Khamis, 2 April 2015 | 12:02am
GAJAH antara mangsa kerakusan manusia untuk mendapatkan gading.
GAJAH antara mangsa kerakusan manusia untuk mendapatkan gading.
GAJAH dibunuh untuk mendapatkan gading.
GAJAH dibunuh untuk mendapatkan gading.
PIHAK berkuasa melihat tenggiling yang dirampas.
PIHAK berkuasa melihat tenggiling yang dirampas.
BADAK sumbu menjadi mangsa pemburu.
BADAK sumbu menjadi mangsa pemburu.
ANTARA bahagian yang diambil dari harimau.
ANTARA bahagian yang diambil dari harimau.
GADING gajah yang dirampas.
GADING gajah yang dirampas.
ANTARA tenggiling yang dirampas.
ANTARA tenggiling yang dirampas.
ULAR sawa yang menjadi buruan.
ULAR sawa yang menjadi buruan.
HARIMAU mempunyai nilai yang tinggi.
HARIMAU mempunyai nilai yang tinggi.
TENGGILING diancam kepupusan.
TENGGILING diancam kepupusan.
GAJAH adalah haiwan yang dilindungi
GAJAH adalah haiwan yang dilindungi

Pasar gelap hidupan liar

TENGGILING yang berjaya dirampas pihak berkuasa.
TENGGILING yang berjaya dirampas pihak berkuasa.

Perdagangan hidupan liar bukan hanya menjadi ancaman di rantau Asia, malah turut menjadi masalah di hampir setiap negara yang memiliki sumber hidupan semula jadi berharga.

Asia Tenggara bukan sekadar menjadi pusat perdagangan hidupan liar untuk pasaran tempatan, malahan turut merentasi sempadan antarabangsa.

Selain diburu untuk mendapatkan bahagian berharga dan dijadikan ramuan ubatan tradisional, hidupan liar kerap menjadi sasaran golongan tidak bertanggungjawab untuk dijadikan haiwan peliharaan, selain dagingnya dijadikan juadah.

Tenggiling

TENGGILING antara haiwan yang menjadi buruan penggemar makanan eksotik.
TENGGILING antara haiwan yang menjadi buruan penggemar makanan eksotik.

Tenggiling adalah antara hidupan liar paling mendapat sambutan di Asia dan sering menjadi mangsa perdagangan berikutan permintaan tinggi, terutama bagi ramuan ubat-ubatan tradisional China. Kulitnya dibakar dan dimakan kerana dipercayai mampu menyahkan toksik badan, selain merangsang pengeluaran susu ibu.

Satu laporan Biro Keselamatan bagi Perhutanan China dan Universiti Oxford mendapati purata harga bagi sisik tenggiling di pasaran gelap adalah AS$600 (RM2,211) sekilogram. Harga berkenaan dilapor meningkat dua kali ganda berbanding apa yang ditawarkan pada 2008.

Sebanyak 2.59 tan sisik tenggiling dirampas di China antara tahun 2010 hingga 2013, membabitkan 4,870 ekor tenggiling dibunuh untuk mendapatkan kulitnya.

Satu daripada kaedah digunakan dalam sindiket penyeludupan reptilia itu ke China adalah menerusi sistem pos. Dalam satu kes pada November 2013, pihak berkuasa merampas lima bungkusan tenggiling dengan berat 70 kilogram setiap satu yang dihantar menerusi pos.

Gajah

GAJAH diancam kepupusan.
GAJAH diancam kepupusan.

Menurut laporan pertubuhan hidupan liar Save the Elephants, gading gajah mentah di China dijual pada harga AS$2,100 (RM7,740) sekilogram berbanding pada 2010 yang hanya bernilai AS$740 (RM2,727) sekilogram.

Secara purata, bilangan gajah diburu dan dibunuh meningkat 33,000 ekor setiap tahun antara 2010 hingga 2012.

Dianggarkan 500,000 gajah Afrika hidup di seluruh dunia sehingga akhir 2013 dan hampir 95 peratus daripada populasi haiwan berkenaan dibunuh sepanjang 100 tahun lalu.

Kebanyakan gading diperoleh gajah di Afrika dijual di pasaran Asia dan lapan negara dilaporkan giat sama ada menjual, membeli atau menyediakan bekalan. Ia merangkumi Kenya, Tanzania dan Uganda di Afrika serta China, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam di Asia.

Harimau

PIHAK berkuasa melihat harimau yang dibunuh.
PIHAK berkuasa melihat harimau yang dibunuh.

Tabung Hidupan Liar Sedunia menganggarkan 19 harimau Siberia dibunuh pemburu antara tahun 2012 hingga pertengahan 2013 di Russia. Anggota badan harimau ini boleh dijual sehingga lebih AS$50,000 (RM184,272) di pasaran gelap di China.

Di India, Persatuan Perlindungan Hidupan Liar negara itu merekodkan 48 harimau dibunuh pada 2013, meningkat daripada sejumlah 32 yang dicatatkan pada 2012.

Permintaan yang tinggi bagi kegunaan ubat-ubatan tradisional China menyebabkan aktiviti memburu harimau secara haram di India semakin meningkat. Pada 2008 dicatatkan 1,411 harimau dibunuh di India manakala rekod terkini pada 2013 menunjukkan bilangan itu meningkat menjadi 1,706.

Seekor bangkai harimau biasanya dijual di pasaran gelap dengan harga AS$5,000 (RM18,427)manakala harga bagi seekor harimau yang masih hidup adalah sehingga AS$50,000 (RM184,272) seekor.

Kulitnya mampu mencecah sehingga AS$35,000 (RM128,988) di pasaran gelap manakala seekor anak harimau dijual dengan harga AS$3,200 (RM11,793) seekor.

Ular Sawa

KULIT ular yang disiat.
KULIT ular yang disiat.

Kebiasaannya ular sawa diburu untuk mendapatkan kulitnya berikutan permintaan tinggi bagi pasaran Eropah setiap tahun. Kebanyakannya adalah untuk memenuhi keperluan bagi beg tangan kulit jenama mewah dan terkemuka.

Pasaran gelap bagi kulit ular sawa meningkat daripada AS$137 juta (RM505 juta) pada 2005 kepada AS$1 bilion (RM3.7 bilion) pada 2014. Walaupun ada ladang ternakan komersial yang menyediakan bekalan kulit ular sawa di Asia, kebanyakan kulit yang dieksport dari Laos, Kemboja, Indonesia dan Malaysia dikatakan adalah dari pasaran gelap.

Badak Sumbu

PEMBURU sedang memotong sumbu.
PEMBURU sedang memotong sumbu.

Statistik Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis Terancam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan kebanyakan badak sumbu dibunuh untuk mendapatkan tanduknya kerana harga tinggi di pasaran gelap. Sekilogram tanduk badak sumbu dijual di pasaran gelap pada harga mencecah AS$65,000 (RM240,000).

FAKTA

National Geographic pada Mac 2014 melaporkan Majlis Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa pemburuan dan perdagangan spesies hidupan liar yang dilindungi adalah haram.

Fatwa berkenaan meminta penduduk Islam negara itu melindungi dan memelihara haiwan terancam seperti harimau, badak sumbu, gajah dan orang utan.

Bilangan badak sumbu dibunuh di Afrika Selatan

2014 - 1,215

2013 - 1,004

2012 - 668

2011 - 341

2010 - 333

2009 - 122

Rampasan Hidupan Liar di Thailand 2013

10,700

haiwan hidup

1,348

bangkai haiwan

3,293 kilogram

pelbagai anggota badan haiwan

642 orang

ditahan

Berita Harian X