Rabu, 25 March 2015 | 12:10am

Tangani pencerobohan di sempadan

PLATUN dari kedua-dua negara bergerak secara bersama dalam misi PATKOR bagi menjaga keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara. - Foto Abdul Rahemang Taiming
PLATUN dari kedua-dua negara bergerak secara bersama dalam misi PATKOR bagi menjaga keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara. - Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Usaha membendung jenayah seperti penyeludupan serta pencerobohan di sempadan hingga mengganggu ketenteraman awam tidak boleh dilakukan pihak keselamatan sebuah negara semata-mata.

Sebaliknya, usaha itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama pasukan keselamatan daripada kedua-dua negara berjiran.

Kerjasama bukan sekadar perkongsian maklumat serta risikan, malah rondaan bersama penting untuk menjaga ketenteraman awam.

Antara langkah mengukuhkan kerjasama itu ialah menerusi Operasi Rondaan Bersama/Patroli Terkoordinasi (PATKOR).

Operasi dilaksanakan dengan kerjasama pertahanan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sempadan Serudong di Tawau dan Kalimantan Utara di Indonesia, baru-baru ini.

Kerjasama itu dijayakan dua pegawai dan 52 anggota masing-masing mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI-Angkatan Darat (TNI-AD).

Latihan bersama dua platun menumpukan kepada operasi gabungan dalam meningkatkan keupayaan pengoperasian di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

PANGLIMA Komander Rejimen Militer (KOREM) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brigedier Jeneral Nono Suharno ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Pertahan kedaulatan negara

Rondaan lima hari bermula dari Pos Serudong (wilayah Malaysia) hingga Pos Bersama Simanggaris (Wilayah Kalimantan Utara, Indonesia) sejauh 22 kilometer itu.

Operasi antara lain mempromosikan TDM dalam usaha menjaga kedaulatan Sabah, selain mengetengahkan peranannya dan TNI-AD dalam pelaksanaan PATKOR.

Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Jalaluddin Manan, berkata PATKOR yang memasuki kali kelima penganjurannya membuktikan hubungan erat terjalin sekian lama antara TDM dan TNI-AD.

Masing-masing sentiasa komited memastikan tahap keselamatan perbatasan sempadan terus terpelihara.

SERAMAI 50 anggota tentera daripada kedua-dua negara yang akan menyertai mini PATKOR berbaris pada Majlis Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
SERAMAI 50 anggota tentera daripada kedua-dua negara yang akan menyertai mini PATKOR berbaris pada Majlis Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

"Kita mahu memastikan keharmonian rakyat di sempadan Sabah dan Kalimantan Utara sentiasa terjaga dan permasalahan di perbatasan dapat diselesaikan secara saksama.

"Penyelesaian diambil bagi mengelak perbalahan yang boleh mengganggu gugat hubungan dua hala.

"Rondaan bersama bertujuan memastikan kedudukan batu sempadan kedua-dua negara dalam keadaan baik. Usaha bagi mengekang tindakan pihak tertentu yang mencabut atau mengubahnya untuk kegiatan pencerobohan atau penyeludupan," katanya.

ANGGOTA daripada kedua-dua negara bersiap sedia menjalankan tugas pemantauan di kawasan sempadan di bawah misi PATKOR. - Foto Abdul Rahemang Taiming
ANGGOTA daripada kedua-dua negara bersiap sedia menjalankan tugas pemantauan di kawasan sempadan di bawah misi PATKOR. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Tingkat profesionalisme

Turut hadir pada perasmian PATKOR Siri 1/2014 di Pos Serudong, Tawau itu ialah Panglima Komander Regimen Militer (KOREM), Brigedier Jeneral TNI, Nono Suharno dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Norazizi Abdullah.

Sementara itu, Nono Suharsono berkata, PATKOR adalah medan terbaik meningkatkan ketrampilan, kemampuan dan tahap profesionalisme anggota TDM dan TNI-AD dalam mengeratkan jalinan persahabatan selain penyatuan tentera Malaysia-Indonesia.

ANGGOTA kedua-dua negara berbaris mendengar ucapan Panglima Komander Rejimen Militer (KOREM) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brigedier Jeneral Nono Suharno pada Majlis Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

"Rondaan Bersama ini membolehkan interaksi antara anggota tentera kedua-dua negara untuk lebih efektif dan mewujudkan semangat kerjasama, saling memahami serta memupuk persaudaraan yang kukuh," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap PATKOR kali ini mencapai matlamatnya dan meminta semua anggota menunjukkan semangat tinggi dan saling bekerjasama.

MAJLIS Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau yang disempurnakan Panglima Komander Rejimen Militer (KOREM) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brigedier Jeneral Nono Suharno di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Bina empat pos baru

"Ini bagi mencegah kegiatan haram yang mungkin dilakukan masyarakat kedua-dua negara di sempadan perbatasan Malaysia-Indonesia," katanya.

Sementara itu, TDM kini dalam perancangan membina empat lagi Pos Bersama yang bakal ditempatkan di sepanjang sempadan Pulau Sebatik di Tawau dan Long Pasia di Sipitang yang dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Perancangan ini dapat meningkatkan keberkesanan rondaan serta tugasan penguatkuasaan anggota tentera di sempadan darat Malaysia dan Indonesia.

Ketika ini, ada dua Pos Bersama yang menempatkan anggota tentera kedua-dua negara berjiran itu iaitu di Pos Selikoh (dalam wilayah Malaysia) dan Pos Simanggaris (wilayah Indonesia).

PANGLIMA Komander Rejimen Militer (KOREM) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Brigedier Jeneral Nono Suharno hadir merasmikan Majlis Pembukaan PATKOR siri 1/2014 di Tawau baru-baru ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming

INFO

Bilik penginapan menempatkan satu pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat

- Bilik gerakan (Ops Room)

- Surau

- Dewan makan

- Bilik generator

- Kubu

- Gudang peluru

- Menara kawalan (pos pemerhati)

- Landing point (padang terbuka)

ANGGOTA tentera daripada kedua-dua negara akan menyertai misi PATKOR di sempadan Sarudong di Tawau dan Kalimantan Utara di Indonesia. - Foto Abdul Rahemang Taiming
ANGGOTA tentera daripada kedua-dua negara akan menyertai misi PATKOR di sempadan Sarudong di Tawau dan Kalimantan Utara di Indonesia. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Berita Harian X