Sabtu, 28 March 2015 | 12:03am
Hasna Mohd Hassan mengakui mewarisi kemahiran menyediakan mi bandung dan asam pedas daripada ibunya. - Foto Ghazali Kori
Hasna Mohd Hassan mengakui mewarisi kemahiran menyediakan mi bandung dan asam pedas daripada ibunya. - Foto Ghazali Kori
Majoriti orang Muar yang menetap di Lembah Klang sering ke restoran milik Shareel Selamat ini, sekali gus menjadi pelanggan tetap.. - Foto Ghazali Kori
Majoriti orang Muar yang menetap di Lembah Klang sering ke restoran milik Shareel Selamat ini, sekali gus menjadi pelanggan tetap.. - Foto Ghazali Kori
Chef Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat menyiapkan masakan Mi Bandung. - Foto Ghazali Kori
Chef Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat menyiapkan masakan Mi Bandung. - Foto Ghazali Kori
Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat bergandingan menyediakan masakan Asam Pedas terbaik di restoran. - Foto Ghazali Kori
Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat bergandingan menyediakan masakan Asam Pedas terbaik di restoran. - Foto Ghazali Kori

Pewaris mi bandung Parit Jawa

Pemilik restoran, Shareel Selamat dan Hasna Mohd Hassan menunjukkan masakan asam pedas di Perindu Makan Palace, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra. - Foto Ghazali Kori
Pemilik restoran, Shareel Selamat dan Hasna Mohd Hassan menunjukkan masakan asam pedas di Perindu Makan Palace, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra. - Foto Ghazali Kori

KALAU teringin menikmati atau merindui keaslian masakan Muar, terutama mi bandung dan asam pedas, tidak perlu lagi balik kampung atau menjelajah hingga ke selatan tanah air kerana di Lembah Klang kita sudah boleh mendapatkannya.

Pada mulanya, saya agak ragu-ragu dengan pelawaan seorang teman untuk mencuba keaslian mi bandung dan asam pedas yang dikatakan sama rasanya dengan apa yang boleh diperoleh dari Muar, Johor.

Apabila menuruti ajakan teman tadi untuk ke Perindu Makan Place di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor, ternyata apa yang diuar-uarkan itu bukan cerita kosong!

Keaslian dan keenakan mi bandung dan asam pedas hidangan Perindu Makan Place memang dianggap antara terbaik di Lembah Klang kerana rencah yang digunakan adalah ramuan sejati daripada orang Muar sendiri.

Memang banyak restoran yang menghidangkan mi bandung dan asam pedas di Lembah Klang ini, namun bukan senang nak cari yang betul-betul sedap.

Jadi, mi rebus di Perindu Makan Place boleh saya anggap antara yang terbaik. Kenalah cuba baharu tahu!

Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat sibuk dengan tugasan masing-masing setiap hari untuk memenuhi selera pengunjung. - Foto Ghazali Kori
Adi Mohd Noor (kanan) dan Shareel Selamat sibuk dengan tugasan masing-masing setiap hari untuk memenuhi selera pengunjung. - Foto Ghazali Kori

Kuah mi bandungnya pekat dengan pati isi udang, rasanya sedikit manis, namun bukan kerana dicampur gula, sebaliknya manis kerana isi udang berkenaan.

Pemilik Perindu Makan Place ialah Mohd Shareel Salamat, 28, atau lebih mesra dipanggil Yoyo berasal dari Parit Bakar, Muar dan bantu oleh ibunya, Hasna Mohd Hassan, 59, mengakui mewarisi kemahiran menyediakan mi bandung dan asam pedas daripada ibunya.

Mereka pernah memiliki sebuah restoran mi bandung dan asam pedas di Jalan Nelayan, Parit Jawa, Muar.

Katanya, tempat paling popular dengan keenakan mi bandung dan asam pedas di Muar ialah Parit Jawa.

Hasna Mohd Hassan melayan pelanggan di Restoran Perindu Makan Palace. - Foto Ghazali Kori
Hasna Mohd Hassan melayan pelanggan di Restoran Perindu Makan Palace. - Foto Ghazali Kori

Orang Muar puas hati

Mengimbas kembali asal usul mi bandung Muar, Yoyo membuka cerita, sebenarnya penduduk asli Parit Jawa iaitu arwah Pak Sharif Bandung, dikatakan orang pertama yang mencipta resipi mi bandung Muar.

