Sabtu, 7 March 2015 | 12:06am
MINUMAN istimewa di restoran Mee Udang Sungai Merab, Teh Arab. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MINUMAN istimewa di restoran Mee Udang Sungai Merab, Teh Arab. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Char Kuey Tiaw. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Char Kuey Tiaw. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Laksa Utara, Kajang. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Laksa Utara, Kajang. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Laksa Utara. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Laksa Utara. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Mee Udang. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Mee Udang. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Mi udang Sungai Merab

PEMILIK restoran Mi Udang Sungai Merab, Nasir Abdul Wahab dengan menu istimewanya. - Foto Kamarulzaman Ariffin
PEMILIK restoran Mi Udang Sungai Merab, Nasir Abdul Wahab dengan menu istimewanya. - Foto Kamarulzaman Ariffin

MELIHATKAN kepada kedudukan restoran ini yang terletak di kawasan pedalaman di pinggir kota, tiada siapa menjangka jumlah pengunjung yang datang begitu ramai sekali.

Sambutannya sangat memberangsangkan dan nama restoran ini juga semakin meniti di bibir mereka yang suka mengembara sambil mencari makanan.

Ada yang sanggup memandu beratus kilometer semata-mata mahu merasai sendiri kelazatan mi udang Restoran Resipi Turun Temurun di Sungai Merab, Kajang ini yang dimiliki oleh guru agama, Nasir Abdul Wahab.

MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Mee Udang. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Mee Udang. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Apa yang istimewanya mi udang Sungai Merab ini?

"Udang segar, saiznya besar dibeli terus dari nelayan di Kuala Selangor," kata Nasir.

Tidak cukup dengan itu, kuahnya juga adalah daripada adunan bahan segar dan bermutu yang dibuat sendiri, bukan daripada sos cili cair.

Kata Nasir lagi, resepi pembuatan kuah itu diwarisi secara turun temurun keluarganya selain dipelajari sendiri dari jiran di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Bukan sahaja kuahnya sedap, udangnya pula segar dan besar, tetapi harganya berpatutan. Ia bergantung kepada jenis udang.

MENU makanan dan minuman istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU makanan dan minuman istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Mi dengan udang biasa, harganya RM8 semangkuk, tetapi untuk yang istimewa berharga RM15 semangkuk. Udang galah turut ditawarkan tetapi harganya tertakluk kepada pasaran.

Cara hiasan hidangan sangat menarik kerana udang disusun cantik di dalam mangkuk yang pasti memikat mata seterusnya menaikkan selera.

Restoran dengan dekorasi ringkas itu turut menyajikan kuetiau udang yang ditawarkan pada harga yang sama. Sesuai dengan harga, saiz hidangan juga lebih besar daripada biasa.

"Bagi mi udang dan kuetiau, setiap hidangan diberikan air sirap atau air teh 'o' percuma, malah air juga boleh di tambah tanpa sebarang caj dikenakan," katanya.

Selain dua hidangan istimewa itu, restoran berkenaan turut menyajikan makanan panas lain seperti tomyam dan lauk pauk lain.

MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Siakap Kukus. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MENU istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Siakap Kukus. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Tauhu bakar cicah kicap pedas

Bagi orang utara, laksa antara masakan kegemaran yang turut menjadi hidangan restoran ini.

Pengunjung boleh memesan laksa biasa atau laksa utara bersama ikan. Seekor ikan kembung bersaiz sederhana dihidangkan dengan laksa pada harga RM6.50 semangkuk.

Ikan siakap yang dimasak pelbagai rasa sama ada kukus, masak tiga rasa, goreng masam manis yang ditawarkan pada harga RM17.90 seekor.

Mereka yang tidak mahu hidangan berat, boleh memesan tauhu bakar yang menggunakan tauhu segar dicicah dengan kuah kicap pedas.

"Saya penggemar tauhu bakar, oleh itu saya turut masukkan dalam menu makanan ini dan tauhu bakar yang kita sediakan di sini berbeza dengan tempat lain. Saya menggunakan tauhu segar yang digoreng terlebih dulu sebelum di bakar dan digaul dengan kuah kicap resipi keluarga," katanya.

MINUMAN istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Milo Cincau Tabur, Bandung Cincau dan Sirap. - Foto Kamarulzaman Ariffin
MINUMAN istimewa di restoran Mi Udang Sungai Merab, Milo Cincau Tabur, Bandung Cincau dan Sirap. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Untuk minuman, selain milo tabur yang mendapat sambutan ramai, restoran turut menyediakan air milo tabur dan cincau, bandung cincau, soya cincau dan pelbagai minuman sejuk dan panas. Bagi penggemar teh Arab, restoran ini turut menyediakan minuman ini.

Bagaimana ke restoran ini?

Mereka yang ingin merasai keenakan mi dan kuetiau udang boleh memandu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban dan keluar di tol Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi untuk ke Sungai Merab, Kajang. Restoran terletak di Jalan Kampung Masjid Baru bersempadan dengan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP).

Pengunjung juga boleh melalui Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya untuk menuju ke Sungai Merab Luar. Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Silk Kajang boleh keluar berdekatan Uniten dan Kampung Abu Bakar Baginda sebelum menuju ke Sungai Merab Luar.

Info

Koordinat Restoran : 2.931745,101.753137

(Tidak jauh daripada Pintu Gerbang Kampung Masjid Baru)

Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam

Facebook: Mee Udang Sungai Merab

Berita Harian X