal Limat, 42.

Dalam misi ke lokasi itu pada 29 Mac lalu, kumpulan itu berjaya memenuhi tiga peti ikan Coleman Oren dengan jenahak, kerapu, talang, GT, tenggiri, aruan tasek dan gerong belang.

PEMBANTU tekong, Muhd Ameer Limat bersama ikan jenahak. - Foto NSTP
PEMBANTU tekong, Muhd Ameer Limat bersama ikan jenahak. - Foto NSTP

Menceritakan pengalaman menggembirakan itu, Kanicen Nix berkata mereka menaiki bot Tekong Muhammad Tuah Limat @ Cikgu Tuah, 47, yang dibantu Muhd Ameer Limat, 44, dari jeti Muar.

"Bot kami bergerak seawal jam 8.30 pagi dan perjalanan ke lubuk pertama hanya mengambil masa 45 minit manakala jarak di antara lubuk tidak jauh, cuma antara 5 hingga 15 minit perjalanan.

"Apa yang menarik di setiap lubuk kami berpeluang merasai sambaran dan sentapan ikan gred A, jenahak dan kerapu saiz mega," ceritanya kepada Joran.

Beliau berkata, dalam misi itu kaedah jigging dan slow jig 200g dan ke atas adalah paling sesuai.

KANICEN bersama ikan talang. - Foto NSTP
KANICEN bersama ikan talang. - Foto NSTP

Katanya, masa jigging yang sesuai setiap bulan hanya enam hari, pada bulan Melayu, membabitkan dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula dari 8, 9,10 hari bulan dan yang kedua pada 23, 24 dan 25.

"Jumlah pemancing paling selesa untuk sebuah bot dengan enjin 400 (200x2) berkuasa kuda ialah enam pemancing.

"Bot memancing yang kami naiki dilengkapkan peti pertolongan cemas, lapan jaket keselamatan, tandas, lapan tempat meletak joran (Rod Holders), kipas, air tawar berpaip, bekas umpan hidup, bekas Iian dan air mineral," katanya.

Kanicen Nix berkata, biarpun empat lubuk itu dekat dengan Jeti Muar namun hasil tangkapan amat memberangsangkan.

Katanya, lokasi itu sesuai untuk mereka yang baru belajar memancing di laut atau mereka mudah mabuk laut kerana tidak begitu berombak.

Berita Harian X