"Ketika ibu saya masih kanak-kanak, dia sering bertandang ke rumah Pak Sharif Bandung untuk menikmati keenakan mi bandung buatannya. Sebab rasanya yang enak, ibu belajar resipi membuat mi bandung daripada Pak Sharif.

"Sekarang saya pula yang mewarisi resipi istimewa mi bandung Muar. Justeru, kami berpindah ke Kuala Lumpur untuk mempopularkan mi bandung dan asam pedas yang asli dari Muar kepada warga kota," kata Yoyo.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan adalah dari kalangan Melayu dan Cina yang datang dari Kuala Lumpur, Damansara, Shah Alam, Putrajaya dan Kajang termasuk Muar!

Selain itu, majoriti orang Muar yang menetap di Lembah Klang sering ke restoran ini, sekali gus menjadi pelanggan tetap.

Antara pelanggan yang mengunjungi Perindu Makan Palace untuk mencuba masakan, terutama mi bandung. - Foto Ghazali Kori
Antara pelanggan yang mengunjungi Perindu Makan Palace untuk mencuba masakan, terutama mi bandung. - Foto Ghazali Kori

Mereka sangat berpuas hati sebab tak perlu lagi pulang ke Muar mencari mi bandung dan asam pedas yang asli kerana boleh menikmatinya di Perindu Makan Place.

Jelasnya lagi, di restoran berusia tiga tahun itu mereka menggunakan perencah mi bandung menggunakan ramuan yang diproses sendiri.

"Kami menggunakan isi udang geragu yang dikisar halus bersama ramuan lain. Perencah mi bandung ini perlu dimasak dan dikeringkan kira-kira tujuh hingga lapan jam untuk mendapatkan keaslian rasanya.

"Begitu juga dengan asam pedas, perencahnya juga menggunakan ramuan yang kami proses sendiri. Bagi mendapatkan keaslian rasa asam pedas itu, perlu banyak bawang merah dan cili giling yang ditumis kira-kira sejam," katanya.

Shareel Selamat dan Hasna Mohd Hassan mempromosikan hidangan mee bandung dan asam pedas. - Foto Ghazali Kori
Shareel Selamat dan Hasna Mohd Hassan mempromosikan hidangan mee bandung dan asam pedas. - Foto Ghazali Kori

Makanan Barat dan Thai jadi pilihan

Selain asam pedas ikan, mereka juga menyediakan asam pedas daging, ayam, tulang dan ekor.

Bagi menambah selera, penulis menikmati mi bandung dan asam pedas bersama minuman istimewa, soda perindu iaitu campuran asam boi, serai, koktel buah-buahan, daun pudina dan laici yang ditambah air berkabonat.

Di samping mi bandung dan asam pedas, Perindu Makan Place juga menyediakan pelbagai pilihan masakan Thailand dan Barat. Tugas itu diserahkan kepada tukang masak berpengalaman, Adi Mohamad Noor, 31.

Antara hidangannya ialah tomyam, sup ekor, siakap tiga rasa, nasi goreng ketam, nasi goreng USA, chicken chop, lamb chop dan ikan dan kentang goreng (fish and chip).

Antara pelanggan yang kerap hadir untuk menjamu selera di Perindu Makan Palace. - Foto Ghazali Kori
Antara pelanggan yang kerap hadir untuk menjamu selera di Perindu Makan Palace. - Foto Ghazali Kori

INFO
Perindu Makan Place
Alamat: D-5-G, Putra Walk, Jalan PP25
Taman Pinggiran Putra,
Seri Kembangan, Selangor.
Waktu operasi: 4 petang hingga 2 pagi
Tutup: Selasa
Facebook (FB): perindu makan place
No telefon: (017) 275 6090

 

Senarai harga:
(semangkuk mi bandung)
* biasa RM7, besar (RM8) & istimewa (RM9)

 

(sepinggan asam pedas)
* ikan merah (RM12), ikan pari (RM8 hingga RM12), ikan kembong (RM8)

Berita Harian X